Wednesday, June 27, 2012

tahya misr.

tarikh 24 Jun 2012..

menjadi tanggal keramat bagi sekalian rakyat Mesir dan warga dunia yang terlalu dahagakan perubahan demokrasi sebuah kerajaan yang selama ini diperintah oleh rejim tirani penuh korupsi.
  
"Ajaib sungguh penjara Mesir, masuk ke dalamnya Nabi Yusuf alaihissalam,dan setelah keluar menjadi Raja Mesir..
masuk ke dalamnya juga Dr.Muhammad Mursi, dan setelah keluar diangkat menjadi Presiden Mesir" -Ismail Haniyeh,Perdana Menteri Palestin.


saya tertarik dengan kartun ni,,,sebab sekilas,buat saya teringat kepada karya pelukis bernama Zunar...yang sering mencuit hati,menyimpul senyuman dan mengundang tawa  pembaca setia akhbar Harakah. =]

Pastinya,,setiap inci perkembangan pimpinan 'buku baru' Mesir menjadi topik hangat dan pemerhatian sejagat..masyarakat kini meneliti sekecil-kecil dan sebesar-besar usaha beliau dalam mendepani tribulasi dan asakan pelbagai pihak.
bersama doakan permata Islam kan terus bersinar..

untuk lebih tahu biografi beliau,,klik (sini)

maka benar;

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (ali 'Imran:26)



#hai Malaysiaku, apa khabar hendaknya??
#tahya misr = long live Egypt.


Sunday, June 17, 2012

rintihan al Aqsa

nukilan: Ina Marjana Ulfah,2008


Bayu dingin
Baitulmaqdis
meniup liar
rintih laramu Al-Aqsa
perca koyakan
sirah ketamadunanmu
berterbangan bagai debu
tanpa harga
serpih peluru
di dada ketauhidanmu
basah disaluti luka bengkak
bernanah sebuah maruah
menahan rindu mulus kepada
seorang Salahuddin Al-Ayubi
menanti di pangkin
setia dalam resah
parah berdarah
walau sering ditampar ejekan
jemari dusta durjana.



 



Semilir esakanmu
Al-Aqsa
berdengung di pintu masuk
Israk Mikraj
namun gemanya
hanya dendangan
tidur jiwa kosong
hingga nafasmu sesak dalam
dakapan yuda semalam
rintihanmu pasrah, tanpa tahu
ratib tangis esoknya.



Friday, June 15, 2012

rahsia beliau ialah...

bismillah..
(tangan sudah gatal nak menulis...)

teringat tahun lepas..bila tahu yang salah seorang kawan baik saya sedari tingkatan satu lagi..
berjaya dapat result 4 flat..amazing huh..

"Paien,,tahniah..waa..hebatnye dia...erm,,share la sikit,,pe rahsia kejayaan??"

"alaa..seganlah kiter..huu..bukan hebat sangat pon.."

"eh,,kite yang patut segan..cepatlah bagitahu..boleh kita amalkan.."

"hmm,,zik pon tahu..ilmu tu kan cahaya..dan cahaya takkan masuk dalam hati yang maksiat..
rasanya tu je kot.."

...
...

sentap di situ...biarlah berjuta kali saya mendengar ungkapan keramat tu..tapi kali ni begitu menusuk.. efeknya lain macam...mungkin sebab orang yang menyatakannya ialah seseorang paling rapat dengan saya dan pesanan paling ikhlas daripada beliau..

terus rasa lagu 'pokok' terngiang ngiang di telinga..
'terlalu mahu dan mahu...terlupa apa yang perlu..
terlalu banyak alasannya..
duduk terdiam..
tak mudah namun tak susah
terserah atas pilihan..'

kalau time down,,saya curik curik semangat daripada beliau..
yang asalnya ialah kata kata ulama Imam Waqi' kepada anak muridnya,Imam As Shafi'e.

moga kita beroleh ilmu yang berkat..manfaat.
penambah amal timbangan berat..
cahaya di alam dunia dan akhirat..


tentang Paien,,dia sahabat yang terlalu istimewa..dan pengejut Subuh saya yang setia.. hihi.
Ramadhan 2007,ayahnya tercinta telah pergi dijemput Ilahi..
dalam usia muda,,beliau telah belajar dan mengajar erti tabah..
konsep 'birrul walidain' @ berbuat baik kepada ibu bapa merupakan prinsip kental hidupnya.
dan kini walau jauh di mata,,beliau tetap di sudut doa dan hati ini..




#terima kasih,
Noor Farahin Md Ismail..
you're simply the best.
anda benar benar saya kagumi..dan sayangi..
;)



Friday, June 8, 2012

namanya,seorang rasul

dulu aku bertanya, mengapa namamu yang berulangkali disebutNya
dan kisahmu yang bertebar merambah hampir tiap surah
bahkan Allah menetapkan; kau terkisah untuk menguatkan jiwa
hati dan rasa seorang Nabi penutup masa
ya, kini aku tahu.. betapa tak mudah menjadimu hai Musa
mengemban risalah dalam keadaan yang serba tak sempurna
kau tak fasih bicara, sulit berkata-kata
dan sebab khilaf masa lalu, kau tersalah membunuh
maka saat wahyu turun, air matamu menitik, tubuhmu berpeluh
dalam kesadaran akan beratnya beban, kau mengeluh
“bicaraku gagap, lidahku kelu, aku takut mereka akan mendustakanku..
dan pada mereka aku berdosa sungguh, aku takut akan dibunuh”
ya, kini aku tahu, sungguh tak mudah menjadimu
sebab dalam keterbatasan itu, Allah berikan untukmu lawan penuh kuasa
perbendaharaannya kaya, kerajaannya luas, tentaranya perkasa
punggawanya setia, lagi taat buta
mengaku tuhan tertinggi, dia merasa berkuasa atas hidup dan mati
dan kau.. kau terhutang budi masa kecil padanya
dan tahukah kau duh Musa, kelak kaum yang kau pimpin
yang kau bimbing bebas dari perbudakan tiran
yang menyaksikan sejuta kuasa Allah menaungi mereka
akan berlomba membangkangi Allah dan mendurhakaimu?
malam ini kususuri kisahmu, dan aku takjub
atas takdirNya, masa lalumu tak sempurna
kau terpilih memikul risalah suci, dan kau didustakan
sedang Muhammad dipilihNya dari pribadi yang terjaga sempurna
dia memikul risalah dengan gelar al amin yang masyhur sudah
tapi diapun tetap didustakan
mungkin sebab itulah kisahmu selalu menjadi penguat hatinya
di saat-saat berat, Muhammad mengenangmu dan melirihkan gumam
“semoga Allah menyayangi saudaraku Musa..
sungguh ia dicobai lebih menyakitkan dari ini”
malam ini duhai Musa, kususuri kisahmu
aku tersenyum, alhamdulillah, kau membuatku merasa
beban-beban da’wah ini hanyalah seberkas kapas
tapi di sisi lain, menelisik ceritamu, mataku basah
“ahh.. surga, rasanya masih jauh, sangat jauh..”
#kutip semangat untuk terus cekal study :)
dahla baru di'sound' oleh adek zati,
time saya nak tengok running man..
"haa..tak boleh,,study la!!"
sobs sobs kak zik kena marah..
padan muka =p

Sunday, June 3, 2012

290512

(warning: entri sedikit panjang)

280512.

hari yang biasa,,revise subjek physiology seadanya..dan teringat besok,umur bakal 20. 
haih,,hilang belas-belas kat depan..oh tidaakk..how time flies...
so,,takkanlah nak sambut umur dua dekad kali ni macam tahun tahun lain juga.
saya pun cadangkan kat ahli beyt supaya sama-sama baca yasin malam tu.
lebih pada mohon kemudahan menjelang musim exam nanti.



jam menunjukkan 11.15 malam..mata dah layu dan kuyu dan lelap.
tetiba..jeng jeng jeng.
awat gelap dan panas nih?..(lampu tutup dan kipas mati)

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!! 
Nana datang bawa kek masuk bilik
waah,,terkejut sesangat!!!! dah menjerit separuh tenaga..
"korang!!!watpe ni!!hahaha"

begitulah...rupanya sepanjang Zikri pi library siang tadi..diorang keluar cari kek dan order pizza..


halawiyat IBN ADAM


"kena pilih kek yang symbolize zik..tetap pendirian,simple.."-faiz

"suke tak??kalau zik happy,,kitorang pon happy..."-nana

"kak zik,,selamat hari tua..."-zati

"zik,,apa hajat hajat istimewa kau umur baru ni"-tikah




*REM sleep: Rapid Eye Movement atau fasa gerak mata cepat merangkumi 25% kitaran tidur kita.
pada masa ini,tubuh berada dalam keadaan rileks untuk pemulihan tenaga dalam tubuh.
mimpi lebih mudah diingat...nak katanya,,susah bangun tidur kalau orang kejut. =p

hmm,,merekalah buah hati pengarang jantung saya kat bumi Mesir nih..cewwwaaah.
my smile inducers,,my silent readers,,my perfect stalkers,,my food suppliers... =)
barakallahu lakum.



290512.

spring summer

memang sepanjang study leave ni,,saya memilih untuk duk universiti.
bukan apa,,di rumah-belajar..penat..makan..ngantuk..tidur..bangun..online..belajar..
the cycle goes on.
kat uni kami,,ada dua perpustakaan pilihan..saya gelarkan library 'gua' dan 'pasar'.
gua-senyap sangat..kreekkk..buka pintu je semua orang pandang..kapasiti kecil = saya bosan.
pasar-bising amat..diskusi an..sejuk aircond..saiz besar dan selesa = saya ngantuk.
haih..dua dua tak kena..lastly,saya pilih ke muzium anatomi tingkat tiga sana..
luas,,lapang,,tak ramai orang(saya seorang je melayu),,dengar kereta lalu lalang kat tingkat bawah..sayup sayup kipas angin,,just nice.

"eh, yang ada balang balang bayi,,organ organ semua tuh ek.."-orang tanya.
yup.mungkin saya terlalu immune dengan citer CSI,,fear factor,,final destination,,thriller n horror movies.

day at the museum





sambil sambil study,,saya lihat sekeliling..andai spesimen-spesimen tu boleh berkata kata..
pasti saja menceritakan perihal pemilik tubuh semasa hayatnya..
tentang mata,,apa yang dilihat.
kaki dan tangan,,apa yang diperbuat.
tentang otak,,apa yang difikirkan.
uterus dan stomach,,apa yang dikandungkan. 
tentang mulut,,apa yang diucapkan.

itulah saksi saksi agung di hari kiamat nanti.
Allah,,,betapa tidak komitmennya kita memelihara suci jasad dan rohani,,
kita akan mati..pasti mati..sebagaimana orang orang terdahulu dari kita.
namun..bekalan kita??

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
-al An'am:32-

teman dan senjata



aku yang melihat alam meliputi 
wujud menyertai..
lalu ku pindahkan alam 
ke dalam mata hati.
mencari ketenangan..
menjiwai peranan..
menepati pesanan..
janji juga saranan.
Alhamdulillah atas kurnian rezeki..
moga tidak terleka dalam perjalanan ini.

-too phat.


summer spring.

#terima kasih..menjadikan saya,,saya.
doakan ye,,yang terbaik terbaik aja..