Monday, February 10, 2014

pada erti

karyawan
penyair
penulis
sasterawan
- atau apa saja yang aku sendiri melabel orang-orang seangkatan dengan aku.

jalannya bukan mudah menurut telahan orang. bertarung emosi tiap kali memintal idea dan menculik kata kata nan tepat di sebalik buku,kertas,nota, artikel yang berselerak. belum termasuk pen pensel yang kerap hilang entah ke berapa kali.

aku sering bayangkan, minda mereka yang tak seperti aku. apa yang mereka fikirkan dalam seharian?
baju apa yang nak dipakai?
gaya fesyen terkini?
cara kukuhkan personaliti dan kredibiliti?
berapa duit baki bulan ini?
kenapa si dia mula menjauh?
siapa bakal imam-makmumku nanti? 
bla..bla..bla..
dan senarai tanda tanya semua ini jarang atau tak pernah menari dalam otak aku. 
atau aku saja yang pelik?

menulis mengajar aku merumus diri sendiri. Allah takkan anugerahkan aku bakat untuk aku siakan. aku bersandar di pohon niat dan harapan kala aku bingung tanpa punca. ya,ia perlukan istiqamah; yang mulianya melebihi karamah. moga-moga aku sudah ketemu jawapan- apa ertinya aku menulis.

bacalah..
bila kau perlu tahu.
dan tulislah..
bila kau tahu perlu.

-catatan peribadi bertarikh 30 Januari-