Sunday, July 31, 2011

dah minat..

-Develop interest in life as you see it; in people, things, literature, music - the world is so rich, simply throbbing with rich treasures, beautiful souls and interesting people. Forget yourself. -



-yang ke IV kat Jordan rasanya-

karya pentalogi Ramlee Awang Mursyid;
I-Bagaikan Puteri
~Awan..kalau dapat kucapai maka saktilah hamba.

II-Cinta Sang Ratu
~tatkala cinta berbisik,suaranya memuji Tuhan.pabila rindu terusik,rasulnya jadi pilihan.

III-Hijab Sang Pencinta
~dendam itu bara,marah itu api.

IV-Cinta Sufi
~sekali kurebah,berjuta kali kubangkit.

V-Sutera Bidadari
~hanya namaMu yang terlafaz di hati nan kerdil ini.

ermm..kalau dah minat,apa boleh buat..

dan

kalau dah 'muak' dan 'merajuk',pun apa boleh buat kan...

;D

Thursday, July 28, 2011

syukur 2011

-kepuasan terletak pada usaha,pencapaian sebagai hasil-

tengah malam Malaysia..entah mengapa tajuk entri sebegini yang terlintas.

ALHAMDULILLAH, sangat-sangat bersyukur ke hadrat Ilahi.
sehari sebelum tarikh dijadualkan fly pulang ke tanah air, saya dihidangkan dengan sebuah berita gembira,yang jauh di sudut akal saya,untuk mengakuinya.
yakni..menerima natijah Jayyid Jiddan Tahun Satu sesi 2010/2011.
dengan jumlah tiga subjek Mumtaz dan satu Jayyid.

ALLAHU AKBAR,tiada daya upaya hamba melainkan dengan pertolongan Mu ya Allah.
akhirnya saya mampu menghadiahkan 'sesuatu' untuk anda.
terima kasih....
mama & abah-puasa sunat dan doa yang takkan pernah putus.
abang & adik-penghibur dan penggocah hati yang setia.
housemates-kalian melihat saya seadanya dan saling mencukupkan keperluan.
sahabat,seniors,juniors-dorongan kalian saat saya hampir rebah amat diingati
sidang followers-kesudian anda membaca hasil nukilan membuat saya terharu.

maka,perjalanan pulang seorang anak rantau pun bermula.
(ini untuk kali kedua ya,harap maklum. selepas tempoh evakuasi sepanjang percutian musim sejuk dulu)


-off to riyadh,saudi-


-mentari juga ucapkan selamat pulang-


-dilema antara hari ini dan semalam,
terpisah antara mimpi dan impian,
keliru antara pandangan dan bayangan-

buat sesiapa saja..,
usah tinggal prinsip "inna ma'al 'usri yusraa"
sesungguhnya pada tiap kesusahan,Allah sertakan kemudahan dan jalan keluar..
bukan senang nak senang,
bukan susah nak susah..
Allah telah berjanji jika kita ingat padaNya pada waktu senang, Allah pasti mengingati kita pada waktu susah...
di balik kesusahan,tersembunyi hikmah yang tidak terjangkau dek firasat manusia.
bersabarlah,itu lebih baik...

maaf.lambat sikit update blog.bukan apa,sibuk menelaah novel Sutera Bidadari.
nampak gaya ada ciri-ciri nak jadi hectalogy..

adek Amem ada bertanya,"kakak nak buat apa je cuti nih?"

hati saya menjawab,"kakak nak buat apa yang PERLU kakak buat,dek."
ibarat kata Hassan al Banna;kewajipan lebih banyak daripada waktu.
kadang,kehendak kita cuma membazirkan waktu..

moga saya diberi keputusan iman,ilmu dan akhlak yang Mumtaz..
ameen.ini lebih utama..


Thursday, July 21, 2011

pokok


-understand that the right to choose your own path is a sacred privilege.
use it. dwell in possibility.-
oprah winfrey.

terkenangkan lagu PoKoK by Meet Uncle Husein feat Hazama

tersesat malu bertanya
tak tahu,tak tahu ke mana
terlalu banyak alasannya
duk terdiam

menyusur di kaki lima
terlihat bayang wajah kelmarin
tersentuh hati bagai luruh

tanya sama pokok
apa sebab goyang?
jawab angin yang goncang

terbang burung terbang
patah sayap diduga
seandainya rebah
kau masih ada

terlalu mahu dan mahu
terlupa apa yang perlu
terlalu banyak alasannya
duduk terdiam

tak mudah namun tak susah
terserah atas pilihan
tersentuh hati mula luruh


life is about making choices.
istikharahlah.
dan wajib bertanggungjawab atas pilihan kita.

mungkin ada yang kurang minat pada lagu ini
faham.citarasa tiap orang kan berbeza.
tapi liriknya cukup bermakna.

kunci,
jangan pernah putus asa pada rahmat Allah.



Tuesday, July 19, 2011

apa kata...?

bismillah.

saya harap jangan ada salah faham dengan entri saya yang lepas.
saya bukan pengagung cinta romantika.
saya sekadar reflek dan kritik.


-ideas should be clear and chocolate thick-
(spanish proverb)

Apa kata?
lazimnya ekspresi ini dituturkan di awal ayat sebagai simbol untuk mengutarakan idea atau pendapat.
contoh;
apa kata kalau kita cuba masak tanpa minyak?
apa kata nanti petang jalan pergi Hussein?
apa kata alihkan barang ni ke posisi lain?

so terpulang sama ada ingin menerima idea tersebut atau dibiarkan saja.

sedar tidak sedar, kurang dari dua minggu saja lagi kita akan menyambut Ramadhan al Mubarak.
sedari umur akil baligh,agak-agak berjayakah kita menempuhnya?
atau cuma berlapar dan menahan dahaga.

apa kata,tahun ini kita buat persiapan dulu sebelum tibanya bulan madrasah tarbiyah.
bukan apa,supaya nanti tidaklah liat sangat nafsu ini untuk ditundukkan.
dan untuk mengelakkan culture shock.


izan, apa kata..
saranan di bawah dikhususkan kepada golongan Muslimah.
ye lah,kita kan terlalu istimewa...

1. lengkapkan puasa ganti ataupun puasa nazar anda.
mahu melakukan misi baru,mestilah kena selesaikan misi yang tergendala. buat pengiraan hari yang tepat dan pastikan sudah langsai.

2. mulakan tadarrus Al Quran lebih awal sebelum masuk Ramadhan.
anda sudah tahu pola menstrual cycle anda. jika anda mendahulukan tujuh juzuk pertama pun sudah cun.

3.kurangkan mengata dan bercakap tentang orang lain.
biasalah perempuan,mulutnya laju. lebihkan melihat keaiban diri sendiri. senaraikan checklist apa yang teringin kita ubah dalam masa sebulan nanti.

kali ini umum.buat Muslimin dan Muslimat;

1.banyakkan berselawat atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w
hidayah yang kita terima takkan tercapai tanpa pengorbanan baginda. mari rapatkan hubungan bersama kekasih tercinta ini.

2.tambahkan helaian bacaan Al Quran.
kalau biasanya lepas solat kita baca dua atau tiga muka,ambil masa sikit. cuba topup jadi lima enam muka ke.

3.biasakan amalan-amalan sunat seperti solat nafilah dan puasa sunat.
sebab nanti bulan puasa,amalan semua berlipat puluhan kali ganda.jadi sayang kalau kita tidak melaziminya dari sekarang.

sekian,moga dapat membantu serba sedikit.
sebarang penambahbaikan dan cadangan dari sidang pembaca saya alu-alukan.

dari saya yang biasa.
ahlan bik,ya Ramadhan.
wassalam.


Saturday, July 16, 2011

filem kasih

hmm.
tentang abang.
Haniff zikri:updatela blog banyak2.tengah free xde keje nih.

lalu,saya memberi alasan.

zikr_ilhakim: busy nih pk umah, ulang alek kedai.shopping(balik mesia) baru habis.kdg2 dah tulis byk2 pastu tertidur.haha.

tamat.
kini tentang Nur Kasih.katanya drama bersiri yang saya tak pernah tonton ini telah ditonton seramai 19 juta rakyat Malaysia!
wow.hebat tu.memang fenomena.tapi bukan pada saya.

maka dengan semangat pasca exam,saya pun klik pada malaymoviesfull.blogspot.com..
untuk merasai keunikan Nur Kasih the movie tu..

-petra,jordan-

sedang mahu ke jordan,tapi entah bila nak sampai seru..
saya tahu ada pihak yang sentiasa menunggu di sana.
takpe,saya dah dapatkan sedikit auranya...

jangan lupa juga lokasi utama;
parit 14 & 15 sekinchan,tanjong karang.
selangor,malaysia.

baiklah.usai menilai,keistimewaan karya kabir bhatia ialah;
-susunan plot yang menarik
-elemen family bonding yang hebat
-skrip kemas dan menyentuh

the most touching scene is...
(pada sayalah.yang mudah sensitif pada bab-bab keluarga)
di ruang tamu rumah kampung,
saat seorang ibu ikhlas menuturkan kasih terhadap anak kecintaannya.

"Adam anak mak.kalau terguris hati pun,saat tu jugak mak maafkan.
mak tak nak anak mak hidupnya tak berkat.
mak nak tengok anak mak hidup senang dunia akhirat.
itu tugas mak.
dari Adam kecik,sampai sekarang,itu tugas mak."

sepertinya beliau membawa suara hati ibu-ibu sedunia.
dua kali; "itu tugas mak."
aduhai anak,tugas kita bagaimana?
takkan hanya mahu melaksana bila terasa ajal menjengah?
sedangkan ibu penuh dedikasi membesarkan kita sedari alam rahim lagi.
hingga hujung nyawa kita.

(mood:mama,Hanis rindu..)

ada lagi..
melihat keakraban Aidil dan Adam.
kepada yang bergelar abang atau kakak,
belajar sayangi adik.
kepada adik-adik,
belajar hormati abang kakak anda.

tentang filem.
kalau baik,mampu mendidik jiwa masyarakat.
kalau biasa,boleh memuaskan hati masyarakat.
kalau buruk,bisa merosakkan mentaliti masyarakat.

cuma lebih molek jika pelakon-pelakonnya benar-benar molek,deh.

selamat menonton ye!

Monday, July 11, 2011

ajari pengalaman itu

-The value of experience is not in seeing much,but in seeing wisely.-

Bismillah.
sungguh.hampir 20 tahun mengalun hidup.
jika mahu dinisbahkan dengan sesuatu yang bernama 'pengalaman'..
sebenarnya cetek sekali.
tetapi..ketepikan soal angka,amount,numbers,total,statistik.
yang penting bagaimana kita melihat?
dengan panduan iman?telunjuk kawan?arahan insan?
barangkali bisikan nafsu?ikutan amarah?acuan emosi?

nak diceritakan zaman tok kaduk yang saya alami dulu,
ternyata diselusuri kisah pahit untuk merenung
dicantum cebisan indah untuk tersenyum memujuk hati.
ya,saya pernah berada di atas.
lebih lama berada di bawah.
jangan ada kata saya manusia lain..saya juga seperti anda.
tetap diberi dan diuji.

-pernah di sini-


dalam sebuah pencarian nilai diri,kita tak boleh berpeluk tubuh.
'with knowledge,come responsibilities'
sebab kita ada tanggungjawab.sebelum itu,perlu ada ilmu.
ilmu datang dari mana?
haa..antaranya...PENGALAMAN.
merugi bagi individu yang selalu berasa cukup lantas tidak mahu mencuba.
lalu,dengan cara apa dia mahu meneguk pengalaman buat bekalan?

mungkin hanya melihat.
apakah yakin bersih mata hati?

mungkin juga mendengar.
pasti akan kesahihannya?

mungkin hanya mengata.
tidak takut timbulnya dusta?

mungkin juga merasa.
sudah tepat sukatan iman?

Belajarlah,diriku sayang.
cermin kembali apa yang kita perhati,teladani majlis ilmu,
ucapkan kalam nasihat,lalui rencam hidup.
ambil tahu sirah salasilah para anbiya' dan sahabiyyah.
yep.saya teringat legacy of prophet Ibrahim.jemputlah klik dan tonton.


kita terfikir..
rupa-rupanya kita hidup hanya menumpang.
kita senang selama ini dengan menumpang kesusahan orang lain.
alangkah hebatnya pengalaman dan pengorbanan mereka hingga berjaya menghadiahkan kebahagiaan untuk kita.
tak kiralah.generasi terdahulu ke,ibu bapa,keluarga.
yang terdekat;orang serumah dan kawan-kawan.
moleknya berjanji setia mahu susah senang bersama-sama.
but in turn,kita khianati.cakap cuma cakap.
kalau gitu,payah.payah menganjak paradigma,gagal falsafah bijaksana.
akhirnya,perasaan menjadi taruhan.

saat berduka cita, seolah olah tidak terbela.
ingat,mencari pengalaman satu proses.
bukan semua yang kita nak,kita akan dapat on the spot.
sebab kita sekadar peminta tegar.tidak punya kuasa.
sabarlah,rintihlah,adulah..
pada yang Maha Memahami.
Allah al Hakeem;bijak merancana urusan hambaNya.
Allah al 'Aleem;sedia tahu isi hati hambaNya.
Allah al Haleem;bisa melembutkan jiwa hambaNya.
jadi,apa tunggu lagi.
mari menjadi Hamba Allah.
saat kita datang dan dijemput pulang.


kita ialah pengalaman kita.
pengalaman yang mendidik.
mencorak selok belok pemikiran kita.
gaya kesopanan pergaulan kita.
prinsip pada keputusan kita.

dalam seharian,
dah silap.terima dan taubat.
dah betul.terus dan tawakal.

ya. kita dan pengalaman kita.
jadi,ajari pengalaman itu.
ajari diri sendiri.
jangan pernah berhenti.....

salam.
fasobrun jameel!
(^_^)

Saturday, July 9, 2011

pi mai pi mai

versi mendongak ke langit,
terpandang khilaf sendiri
......

kenapa masih belum berubah?
sebab masih melakukan dosa.

kenapa masih melakukan dosa?
sebab masih belum berubah.

jadi,bagaimana ingin berubah?
berhentilah melakukan dosa.

jadi,bagaimana ingin meninggalkan dosa?
berazam melakukan perubahan.

-
sudah sudahlah, usah mainkan sesedap kata.
cukup cukuplah, usah biarkan sesalan diri.
pi mai pi mailah, jangan tang tu lagi...
**
~ a good start is half the battle~




Friday, July 8, 2011

new news

assalamualaikum w.b.t

at last..setelah beberapa lama menyenyapkan diri,merehatkan jari jemari, meresapi akal dan hati..saya kembali..berimej baru.hope you guys like it.

update news ye;
pertama-sudah habis exam empat subjek core.last paper ahad ini. alhamdulillah~kini doa dan tawakal.

kedua-dalam proses mencari rumah baru bersama ahli beyt yang lain.

ketiga-di Mesir sedang berlangsungnya muzaharah@perhimpunan di dataran Tahrir. menurut Amu Ridha yang kami temui tadi,beliau menerangkan bahawa tuntutan rakyat kali ini ialah meminta agar Hosni Mubarak menerima hukuman setimpal.lagi satu,mereka tidak berkenan kepada pimpinan Ketua Angkatan Tentera yang dikatakan masih mempunyai ketaatan terhadap bekas presiden tersebut. berita ini secara langsungnya mengganggu rancangan rakan-rakan dan saya untuk bershopping sebelum pulang ke tanah air..huu

keempat-menambah ilmu dan persiapan untuk melangkah ke madrasah Ramadhan.

kelima-sedang menerima baik buruk orang lain sambil memeriksa buruk baik diri sendiri

hmm.

saya bakal pulang ke Malaysia insya Allah pada 26hb Julai nanti.

ingin saya kongsikan;
The value of experience is not in seeing much,but in seeing wisely.
-william osler-

salam thaurah!