Thursday, September 29, 2011

benar tapi pelik

pelik kan..

orang punya ilmu 

bisa dibilang bodoh.

lalu apa

gunanya akal itu

jika tidak bermanfaat.

benar juga..

Tuesday, September 27, 2011

membesar

 maaf. kerana saya telah mencatu internet ekoran adik yang disuruh mentelaah pelajaran..
(bajet veto laa)

26 September 2011.
hari ulangtahun kelahiran Zafran yang ke 7,adik sepupu saya.
Mak Ani pun buat birthday party untuk keempat-empat adik nih.
kira secara jama'ie terus.senang cerita..

selamat hari jadi
Z x 4
zahiruddeen,zulaikha,zafran,zuhairah

nampaknya abang papan dalam mood ceria..
untunglah..hmm
 selamat hari lahir,Papan..moga terus membesar dengan jayanya..
Kak Nis cayang sume!
aduhai..dah besar budak-budak nih..dulu ditimang-timang..
sekarang,dikenang-kenang..

cayalah adek yaya..pam kereta exora  mama

haa yang ni takde kaitan.. saya syok sendiri menyambut kemenangan setelah berhempas pulas melalui 12 levels.. heehee

yeaayyhh!!


nampaknya..saya pun kena membesar lagi..
spritually,mentally, emotionally
dan sebagainya.

:p

Thursday, September 22, 2011

tanyalah diri

bismillah..

pagi pagi semalam,melayan tv9..rancangan tanyalah Ustaz..membawa persoalan 'anak yang degil'..
semasa pertanyaan dibuka kepada sidang audiens,bangun seorang ibu,,begini katanya,

"...ustaz,mengapakah anak yang belajar di sekolah agama juga mempunyai sifat degil?"

gulp..terasa deyh..
dan Mama capai remote control lantas menambah volume..

dengan lembut sabarnya,ustaz itu menampil bicara,

"terima kasih kepada puan yang bertanya..rata-rata kebanyakannya soalan ini timbul dalam masyarakat kita.. yang saya dapat kenal pasti,ini berpunca daripada beberapa faktor..

pertama,ilmu agama dipelajari tidak berkat.
anak-anak ini belajar,tapi hanya untuk mendapat kepuasan akademik semata.belajar saja,tanpa penghayatan dalam kehidupan..jadi,tidak diamalkan. di sini kita lihat.ilmu dan amal dua benda nyata berbeza. teringat kepada cerita sufi dahulu..


Ada seorang guru yang mencintai salah seorang muridnya melebihi murid yang lain. Sikap sang guru membuat mereka cemburu. Pada suatu hari. Ia berniat untuk menjelaskan kepada mereka mengapa ia lebih mencintai muridnya itu daripada yang lain. Ia kumpulkan semua murid dan memberi mereka seeokor ayam seraya berkata “ sembelihlah ayam itu di sebuah tempat yang tak terlihat oleh siapa pun.”
Semua murid menjelaskan perintahnya dan kembali dengan ayam yang tak bernyawa, kecuali murid yang paling ia cintai. Ia kembali dengan ayam hidup di tangannya. Ketika melihat semua temannya telah menyembelih ayamnya masing-masing ia merasa heran dan bertanya kepada mereka “ apa yang kalian lakukan ? “
“ Kami melaksanakan perintah guru” jawab mereka. Mengapa ayam itu tidak engkau sembelih, seperti yang telah dilakukan oleh teman-temanmu?” Tanya sang guru.
"Aku tidak menemukan tempat yang guru maksud sebab, di mana pun aku berada, Allah Maha Melihatku," jawabnya.
 "Ketahuilah temanmu ini tidak pernah berpaling kepada selain  Allah ‘Azza wa jalla. Karena inilah aku lebih mencintainya “ ujar sang Guru kepada murid-muridnya.
Imam Ghazali Bercerita, Kisah-kisah Dalam IHYA ‘ULUMIDDIN

kedua,menggunakan agama sebagai hujah.
contoh.apabila anak ini diberi nasihat..dia akan menyangkal dengan berhujah..kononnnya dia lebih pandai dan tahu berbanding orang yang menasihat.jadi dia mudah merasa sombong,bongkak,riyak dan sebagainya.

ketiga,persekitaran tidak menyokong.
asalnya,pegangan agama anak cukup kuat..berasal dari sekolah pondok,madrasah madrasah misalannya. tetapi apabila tamat pengajian,pulang ke rumah atau menyambung pelajaran ke tempat lain. dia 'culture shock'.apa tidak,melihat maksiat sana sini..terpengaruh dengan ajakan kawan-kawan..mungkin saja goyah iman anak itu..lebih parah lagi,ada yang menjadi sampah sosial..na'uzubillah.."

****

tanya diri.kenali punca.selesai masalah.amal ilmu.pimpin hati.



usah kau cemari segar dedaun hijau
selagi mentari malu menyepi
sedang bunga kian berseri lagi


...

Tuesday, September 20, 2011

tumble bugs

Experience is something you don't get until just after you need it..-Tumblebugs.

saya terjumpa hobi baru..mungkin ramai tahu game Zuma..yang ni lebih kurang,cuma versi lebih moden dan interaktif..


ready..go!

cepat dan betul.

berbelit gak otak nih..
namun,ada kalanya 'ralik' @ leka sampai tak buat kerja..sepertimana mama saya selalu kata..hehe..sorry mom..

selamat bermain..
untuk saya..

Sunday, September 18, 2011

broga hill


sehari selepas Hari Malaysia..saya sekeluarga keluar jalan-jalan..nak daki Bukit Broga di Semenyih..

menginap satu malam di hotel Uptown Imperial.. main bowling jap..

let's fight!!
mama memang champion lah.. strike banyak kali..
dapat 153 points..kalah wakil selangor yang main kat lane sebelah..
whoaa..




tak caya??tengok vid ni..



pagi-pagi lepas solat Subuh kat surau berdekatan..terus naik bukit..around 6.30 pagi..

aunty parking tu cakap,"ada yang dah sampai puncak ooo..pukul 2 pagi lagi dorang dah naik.."


stesen pertama sebelum puncak sebenar
yeah..finally..
abah dan adek tak nak sampai sini..
pendakian ambil masa lebih kurang 45 minit..ramai betul pengunjung bukit nih..lagi-lagi hari cuti.. naik sesak dibuatnya kat atas tu..ingat nak kejar masa sebelum  matahari terbit..tapi time kami naik.. matahari pun naik sekali..huhu

jom relaks tengok keindahan ciptaan Allah..




hmm..nyaman rasanya..




aku dan elemen
batu-rumput-tanah-pokok-awan



bajet penjelajah alam..hihi
-tentukan jalan kita..


me and family..behabbeeku


"oi akak..tunggulah.."
hehe.


air kelapa pengembali tenaga


begitulah al kisahnya... Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Broga Hill 2 km je..kalau teruskan lagi 3 km..menuju Gunung Tuk Wan.. tak pelah..lain masa kot.

episod kembara Gunung Tahan tahun lepas coming soon...

Sunday, September 11, 2011

oh buku




apalah mahkota permatanya palsu..
apalah nama andai tanpa ilmu..

disebabkan saya kurang membaca akhir-akhir ini,patutlah saya lebih banyak bercakap.

di kulit akhir sebuah novel,tertera ini..
" If you are dissatisfied with this book please send it back to us and we will refund the purchase price"
ooohh..boleh erk..



ameen..ya Allah..


jangan diabai wahyu pertama.. 
selamat membaca..
kembali..

Tuesday, September 6, 2011

catatan seorang tua

Semalamku kutemu seorang tua 
Wajahnya gelisah
Lirik matanya tajam menikam
Lalu ia berpesan


Ada beza antara pemburu
dan pejuang
pemburu itu sifatnya mendapatkan
pejuang itu sifatnya membebaskan
pemburu itu sentiasa memilih
pejuang itu tetap pendirian
pemburu itu tidak pernah puas atas perolehannya
pejuang itu sentiasa bersyukur atas kurnianNya
pemburu itu inginkan pujian
pejuang itu sering dihina
biarpun membawa kebenaran
pemburu itu matlamatnya acap berpindah
pejuang itu matlamatnya dinamis lagi merdeka


katanya
Jadilah pejuang yang ikhlas di hati 
Dan perjuangannya.

Semalamku ketemu seorang tua
Wajahnya gelisah
Lirik matanya redup dan dingin
Lalu ia berpesan

Jangan biarkan payung-payung kecil
Berkembang dibawah naungan payung besar
Kelak hujan tiada
Tetapi air melimpah tidak keruan
Katanya lagi
Lihatlah ke dalam dirimu
Renungkan segala tindakan yang lalu
Jangan menuding ke orang lain
Kelak bayangnya membaluti dirimu
Tambahnya lagi
Jadilah seorang pemimpin
Hidupnya bisa memimpin
Biarpun serba kepayahan
Kerana amanah ini 
Harus dipikul bersama

Semalamku ketemu seorang tua
Wajahnya tenang
Lirik matanya menawan
Lalu ia berpesan

Bersatulah atas nama perjuangan
Perjuangan yang telah lama kita bina
Perjuangan bertunjang hak yang satu
Perjuangan mengenal diri kita
Perjuangan yang bermandikan
Titisan darah dan air mata
Bangunlah wahai anak-anakku
Perjalanan kita masih jauh
Tiada lagi masa lesu untuk kita hampiri
Tiada lagi keluh kesah untuk kita tatapi
Tiada lagi rasa hati untuk kita pendamkan
Tiada lagi keraguan untuk kita sangsikan

Semalamku ketemu lagi seorang tua
Wajahnya lembut
Lirik matanya bersahaja
Senyumnya tampak puas dan ceria
Tiada lagi pesanan dari lelaki tua
Kerana hatinya kini tenang.
Kerana dia tahu kitalah
PEWARISNYA.

Nukilan : NASH A.G
Kuala Lumpur.



kerana mereka penyimpan seribu satu macam hikmah..disimpan kemas kemas buat tatapan dan bekalan anak cucu..mahu diperturunkan warisan budi itu satu persatu.. sementara nyawa masih dikalung jasad..


kesepian..hanya ini yang terluah
kerinduan..entah apa ubatnya
harapan..mata memahamkan segala..


salam hormat,
buat 'abid-'abid mulia..

Friday, September 2, 2011

salam lebaran,wahai .......

bismillah.


syeikh hanif..hihi
kepada abang,
selamat hari raya,maaf zahir batin..ampunkan salah silap hanis semenjak hanis kecil sampailah sekarang.
okay..okay..hanis maafkan sebab abang tak balik beraya tahun ni.hihi
cemburu orang itu merasa dingin malamnya kota suci Mekah dan terik siangnya bumi Madinah.
serulah nama hanis di sana..moga tahun depan,ada rezeki ke sana.

salam rindu dari kampung halaman.



abah dan zahir berBBQ

kepada kaum kerabat dan ahli keluarga,
tanpa kalian,saya bukan sesiapa.
setia mendoakan kejayaan saya adalah segalanya.
Allah yubarik feekum..

entah ape dibuatnya adik-adik aku nih


whoa!!

kepada sahabat handai dan rakan taulan,
kalianlah inspirasi sanubari,sentuhan jiwa.
ex batu 9,tahniah sebab kita berjaya kekalkan rekod baraan tahunan berturut turut dari form 1 lagi..cayalah.

kawan sekolah rendah tu..
last but not least,
kullu sanah wa entum toyyibeen...
taqaballahu minna wa minkum..
:p
jumpa lagi.