Tuesday, October 20, 2015

syukur II


Dialog berlaku dua minggu sebelum  Ramadan..

U: Zikra,bila kamu exam?
Z: masa bulan puasa nanti,Ustazah.
U: (muka terkejut) ya Salaaam..puasa2 kamu exam? mesti penat.nak study lagi..
Z: hehe (muka redha)

U: dengar sini. mulai sekarang kamu kena janji dengan saya,masuk saja bulan puasa, pastikan lima minit sebelum azan,kamu dah ada depan pintu rumah saya. kita berbuka sama2 setiap hari, ok?
Z: wallah? Ustazah? (giliran aku buat muka terkejut, terharu lebih sebenarnya)

padahal sebelum pergi kelas jumpa Ustazah,aku risau macam mana nak buka puasa memandangkan aku dah keluar jadual masak rumah.nak makan apa ea? haa,pergi maidah rahman di masjid jelah. lagipun tolong bagi pahala orang sedekah.

tak disangka, ada saluran pertolongan, percuma lagi. Alhamdulillah.

$$$

Hari pertama puasa.
orang arab memang sudah budaya mereka,melayan tetamu bersungguh-sungguh.tak boleh nak terangkan betapa banyak jumlah hidangan yang dipaksa aku telan.

U: kamu tak habiskan? sikit sangat kamu makan..
Z: Ustazah,maaf,saya dah kenyang sangat.
U: kamu ingat kamu raja? (boleh membazir makanan sesuka hati?)
Z: *gulp. oh boleh tak saya bungkus bawa balik untuk sahur esok?
U: bagus2.nanti saya ambil lagi dari dapur. 

Ustazah kembali dengan membawa spaghetti bakar yang dua kali ganda banyak dari tadi. 
*gulp.'boleh dapat hypertension aku gini'.

$$$

Hari 20 Ramadan.
masyaAllah rumah ustazah tersusun kemas cantik,cadar dan sarung kusyen semua diganti baru. pasu bunga plastik terhias indah atas almari dan rak, nyata berbeza dari semalam. sepertinya keadaan rumah kita masa nak raya di Malaysia.mengujakan dan suka mata memandang.

Z; mohon doakan saya banyak-banyak,Ustazah.
U: mestilah,dah masuk sepuluh hari terakhir pun.ingat,inilah pesta ibadah kita.

maka tak hairan jika rumah beliau terlebih dulu disiapkan menjadi pusat keraian untuk selesa dan seronok beribadah.



Image result for good deeds quotes
$$$

Hari terakhir buka puasa dengan beliau.
Ustazah maklum esok aku nak musafir ke Malaysia.maka beliau masak sedap2 dan panggil semua anak2nya balik berbuka bersama.sempena haflah khas untuk aku.perggh

Z: terima kasih segalanya Ustazah..Allah saja membalas jasa Ustazah.
U: Zikra,kamu saya anggap anak sendiri.saya ibu kamu di sini.

lama aku cium tangan ustazah.tatkala berpelukan,kami sama-sama menangis.ada syukur yang tak terucap. lalu ditegur oleh anaknya,Marwa.

M: ya Mama,,bukannya Zikra tak balik sini lagi,dua bulan saja pun.janganlah sedih sangat..haha.

Ustazah menghantar aku di muka pintu.langsung kami menangis untuk kali kedua.
entah bagaimana perasaan kami semasa aku balik for good setahun kelak...ah. 

dan ya,sepanjang aku mengaji Quran dengan Ustazah,belum pernah walau satu sen duit yuran aku bayar atas khidmat beliau.tak perlu,katanya.
'terima kasih,duhai guru kerana mendidik aku erti ikhlas memberi.'

Sunday, August 23, 2015

syukur I


tahun lima memang perit. ini testimoni aku.

sepanjang musim exam,stressed out tahap super saiya. subjek OnG yang melambak nak dihabiskan,subjek paeds yang menguji ketabahan bulan puasa..haih.

pernah hari ketiga aku study kat library, pukul 12.30 aku mulai tepu membaca. seakan mual nak muntah.baca apa pun tak masuk.dah tak tahan,balik rumah,melantak tidur.
waktu Asarnya,aku melangkah ke masjid Sayeda Zainab. kat sana aku curhat sepenuh hati kepada-Nya di bawah keberkatan cucunda Nabi s.a.w. Aku pulang bila ammu masjid mengarahkan kami keluar setelah tamat waktu ziarah untuk muslimat.

let me tell you a secret.now it's not of course.
study leave untuk subjek paeds ialah 12 hari.tapi lima hari aku ponteng study!! khatam siri Syurgamu Ramadhan 14 episod..lain2 movie jangan ceritalah.
tidur? almost all day long.yang makruh tu aku amalkan.hampeh.
setibanya hari kejadian,nganga tengok soalan exam.'ya Allah berilah aku lulus'.doa paling kencang usai melepaskan kertas jawapan. 

apapun,didapati result aku pangkat Jayyid Jiddan. terbeliak biji mata.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
entah doa mama abah, sahabat, orang soleh mana yang aku tumpang.

kalau orang tanya apa rahsia,
jawapan aku tetap cliche.

JANGAN PUTUS ASA!
itu sikap orang beriman.

Image result for dont give up

Saturday, May 30, 2015

sedar dalam paksa

1.
 Aku cenderung panggil orang tak ada adab (baling kaca pada pejalan kaki,penindas orang luar) sebagai CIMPANZI. kerana menurut Darwin,mereka manusia tak cukup sempurna sebab belum melului proses evolusi yang lengkap.

ah,cimpanzi!!! atau pan troglodytes!!!!(aku suka mencarut guna bahasa aku sendiri)

ya Allah,ajari aku untuk bersabar. juga ajarkan orang lain bersabar denganku tika saat aku sudah tidak mampu lagi bersabar. 

2. 
Sepatutnya aku cemburu kepada masa. yelah,dia terus berjalan,laju,lalu terbang.
melintasi aku yang hanya melambai dia pergi.

hilang..hilang..lesap.

takdir-serahkan saja urusan kepada Allah. senang cakap,bukan?
padahal manusia disuruh WAJIB berusaha.

penat?
berehat. tapi jangan sekali berhenti.
haram alaik.

rabak

Entah ke berapa kali
Rabak tak tercantum lagi

***
Bunga nan layu
Kelopaknya jatuh satu persatu

Hujan pula turun 
Rintik menyapa damai si daun

Semut berlari-lari kecil
Pulang ke sarang terpencil

***
Kaya jiwa miskin semesta
Biarpun rabak kau masih punya Dia.

25.05.2015




Thursday, April 9, 2015

basst

kedap mungkin telinga ini dengar orang berdusta. lagi bingit bila berulang kali. 
hingar bingar boleh bikin kecoh. sesudah itu, biarkan saja pendustaan dan orang yang didustakan. 

satu demi satu. lendir penipuan diserak sana sini
seorang demi seorang. kata nista diibarat pejungga.
dan kita yang tahu, terpaksa membersih satu persatu.
hingga licin tiada kotoran seolah tiada apa terjadi..tapi sakitnya itu tercalit dalam hati.

cukup.
cukup.
cukup!
kalau saja aku mampu teriak di telinganya.
sampai dia mengerti dan tuli.

aku ingin mengulang persoalan Sheikh Ali Juma'ah, "Adakah sesekali orang mukmin itu berbohong?"


*best juga melepas amarah.hadoyhhh

Tuesday, April 7, 2015

tanpa tajuk

dalam hukum cinta
adakah pencinta itu pesalah
dan berdosa jika menafikannya

dalam kandang tertuduh
akhirnya dia mengaku.
bukan melepas diri
tapi melepas bebas orang yang dia cintai

ibarat kaca,
kalau tidak cermat
hancur berderailah ia

ibarat cinta,
kalau tidak makrifat
mati berkuburlah ia.


*Tuhan,berikan aku kekuatan update blog selalu...

Monday, February 2, 2015

kekasih

saya akui untuk penulisan artikel kali ini, kurang baik. akibat dilanda demam selesema yang memaksa diri menyorok dalam saratoga berjam-jam lamanya, hanya keluar dari kepompong hibernasi untuk ke tandas,makan,solat. kelas berhari ponteng.

menulis pula bertemakan maulud Nabi SAW. aduhai tajuk yang paling rapat dengan diri setiap muslim tapi saya tidak cukup bertuah untuk bijak memanifestasikannya dalam bentuk kata-kata. walau pelbagai bahan rujukan dikumpul, buku syamail muhammadiyah hanya dapat saya baca separuh,lalu tertidur. bangun, menaip satu perenggan, mengalah lagi. ah hampeh. masa makin suntuk. internet pula putus. tambah pening.

al hasil,inilah semampunya. sebarkan cinta ini biarpun sehuruf.

--->(klik sini untuk pautan lanjut)<---->


wallahua'lam.

Monday, January 5, 2015

m back

hai semuaaaa!!!!!

(rasa gila cakap sorang sorang.)

nak habaq mai..saya dah buka balik url lama. dulu dengan niat taknak menzalimi bloggers dan pembaca (apakah?) so saya rehatkan blog dari banyak bercakap.

dua tiga empat tahun telah berlalu. dah macam-macam benda terjadi,

sekarang, kita kena tabah. dan jangan sesekali perlekeh kedukaan seseorang. maafkan saya. terkadang saya berdoa dalam diam. 'mungkin sekarang mereka belum faham. tak apa Allah maha tahu. dalam hidup ni, bukan segalanya indah dan berjalan ikut apa kita mahu.'

astaghfirullah. sungguh. ketika emosi, macam macam yang kita 'ter' luah kan...

ok. selamat kembali. itu saja.

bye.