Friday, May 11, 2012
VI-offering solution
bila kau datang kat aku,,bawa masalah..mengadu dan menangis.
baik..aku sedia mendengar..cuba sedaya upaya empati,,macam aku layan klien-klien aku sebelum ni.. mungkin kisah berbeza cuma jalan cerita yang lebih kurang sama..
kemudian,aku memujuk,,guna teknik sandwich..aku cakap kau betul..tapi ada salahnya..dan perlu kepada pembetulan..harus ada jalan tengah,,penyelesaian win win,,dan semua untung hasil berkongsi kegembiraan..
kau senyum,,lega..berjanji untuk bertindak,,kesilapan yang sama tak mungkin berulang..tidak sama sekali.. itu tekadmu.
aku setuju,,dan menunggu testimoni.
tapi..180 degree,,kau datang semula kat aku..katakan bahawa kau tidak punya kekuatan..perubahan sesuatu yang menyakitkan..bukan logik akal untuk mempertaruhkan kepercayaan dan bergantung pada risiko.. kau mengalah untuk entah yang ke berapa kali..
aku pula menyampah..tidak terhitung petalanya..pergilah kau sana,,jauh dari aku..tiada ruang dan peluang aku nak beri lagi..kerana aku tahu,,ianya sama dan serupa..jika begini kau punya cara.
sekian,,
itulah manusia..sifatnya nak cepat dan nak dapat.,mudah marah bila tak cepat..mudah kecewa bila tak dapat..mudah berang bila katanya tidak diturut..
copp..belum habis lagi..satu lagi cerita.kisah pengembara dan untanya.
unta yang ditunggang berisi sarat dengan makanan sebagai bekal perjalanan..tetiba,dia rasa penat,,berehat dan tertidur..dalam masa yang sama,,tali pengikat untanya telah terlepas lari..
bangun bangun,,dia sangat terkejut bila menyedari unta dah hilang..merasakan pasti dia akan kelaparan tanpa arah tujuan di tengah padang pasir tu..erggh.
saat kebingungan,,dia melihat untanya telah kembali bersama muatan yang tidak berkurang sedikit pun..so,dia sangat sangat gembira macam Pak Kaduk menang bersabung..(menambah)
namun..Allah lebih gembira dari itu jika ada hambaNya yang ikhlas,,kembali bertaubat..pulang padaNya..bahkan ada ganjaran tersedia buat hamba yang bertuah itu..
Allah mengampunkan orang yang melakukan dosa..walau berapa kali kerap dia mengulangi,, walau betapa enggan dia menggunakan solusi yang diajarkan agama,,sejahil dan sejauh mana pun dia..kerana dia lemah,,hanya hamba..
"Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang..Ghafuur dan Raheem"
#moga serampang dua mata mengena..useekum wa iyyaya.
=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteHati manusia ni kalau dibiarkan ibarat `keldai liar`. Bermacam2 kerenah yang dimahukan. Surah AlMudatsir:50-51 كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُّسْتَنفِرَةٌ ﴿٥٠﴾ فَرَّتْ مِن قَسْوَرَةٍ Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari, 51. Melarikan diri (ketakutan) dari pemburu (manusia atau singa!).
Manakala Allah SWT Yang Maha Adil memberi kuasa pemilihan samada memilih jalan yang baik atau sebaliknya dalam hidupnya. Surah AlBalad:10 هَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
Selagi manusia tidak kembali kepada Allah SWT, selagi itulah wujudnya `ikhtiar manusia` sebagaimana berlakunya pada Firaun. Sehinggalah suatu ketika, apabila manusia sudah tidak terdaya dan hilang kekuatan, maka disitulah wujudnya `Hari Allah`(Ayaamillah). Surah Ibrahim:5 وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَذَكِّرْهُم بِأَيَّامِ اللَّـهِ ۚ
Apabila datangnya `Hari Allah` dimana Firaun yang sebelum ini bebas bermaharajalela sudah tidak berdaya, maka disitulah datangnya sifat `Ubudiyyah` manusia memohon keampunan dan mengaku (mengucap)keEsaan Allah SWT. Tapi kesemuanya sudah terlambat. Surah Yunus:90 جَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِي Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)".
Wallahualam.
alaikissalam..
DeleteAllah~ macam tu sekali hati kita yang hanyut..perlu ditambat dan dipaut dgn iman spy tak lari..dan mohon thabat dalam jalan ketaatan.
haah kan,,hisablah diri kita sebelum dihisab.
kisah kaum yang ingkar sudah terbongkar,,tidak mampu rasanya kisah keingkaran diri sendiri terbongkar dan tidak terpadam dengan taubat..
sedangkan jihad sebenar ialah melawan nafsu kita..
mungkin akan datang, kak nur(dgn izin)boleh cerita lg tentang nafsu dan kawalannya..
syukran,,=)
Assalamualaikum wbt
DeleteInsyaAllah, jika hubungan kita kerana Allah SWT dan dgn KeizinanNya, nanti2lah kita muzakara sikit2 mengenai `nafsu dan kawalannya. Setiap pekerjaan biarlah sedikit tetapi berterusan.
Jazakillah;)