Sunday, December 23, 2012

jejak

'cukuplah dengan hanya melihat dari atas,
giliran kita sudah tiba untuk menempuh jalan itu'
-versi zoom-

*
boleh jadi sesuatu yang kecil,,menjadi besar kerana Niat.
boleh jugak sesuatu yang besar,,menjadi kecil kerana Niat.

**
"manusia ni patut tasydid (bertegas) pada diri sendiri dan tashil (memudahkan) orang lainnya."

***
cara raikan keluasan ilmu ialah dengan..Adab.

****
mahu jatuh dalam kenikmatan
atau nikmat dalam kejatuhan
hal pilihan.
(?)



#hi-(lang-kah) jejak...

Friday, December 21, 2012

awra nabihah



أللهم فقّهها فى الدين وعلّمها الحكمه

Ya Allah,berilah kefahaman padanya dalam urusan agama dan ajarkannya hikmah

Sepertimana doa khusus Rasulullah s.a.w kepada Ibnu Abbas,,saya tiupkan doa kepada si cilik comel tomey berusia sembilan hari, Awra Nabihah bt Muhamad Aizuddin. 

Tahniah kepada ibu muda, Anis Nabilah (mama Bella).
kerana dengan rahmat Allah,,telah terampun seluruh dosa selama dua puluh satu tahun hidupnya..
dan menerima lambakan pahala yang disediakan seinfiniti teguh pengorbanan dan lembut kasih seorang suri keluarga.
'ajeebtu wallah.


#uit lil' baby girl,,nanti dating lagi ey dengan achik zik.. ;D
hemo hemo~



Sunday, December 16, 2012

new year



#tiba-tiba nak tampal gambar nih..
yupp.tetiba.
weehee~ ^^v
hoit sabar...exam dulu.

Sunday, December 9, 2012

semarak


Allah Kareem.
saya berpeluang.
hadir mendengar ucapan langsung hero-heroin yang pulang dari misi solidariti Gaza.

"orang bukan Muslim bersungguh-sungguh membantu Palestin kerana ini agenda kemanusiaan. apatah lagi kita orang Muslim..ini agenda agama kita."-Saudara Azmi

"what's happening in Gaza not only injustice.it's double injustice. zionis rompak tanah mereka, lepastu menggelarkan pejuang kebebasan sebagai terrorists."-Bro Bront Pallare

"berdasarkan cerita kawan baik saya;dia tanya kepada Perdana Menteri Palestin,Ismail Haniyeh bagaimana prosedur untuk mengubah kerakyatan Malaysia kalau nak menetap terus di Gaza?
Responnya, kamu tak perlu susah-susah kerana silakan, di sini memang tanah milik kamu."-Bro Afdlin

"selepas semua keprihatinan yang saya lihat,isu Palestin bakal menyatukan kita semua rakyat Malaysia"-Bro Zain

"bercita-citalah untuk syahid bisidqin. yakni sebenar-benar usaha..walaupun mati di atas katil"- Ustazah Maznah

pe ergh..
terlalu bernilai anugerah pengalaman kepada mereka yang terpilih.
terus meniup semarak kesedaran bagi mereka yang belum-tidak terpilih.


#tahrir Palestin. kita mahu solat di Quds. Allahumma Ameen.


Thursday, December 6, 2012

berdua

wish jamaie.

buat Mama dan Abah (20 Nov '12)
selamat sambut umur baru!
moga Allah menjaga kalian, seteliti-nya kalian menjagaku.
dan mengampuni kalian berdua, sepadat rahmah kalian padaku.
Ameen~

kiriman mesej kepada Mama:

andai Mama merindu..
saat itu 
bayu barakah seorang ibu menyapa anaknya
lalu di datar juang sini
kusambut ia penuh cinta
sebagai sakti,
langkahan hari tuju.
-(05 Dis '12)



#anak nakal ini,
walau sudah usia puluhan..
cengeng, masih dia.
^^

Friday, November 30, 2012

bahasa terindah

Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
Penuh barakah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.

-Dato’ A Samad Said
(sini)


#sentap bila ditanya Ustazah Sana',
"zikra,,apa khabar kamu dengan al Quran??"
senyum berbalas diam.

Monday, November 26, 2012

kosong

pensel tumpul
pembaris patah
tinta kering
pemadam pejal
kertas kosong.

pekakkan telinga
buta meraba
mulut terkacip
tangan diam
diri kosong.

tika susah
tika senang
di mana kita?

#mahu kata maaf..kerana kosong.

Sunday, November 25, 2012

pharmakulagi

perbualan telefon tahun lepas..

haip!

Abang: Hanis,,tengah study apa tu?
Zikri: physio..ada test minggu nih..penin kepala den.
Abang: oh..physio kacang jer..
Zikri: hah..dia dah lepas senang la cakap.
Abang: nanti Hanis belajar pharma..baru rasa betapa pusingnye.hehe~



#adeyh,,phengsan~
taubat tak mahu balik lambat a.k.a ponteng sekolah.
(=.=)"

Monday, November 12, 2012

amem

masa umrah ari tu..
dia yang rajin belanja kami sekeluarga makanan arab.
dia yang suka solat dekat dekat dengan imam.
dia yang berebut pahala usung jenazah.

hari ni..
dia sedang pulun menjawab SPM.
dia tengah memerah konsep dan prinsip.
dia juga mengumpul impian kejayaan.

untuk dia..
Muhamad Hamim Zikri
selamat ulangtahun Mama melahirkan!
yang ke-17.

salam juang,
dari kakak yang penyayang (sangat) dan garang (sikit).
hee~



#tak payah letak gambar amem..nanti bajet ensem.



Thursday, November 8, 2012

ma beyn

::Nikmat yang kita wajib syukuri lebih banyak daripada Dugaan yang perlu kita sabar::


versi zaman saya

menghadam LA TAHZAN karangan Dr Aidh Abdullah Al Qarni..bukan secerna biasa bila dibaca pada usia pramatang yakni awal menengah dulu.

agak-agak berpeluang,,ingin saya cermati semula helai demi helai,,dengan jiwa paling bersedia.

pesan Abang,"iman lebih harus kita pelihara sebagai bekal semasa jatuh." 


#zik dah hilang bahasa..
ngeh~


Wednesday, October 31, 2012

eid@alex

Eid lepas kami bertiga beraya di perantauan,,luar Cairo maksudnya.
ala ala sweet escape..cabut daripada sesak-sibuk kota~
thanx to iman,aida,hanan,qistina,kak mas bagi kami tempat berlindung dari badaian Laut Mediterranean nun di Alexandria..
kalau sebelum ni,cuma sempat singgah untuk transit sana sini.


library terbesar yang kami
takde rezeki nak masuk

kumpul..dengar cerita lama memang kelakar..
hah,,baca yaasin time form 2 sebab orang sabotaj ikan belaan kelas =D

daging kambing telah terkorban
lalu dimasak 'fattah'.yummy!

auwwww..faiz asikin,,sila terharu.

huh.nampak poyoz di situ~

Alhamdulillah..
sedar tak sedar
sempena raya korban..kita kena hargai
sahabat-teman yang selama ini berkorban untuk kita.
dengan masa,,telinga,,duit,,idea,,emosi,,senyuman..dan lain lagi.
mereka berhak dan paling layak disayangi.



#kerana Tuhan,,kita bertahan.
anggaplah, hanya gerhana.bukan terbenamnya matahari.
chill k.~ ^^


Tuesday, October 16, 2012

untitled



what can we do
to make God's light shine forth through the darkness around us?
we must let it shine in our own true selves
with that light in the niche of our inmost hearts

we can walk with steps both firm and sure
we can humbly visit the comfortless
and guide their steps.
not we,but the light will guide!

but oh!
the joy of being found worthy to bear the torch,
and to say to our brethren:
"I too was in darkness,comfortless,and behold.
I have found comfort and joy in the grace divine!"

thus should we pay the dues of brotherhood
by walking humbly side by side
in the ways of the Lord
with mutual aid and respect
and heartfelt prayer
backed by action
that God's good purpose
may be accomplished
in us all together!

Abdullah Yusuf Ali.
The Choice;Islam and Christianity by Ahmad Deedat


#but most of mankind still do not know.
me,without any exemption.


Monday, October 1, 2012

tempoh usia

umrah 2012.

Saya kisahkan daripada periwayatan Ustaz Wahdan,ketua Mutawif waktu itu.

Semasa zaman Nabi Sulaiman,,ada seorang sahabat baginda yang sering tampak hadir di majlis ilmu. (ust tak sebut namanya) 
satu hari, sahabat itu kelihatan gelisah,hairan,dan takut. Nabi yang sedang memberi kuliah agama merasai perubahan itu di wajah sahabatnya,,lalu ditanyakan mengapa.

"Ya Nabi,,semenjak dua tiga hari ini..aku selalu saja nampak seseorang yang memerhatikanku di celah jeriji tingkap kelasmu ini. tapi yang pelik,,orang lain tidak melihatnya. hanya aku seorang.. adakala waktu bangun tidur,,dia ada..sekejap,dia hilang..haih,sungguh bingung aku. apa perlu ku lakukan?"

"Itulah sahabatku,Malaikat Maut..tenanglah,mungkin saja dia ingin menjenguk alam manusia." jawab Nabi.

"Hah.begini Nabi, satu cara. Bolehkan dengan izinmu,perintahkan angin supaya terbangkan aku ke tempat yang aku boleh lari daripadanya,,jauh dari sekalian manusia.."

"Oh,,aku perkenankan permintaanmu,duhai sahabat." titah Nabi Sulaiman sambil mengarahkan angin agar bawakan sahabatnya ke tempat yang tidak pernah dikunjungi manusia. 

Lalu angin pantas menerbangkan sahabat itu..hingga ke lembah yang sangat asing..dan dia meminta supaya turunkan dia di sudut yang paling tinggi..dan dia menempat di situ.

Tetapi,di puncak paling tinggi itulah,,menantinya Malaikat Maut..dan sahabat itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Setahunya Nabi Sulaiman akan berita kematian itu,baginda turut berdukacita.
teringat pada aduannya dahulu,Nabi bertanya pada Malaikat Maut,
"Wahai Izrail,,mengapa engkau takut-takutkan arwah sahabatku itu? mengapa tidak ambil saja nyawanya seperti yang lain.. ?"

"Duhai Nabi Allah..aku bukan apa..telah tertulis untuknya di rekodku..akan meninggal pada masa sekian sekian..tetapi tempatnya sangat aneh..tidak pernah aku lewati sepanjang tugasku. sebab itu aku hampir tidak percaya..tapi,tiap kali ku intip dia,,dia masih berada di tempat asalnya.

meski begitu, aku tetap pergi juga ke tempat dijanjikan yang bagiku,, mustahil dia akan sampai. dan aku menunggu di puncak paling tinggi..pabila ku tahu dia hadir,bertepatan dengan masa itu juga,,lalu kucabut nyawanya. "

Menangis Nabi Sulaiman mendengarkan penjelasan Malaikat Maut..betapa ajal semuanya di bawah taklukan Allah..benar. manusia takkan tahu di bumi mana,waktu bila dia akan mati.

Maka,kita panjatkan doa..moga tempoh usia kita,Allah berkati.

masa jangan biar tersisa~


#mohon kirim Al Fatihah..
atas pemergian seorang sahabat dikasihi,
Allahyarhamah Nur Hidayah Zaid (1992-2012)

moga ditempatkan bersama hambaNya yang soleh solehah.
seindah namamu..semurni senyumanmu..kami redha.

Thursday, September 27, 2012

librocubicularist






# pasni,,balik study..lagi macam-macam tradisi ada..adeyh ;p



Sunday, September 23, 2012

saya,phobia.

bismillah.

saya jarang akui kelemahan. (degil)
tapi ini perlu. saya ophidiophobiac.

(jemput klik pautan di atas untuk maklumat lanjut..sebab saya tak sanggup menjelmakannya dalam bentuk tulisan)

fear factor

sejak bila,,kalau tak silap tahun 2008.
tengok rancangan Discovery (pasal tu) satu jam non stop.
habis je citer tu..saya macam blank..lost.
ergh. tak tahu nak bayangkan perasaan 'aneh' tersebut.
dari situ,,saya menyesal dengan apa yang saya tonton.

Symptoms of specific phobias may include:
  • Excessive or irrational fear of a specific object or situation.
  • Avoiding the object or situation or enduring it with great distress.
  • Physical symptoms of anxiety or a panic attack, such as a pounding heart,nausea or  sweating, trembling or shaking, numbness or tingling, problems with breathing (shortness of breath), feeling dizzy or lightheaded, feeling like you are choking.
  • Anticipatory anxiety, which involves becoming nervous ahead of time about being in certain situations or coming into contact with the object of your phobia. (For example, a person with a fear of dogs may become anxious about going for a walk because he or she may see a dog along the way.)
Children with a specific phobia may express their anxiety by crying, clinging to a parent, or throwing a tantrum.
(source:webMD)

teman teman rapat dah maklum.
ada je yang pernah mengusik (or kenakan) saya.
hah..mereka tahulah reaksi saya yang 'separa tak betul' tu..

jadi saya menyeru dan mintak simpati.. :']
tolong jangan post apa apa berkaitan tu.

tahun lepas saya hadiri First Aid Course.
cam diagak,,sampai part tu,,ada imej yang tersiar di skrin.
Allah hai..malam hari yang sama, saya mimpi ngeri.
tak berdaya.
esoknya,satu hari bad mood.

biar ini dijadikan peringatan peritnya azab kepada saya.
namun,saya tetap berdoa...kan Allah Maha Mengubati.


#cukuplah..tangan yang menaip dah menggeletar.



Thursday, September 20, 2012

zikr

umrah 2012.

27 Ramadhan.
di Masjid Nabawi..menunggu waktu berbuka puasa.
kena datang ambil tempat at least sejam sebelum maghrib.
maklumlah,manusia serata dunia memenuhi segenap dimensi.

berbual-bual dengan makcik Arab berbangsa Turki. 
ker Turki berbangsa Arab (?) sama jelah..
pertuturan ammiyah mesirnya sangat baik.
jadi,senang saya berkomunikasi.

azan berkumandang..sayup berbaur getar memeluk kalbu.
kami nikmati juadah yang orang sedekah..
makcik melihat saya dengan pelik
yang-makan-sikit (tapi sebenarnya banyak kali) nih..
katanya,tidak elok membazir..ramai lagi orang tak mampu.
saya cakap,,untuk dibungkus bawa balik hotel,makcik.

dia pun tersenyum..dan keluarkan sesuatu dari poket bajunya.
seutas tasbih digital kecil.
hadiah kepada saya.. ^^
"semoga peroleh malam lailatul qadar"
"zikirlah..sebutlah ALLAH..ALLAH..ALLAH"
"yang penting,ingatan dari hati kamu,zikra"

"syukran awi,,ya mama. barakallahu feek."

peringatan lagi.
dan lagi.
saya sering lupa.
dan lagi.
perlu ingat kembali.
dan lagi.


#jika enam tahun dulu,,dapat ma'thurat..
ada rezeki lain masa,,apa pula ye.


Wednesday, September 5, 2012

rabitah

umrah 2005.

masa itu saya duduk seorang selepas zohor di ruang solat masjidil haram.
baca Quran.berdoa.baca Quran.berdoa lagi.
seorang makcik Malaysia yang saya tak pernah kenal menyapa,
duduk di sebelah,menghulurkan senaskhah ma'thurat bersaiz buku nota kecil.

"Adik,amalkan doa rabitah kat belakang nih..
pada Allahumma innaka ta'lam anna hazihilqulub..adik berhenti kejap.
pejam mata,bayangkan muka-muka orang yang adik sayang satu-satu..
lepas tu teruskan bacaan.
bagus doa nih."


saya agak naif waktu tu..baru form one.
"Acik,boleh saya pinjam sekejap.nak tengok doa tu..baca jap."
saya amalkan seperti diajar.

"terima kasih,cik." senyum.makcik pun beredar pergi..

sambung mengalun al Quran..

"Adik,nah. ambik terus ma'thurat nih ye.."
makcik tu datang mendapatkan saya semula.
sedekah ikhlas darinya.

di mana makcik itu berada..saya doakan kesejahteraan untuknya dunia akhirat. ameen.

pernah masa di sekolah islami, kawan rapat saya tanya satu soalan jujur.
"Zikri, kau pernah ada masalah dengan kawan tak?" seingat saya,dia baru lepas menangis. salah faham katanya.

"hmm..biar aku pikir pikir balik..bukan nak tipu,,setahu aku takde la sampai tahap serius. kalau ada pun,mungkin orang tu yang bermasalah dengan aku..hehe. aku okay jer.."

jauh di sudut hati,,saya bersyukur. benar,,doa rabitah yang saya amalkan hampir tiap hari ada barakahnya. 

ada masa,tyme masak nasi..goreng lauk..buat air.. saya men'jampi serapahkan' hidangan dengan doa rabitah. fuuh..tiup kasik mujarab.


 



#ni la doa pengasih saya.. ^^ lagi-lagi kalau sedang berhadapan krisis komunikasi dan perasaan.





Sunday, September 2, 2012

erk.

ada orang menulis..

kerana gembira.
kerana berduka lara.

dengan senyum selebar.
dengan air mata.

ada juga orang menulis..

kerana wang.
kerana nama melata.

dengan mertabat diri.
dengan keyakinan.

mungkin.
setidak-tidaknya,
mereka punya alasan untuk menulis.



# Tokoh Wartawan, Sdr Norden ...(apetah) kata,
pemilik tulisan yang agak besar dan bergulung-gulung biasanya keras kepala atau emosional.
erk!






Sunday, August 26, 2012

maaf ye..

kerana mulut, rahmat jadi tersisa.
dari mata, yang buruk turun ke hati.
mungkin tangan, lebih banyak meminta.

walau mulut tidak menutur,,
mata tidak bertemu,,
tangan tidak bertaut,,

maafkanlah.
salah silap tukang tulis sepanjang anda berlegar-legar di ruang blog ini yang
agak bersawang dan seperti tak bertuan.. hiks

kullu sanah wa entum bikheer~
sebagai Muslim,saya sayang pada semua.


#cerita umrah insyaAllah menyusul..

Tuesday, August 7, 2012

takde tapi tapi


bukanlah kalah bererti mengalah
tapi usah mengalah sebelum kalah.

dididik acuannya sempurna
tapi terdidik belum pasti sempurna.

kau menunggu takdir sampai
tapi sampai takdir,kau menunggu.

sikap berilmu jadikan nakhoda
tapi nakhoda tidak bersikap ilmu.

lambung impian hingga mimpi
tapi mimpi melambung lebih tinggi.

siapa tahu rasa rahsia hati
tapi hati tahu siapa yang rasa.

tepati janji tanda berbalas budi
tapi janji berbalas budi dikhianati. 

aku melukis bukan sahaja
tapi bersahaja telah melukis aku.



#oh..setelah lama saya tak menconteng,,inikah hasilnya??
layanzz~



Saturday, July 28, 2012

my way








~~~


ni lah rasa bila grad tahun dua..
Alhamdulillah ya rabb
'ala kulli nikmah
terima kasih kepada semua yang mendoakan
=)




# start minat kat lagu nih bila tahu zack zuhairi suka.. =p
semacam booster kalau ada time-time down..huh.



Thursday, July 19, 2012

balik dah..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.

setelah perjalanan pulang ambil masa dalam tiga hari..kami tujuh sekawan selamat mendarat di tanah tumpahnya darahku~

di Klinik Rahman,Kampung Pandan,,untuk dapatkan suntikan vaksin umrah..

usia Dr. Rahman saya anggarkan ala ala 50-an..

"Hanis,,baru balik dari mana,,belajar apa?"
"Mesir,,medik,,tahun dua.."
"siapa nama presiden baru tuh? dr....dia engineer hafiz kan.."
"owh,,Dr. Muhammad Mursi!"

yepp,,seolah olah saya telah menekan punat ON kepada perbualan bertopikkan 'Islam dan realiti'

bermula dari skil klinikal student Mesir--pilihanraya--ikhwanul muslimin--syria palestin--syiah--perang Iran Iraq--perang siffin--propaganda yahudi--Qadiani--status murtad--Wahabi--fahaman di Saudi--renovasi Haramain--untung rugi--sistem beraja--kuasa dan pengaruh...

huuh..hampir 15 minit borak..saling angguk..saling geleng..setuju atau tidak..silang dan pangkah..

"hmm..anak muda perlu ada ilmu yang sahih." pesan hikmat beliau.

cakap kat diri,,'hah zikri,,ingat tuh.'

di hujung kuakan pintu..
"terima kasih,doktor..selamat berpuasa.." ^^
"ya,,samalah kita." tersenyum dan kembali sibuk mencatat.


hari pertama balik,,dah terima satu inspirasi.
syukur untuk itu.


#duhai mata..lentuklah untuk dibuka Subuh esoknya..
jam kan dah lain.. =p







Tuesday, July 17, 2012

ustazah sana' pesan..

"Zikra(panggilan arab saya),,semoga cuti kali ini,,kamu jadikannya penuh bermakna..
jadilah ahli Ramadhan yang berjaya,niat kerana Allah Ta'ala..
jangan lupa doakan saya,keluarga,negara Mesir,muslimin kesemuanya..
oh ya,,ingat kerja rumah (tahfaz Quran) kamu tu ye..cuti bukan alasan untuk kamu tidak mencuri masa dengan bijak.."

"toyyib..mesyi ustazah,,oklah.saya gerak balik dulu.."

"haih,,kamu nak tinggalkan saya lama-lama dua bulan lebih,,tapi sekarang nak balik cepat-cepat ??" ^^
hehe,,kami ketawa sama-sama.

Hampir setahun saya berguru dengan Ustazah Sana'..
Ada satu masa tuh (sebelum exam final),,kami solat berjemaah Asar di rumahnya..bila saya peluk cium Ustazah..tanpa perasan tapi dengan penuh perasaan,jujur saya mengadu..

"Ustazah,,saya rindu sangat kat Mama saya di Malaysia.." :')

"Laa,,kan saya dah anggap kamu macam anak perempuan saya sendiri.." =)

Alfu syukran,,ustazah.

Allahu Allah,,
sinari hidup kami dengan cintaMU..kitabMu..dan RamadhanMu..


#Lagi beberapa jam nak bergerak ke airport..
doakan kheir(baik baik aja) semua..
dengan Bismillah,,kita melangkah.

Tuesday, July 10, 2012

@ borg el kaherah


"FAMILY isn't always blood. It's the people in your life who want you in theirs; the ones who accept you for who you are. The ones who would do anything to see you smile and who LOVE you no matter what." 


080712

hari bersejarah untuk Beyt Zikra..

malam terakhir berahli-beytkan Zati..sobs sobs
dan dinner luarbiasa di tingkat 4 Cairo Tower,Zamalek..

hah,,macam mimpi je rasa..sebab tak pernah terfikir pun tahun dua ni,,dapat merasa makan grand kat mercu tanda Egypt..

Alhamdulillah..


pernah jadi menara tertinggi di Afrika selama 10 tahun

menikmati tiket dan layanan VIP :D

my luvly habibaties~


untuk Zati tersayang...
terima kasih sudi berkongsi kegembiraan bersama kami
minta maaf andai ada yang terlebih terkurang tersengaja
halalkan eh semua makan minum, cakap-cakap gurau.

we gonna miss u sooo sooo much!!
untung tau dapat tengok airmata (yang mahal amat) Kak Zik awak nih..hukhuk~



# sebenarnya hari tersebut ialah hari ketahanan mental fizikal untuk saya;
6th October City-main sakan.
Nasr City-travel sambil kelaparan.
Sayeda Zainab-kena rush.
huh.



Sunday, July 8, 2012

ceciter cina

"Abang!!Kakak!! tutup tv tu,,dah dekat Maghrib ni!!!"
"Kejap lagi nak habis dah!!" balas dua budak 'baik' yang comot beruniform sekolah.

Aroma segar pekat ayam masak kicap dari dapur langsung tidak pernah berjaya menarik perhatian dua budak 'baik' yang khusyuk melopong depan kaca tv.

iklan demi iklan..tetap setia menunggu..tanpa berganjak sedikit pun.

"ya Allah..dengar tak..Mama suruh apa tadi??!!" untuk entah ke berapa kali.

"psst..Adik,,slowkan volume..kita masih boleh tengok subtitle..mak tak perasan kat bawah."
"haha..betul.betul..iklan nanti,Abang mandi dulu taw."
"ok.ok.kalau dah start,,jerit,bagitaw Abang."
"eh,mana boleh jerit,,nanti Mama dengar la."
"ye tak ye..nanti kantoi."
"mandi ah cepat cepat."

***

"bila nak 9.30..tak sabar dah ni..issh.."
"siapa nama yang jahat semalam tuh..mesti dia kalah punya.."
"lupa dah.eh,,tapi dia ada lima nyawa.."
"kalah,,pastu mesti dia balas dendam..hihi"

"ni dah solat 'Isyak belum?" tanya Abah lepas balik dari masjid.
"belum,Bah."
"apa lagi? nak Abah cabut wayar TV tu..biar tak payah tengok langsung!"
"jangan..jangan..okey,,kitorang solat sekarang."

"hisy,,Adik nih,,kenapa jawab belum..?"
"tak baik la tipu.."
"nanti habis cerita,,kita solat lah."
"haah an,,tak terfikir pulak."

***

"budak budak nih..esok sorang sorang Mama pek kan baju,,masuk dalam beg.. pi duduk dengan amoi depan rumah..suka sangat tengok cerita cina..sampai panggil,, langsung tak menyahut..haih..geram betul!"

"entah apa yang seronok sangat..berapa kali Abah nak cakap..cerita cina yang korang tengok ni takkan ada habisnya..10 tahun lagi boleh tengok balik!!"

***

tersenyum sendiri..bila kenangkan zaman nakal dulu-dulu (rasa sekarang pun masih nakal =p)
bukanlah kami..dua budak 'baik' ni,,
kalau tak ingat satu persatu nama watak hero heroin,antagonists protagonists, bilangan episod terkini,masa tayangan,, semua cerita cina tu.

bukanlah kami..dua budak 'baik'..
kalau tak ingat kung fu jurus apa dan berapa,siapa yang hidup mati dan  dihidupkan semula,kuasa dan kelemahan apa yang ada,makhluk jelmaan sebenarnya..

dan bukanlah kami..dua budak 'baik'..
kalau tak kena marah dan kena bebel hari hari,,siang dan malam,, 
mendengar dialog yang sama,, mencipta alasan yang sama.. dan mengulang perangai yang sama.

itu dulu,,kesannya,,walaupun dah bertahun lama..saya dan Abang masih boleh recall tiap tiap nama cerita nih..



Journey to the West-
Sun Wukong

the legend of Fong Sai Yuk

War of Beauty

Duke of Mountdeer

the eagle shooting hero


ni hanya sebahagian..dari stok kanak kanak kami.

belum masuk lagi Lee Na Zha,,Lingwu Chung,,the secret battle of Majesty,,my fair princess,,Chong Mo Kei...etc etc.

haih,,macam-macam.



#betul kata Abah,,,dah 10 tahun pun..
;D



Thursday, July 5, 2012

lelayang emosi





ahai dikau yang perempuan,,wanita,,dan muslimah..

begini. aku bukanlah ingin melihatmu langsung tiada rasa sensitif..berwatak kebal..dan kalis cuaca bahana emosi..cuma aku ingin seikhlasnya berpesan..
bahawa sedihmu,marahmu,bencimu,,aku juga memahami dan merasainya.

kecewa dan prasangka..prejudis pada sebuah nilai kesetiaan.
itulah rencah masakan kedewasaan..tak mungkin kau akan punyai segalanya tersedia untukmu. kadang terpaksa tidak bersedia untuk bersedia..lalu kejutan itu kau anggap malapetaka..yang merombok binaan mahligai bahagiamu yang telah kau bina sekian lama.

di situ kau kan duduk terdiam,bahkan terjelopok menyembah nasib diri..
meratapi sisa sisa kenangan berbunga di ranting kepasrahan..
kesalahan dan ketidak adilan; satu persatu kau persoalkan..seolah olah dalam dunia,,hanya kau saja tahu apa itu perit menimang kehilangan..

tanyakan pada dirimu sendiri,,hatimu yang kaca itu..
siapakah yang rugi? siapa pula yang untung mengaut deraian airmatamu?
tiap saat yang kau abaikan hak kepeduliannya,,akan berlalu pergi bersama tangismu itu..

keluhan..tidak menjamin apa apa. sekadar keluhan.
ia memang melegakan..cuma sebentar..bila halilintar kembali menyentap,,kau bingit lagi.
kemelut dalam gelisah nantikan awan berganti cerah. itu pun kalau ia sudi reda.. 

penyesalan ataupun penyelesaian..ini yang membezakan.
sama ada kau tewas tunduk akur pada pelan kekalahan awal..
atau bangkit tekad juang  menggapai kebahagiaan hingga akhirnya.


ya. emosi ialah senjata ampuh bagi insan bernama Hawa.
tapi awas,,jangan sampai senjata makan tuan..
membunuh dalam senyap..sikit demi sikit.


senjata akan selamat digunakan jika kendaliannya tepat.
manual yang betul,,sasaran yang jitu.
oleh pengendali yang bijak.
bukan mengacu semberono.
pemerhatian dan nalurinya tajam.
bukan takat ragu ragu.


ayuh kita telusuri perjalanan emosi para mujahidah solehah.
bagaimana 'senjata' ini mengangkat darjat mulia mereka.


Asiah menerima ancaman akidah dari Firaun sang suami
sepenuh emosi beliau bertegas bahawa 'Tuhan itu bukan kamu'.
buktikan iman bukan penjara di jiwa
lalu Allah menjanjikan sebuah singgahsana gah buatnya di syurga.


siapa tidak berduka menerima kejian sepertimana Maryam.
dugaan emosi merenggut zaman indah remajanya
namun beliau cekal dan tawakkal
sehingga dikurnia seorang putera mulia, nabi Isa.


Khadijah turut beremosi tika akhir hayatnya
di perbaringan beliau ikhlas menginfakkan
andai tulang belulangnya yang Islam perlukan.
inilah wanita yang menerima ucapan salam dari Tuhan.


hidup dalam kesederhanaan merupakan pilihan Fatimah.
emosi seorang suri keluarga mematangkan beliau
katanya cukuplah segalanya dari Allah.
menjadikan beliau penghulu sekalian wanita syurga.


nah..merekalah teladan,,penyala pelita cinta.


sayang-sayangku sekalian,,aku berceloteh bukan sengaja..

kerana sepanjang aku menulis,,aku juga bermain lelayang emosi.
kejap kugenggam padu talinya,,kejap kulerai ruang jemari..
jika terlalu tegang,ia bisa putus dibadai angin.
jika terlalu longgar,,ia bisa jatuh di muka tanah..
maka harus cermat menerka arah, mengalun tinggi rendah.


hadiah untuk anda...



;) peace!!




#hah,,inilah efek bila habis baca satu novel..
watak utamanya ialah seorang wanita walang..
sekarang tengah baca novel perang pulak,,,haih.
kot kot ada entri perang lepas nih,,,hee.


Wednesday, June 27, 2012

tahya misr.

tarikh 24 Jun 2012..

menjadi tanggal keramat bagi sekalian rakyat Mesir dan warga dunia yang terlalu dahagakan perubahan demokrasi sebuah kerajaan yang selama ini diperintah oleh rejim tirani penuh korupsi.
  
"Ajaib sungguh penjara Mesir, masuk ke dalamnya Nabi Yusuf alaihissalam,dan setelah keluar menjadi Raja Mesir..
masuk ke dalamnya juga Dr.Muhammad Mursi, dan setelah keluar diangkat menjadi Presiden Mesir" -Ismail Haniyeh,Perdana Menteri Palestin.


saya tertarik dengan kartun ni,,,sebab sekilas,buat saya teringat kepada karya pelukis bernama Zunar...yang sering mencuit hati,menyimpul senyuman dan mengundang tawa  pembaca setia akhbar Harakah. =]

Pastinya,,setiap inci perkembangan pimpinan 'buku baru' Mesir menjadi topik hangat dan pemerhatian sejagat..masyarakat kini meneliti sekecil-kecil dan sebesar-besar usaha beliau dalam mendepani tribulasi dan asakan pelbagai pihak.
bersama doakan permata Islam kan terus bersinar..

untuk lebih tahu biografi beliau,,klik (sini)

maka benar;

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (ali 'Imran:26)



#hai Malaysiaku, apa khabar hendaknya??
#tahya misr = long live Egypt.


Sunday, June 17, 2012

rintihan al Aqsa

nukilan: Ina Marjana Ulfah,2008


Bayu dingin
Baitulmaqdis
meniup liar
rintih laramu Al-Aqsa
perca koyakan
sirah ketamadunanmu
berterbangan bagai debu
tanpa harga
serpih peluru
di dada ketauhidanmu
basah disaluti luka bengkak
bernanah sebuah maruah
menahan rindu mulus kepada
seorang Salahuddin Al-Ayubi
menanti di pangkin
setia dalam resah
parah berdarah
walau sering ditampar ejekan
jemari dusta durjana.



 



Semilir esakanmu
Al-Aqsa
berdengung di pintu masuk
Israk Mikraj
namun gemanya
hanya dendangan
tidur jiwa kosong
hingga nafasmu sesak dalam
dakapan yuda semalam
rintihanmu pasrah, tanpa tahu
ratib tangis esoknya.