Saturday, August 27, 2011

menakutkan.

I.
lama juga dibiarkan blog ini sepi. kerana takut dan terdiam. sekadar memberikan diri sendiri ruang dan peluang untuk lebih berani.

Imam solat tarawikh membacakan ayat suci al Quran..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

wahai orang-orang beriman,mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu melakukannya?

كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
amat besar kebenciannya di sisi Allah-kamu merperkatakan apa yang tidak kamu lakukan.

(61:2-3)

II.

Ustaz di kaca tv berpesan dengan lembut tegasnya,

"Taubat. boleh jadi semasa kita beramal di bulan Ramadhan,
Allah terima amalan kita dan menjanjikan kita syurga.
tapi bila mulanya Syawal, kita pun berdondang sayang
(buat dosa atau maksiat), maka tidak mustahil akan ditarik balik (janji syurga).
jadi,taubat itu perlu istiqomah dan memberi kesan."

III.

terjemahan doa Imam Syeikh Muhammad Jebril malam tadi,

O Allah, make the Qu’ran the blossoming spring of our hearts, and the light of our chests, and the dispeller of our sadness and grief. O Allah, make the Qur’an a proof for us, and not a proof against us.

O Allah, make us those who read the Qur’an and become elevated… and do not make us those who read it and become wretched and humiliated.

'betapa ramai dalam kalangan umatku yang membaca al Quran,tetapi al Quran itu melaknatinya.'

IV.

maka benarlah para ulama',

Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan ciri khas seorang ulama yang membezakan dengan kebanyakan orang ialah saperti mana yang di berfirman bermaksud:

“Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah ulama.” [QS.Fathir: 28].

Terdapat beberapa ungkapan ulama dalam mendefinisikan ulama. Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah dalam kitab beliau Kitabul ‘Ilmi mengatakan: “Ulama adalah orang yang ilmunya menyampaikan mereka kepada sifat takut kepada Allah.” (Kitabul ‘Ilmi hal. 147)


Allahu 'alam..
sejak dua menjak ini,asyik termimpi yang 'menakutkan'.
mungkin sebab terlebih lebih tidur siang..adeyyh.
biarlah jadi peringatan. buat saya yang lupa.lupa.
atau buat-buat lupa.. :'(


Monday, August 22, 2011

paling best

bismillah

daripada hari Jumaat sampai ke Ahad,saya keluar meninjau tanah air.
Tanjong Karang-Sambest-Intec-Seksyen 15-Seksyen 27-PKNS-Masjid Negeri-Tanjong Karang.
Lawat sekolah-jumpa adek Jordan-rumah Farha-masak masak-reunion batch-baju raya-balik.

rata-rata soalan yang diajukan kepada saya,budak balik bercuti sama ada daripada kawan ataupun cikgu-cikgu;

Q:amacam kamu kat sana,apa yang BEST sangat duk oversea?
A:hmm.yang paling best ye..jauh dari family..

Explanation:jangan salah sangka..bukan saya maksudkan perkara paling menggembirakan sepanjang berada di luar negara ialah apabila saya jauh daripada ibu bapa,adik beradik, kampung halaman,teman-teman,makanan sedap..semua itu.
tidak sama sekali.


jom teliti secara literal. perkataan BEST membawa makna;
-the best part,moment,or value
-the supreme effort one can make
-in a most excellent way,most creditably or advantegeously

bagi saya,inilah jawapan sesuai melihat kepada definisi sebenar tersebut. benda paling best. yang memberikan saya pengalaman terbaik melalui proses kesusahan dan simulasi keadaan.

berbekalkan usia saya 18 tahun yang masih mentah(jujurnya) dah 'dipos' dari jauh jauh terbang ke negara asing.budaya dan corak pergaulan nyata berbeza. awal awal sememangnya payah membiasakan diri,pelbagai bentuk tekanan datang dari segenap penjuru,masalah pendaftaran yang susah selesai,mencari kawan sejati,menguruskan kewangan sendiri,memastikan dapur sentiasa berasap,sesi kelas medik-arab menuntut ketahanan mata dan otak,kerenah jiran para penjual,sampai lah kepada jubah warna apa yang mahu dibeli untuk balik raya nanti..:P


nak dicerita lebih,langsung tidak perlu.persepsi orang lain-lain. mungkin pada saya susah, pada mereka mudah,dan sebaliknya.

yelah..andaikan saya menuntut di sini saja..menghabiskan Asasi Kejuruteraan Kimia di UiTM atau Asasi Perubatan di Medical College of Cyberjaya atau Matriks di Kolej Matrikulasi Banting..tentu saja 'jauh dari family' bukan alasan. tiap hujung minggu,mungkin saya akan tempah tiket bas balik kampung atau mak abah yang akan datang melawat..wow seronoknya.. sentiasa rasa termotivasi,hidup penuh ceria,tak payah fikir makan pakai,semua diuruskan,buat family gathering,melancong sana sini pi air terjun ke,sampailah kepada stokin sehelai pun mama boleh tolong belikan.. :P

Allahu akbar..pilihan telah dibuat dan wajib bertanggung jawab atas pilihan kita.
apa yang telah berlalu biarkan berlalu..ada masalah,selesaikan. rasa lemah,kuatkan. ada halangan,redah saja.dah salah,jangan ulang. yang betul,biasakan. kata orang,kena 'siap sedia'.jadi kena bersiap dahulu sebelum bersedia..
manfaatkan masa yang ada..gunakan kuasa minda@brain mapping@self control@apa saja istilah yang sama waktu dengannya..usaha kasi kaw-kaw,akhirnya kita tawakkal..

berakit-rakit ke hulu,berenang -renang ke tepian
bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian.
ini tajuk yang saya suka masa sekolah rendah..yakni tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa ini.bla..bla..bla..hihi..

nak ikutkan,naik rakit ke berenang.. yang lagi susah erk..
tak kisahlah.kedua-duanya akan mudah kalau ikut arus. pasti susah kalau menentang arus.
tidak hairan dalam dunia sekarang kita mudah 'hanyut'.jadi,difikir-fikiri..

Allahu 'alam.
saya,
hamba yang lemah,
mohon agar diberi pelepasan,
sempena fasa terakhir Ramadhan.




Monday, August 15, 2011

sighed..

I.
ada tiga peluang besar yang mana jika dilepaskan sangat menempah kerugian.
berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w;

1. Nama Rasulullah disebut,tetapi tidak berselawat ke atasnya.

2. Berkesempatan hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak masuk ke syurga.

3. Hidup di bulan Ramadhan,tetapi tidak terampun dosa-dosanya.

hmm...apa yang telah kita lakukan selama hidup ini.



II.
sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain.

hmm..kita yang belum cukup baik,bagaimana ingin menjadi sebaik-baik itu..


III.
mama meluahkan,
"entahlah..masa abang pergi mula-mula dulu,mak biasa-biasa je. mungkin anak pertama yang mama lepaskan (ke luar negara) anak lelaki,jadi lebih rileks sikit..

bile kakak nak pergi,mama rasa sama je (perasaan time abang). mungkin sebab kakak nampak confident,so mama pun confident lah."


hmm..mama tak tahu,sebenarnya sebab saya nampak mama confident kat saya lah, baru saya confident.,



-cuma coretan-

Wednesday, August 10, 2011

separuh hari


bismillah.

tiap hari bekerja,dalam pukul 7.20 a.m,rumah saya akan kosong daripada ahlinya.
kecuali saya. sebab dah tak diperlukan di sekolah.

lalu,setelah setia menunggu,muncul seorang budak kecil di hadapan pintu.
dengan menyandang backpack pink yang comel..
dan membawa sebotol susu..
rambut bersanggul tunggal olahan Mak Ani..
tersenyum-senyum gaya manja..

"acalamekuym,kak nis"




dan bermulalah separuh hari yang ceria..

sambil kemas-kemas rumah, layan telatah Adek Yaya.
kadang-kadang tumpang tengok kartun sekali.
Dragon Ball,Mr.Muscle,Chibi Maruko,dan lain-lain.
see? sampai ingat turn kat channel astro Ceria nih.


-hai si budak yang manis..-



agak-agak masanya,suruh dia tidur.
"Adek,jom kita lawan siapa tidur dulu.."
sambil pura-pura pejam mata.
tup.tup.hmm..
tahulah.siapa pemenangnya..
(",)

"Kak Nis,adek lapa laa"
bila suapkan dia yang sedap-sedap tu..
dugaan lah jugak puasa-puasa nih.
heehee.

pukul 6 petang nanti,dia kena balik.
esok hari,jumpa dia lagi..

erm,cuma ade seseorang.
yang tak dapat jumpa.



-MISSING-
-WANTED-
kepada sesiapa yang terlihat individu pada gambar di atas,
sila maklumkan kepada saya,segera

;D


Monday, August 8, 2011

wahai kekasih

ini merupakan halwa telinga yang menarik perhatian mama dan adek.
hari-hari mesti dengar mereka nyanyi.
saya pun tak mahu hanya mendengar..

wahai seorang kekasih
telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan
menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira
syafaatmu menanti di sana

sungguh tabahnya hatimu
menanggung derita yang melanda
biarpun perit pedih tersiksa
kerana umat kau tempuhi jua

wahai Rasul,
kaulah segalanya
contoh terbaik umat akhir zaman
akhlakmu tinggi kan kami jejaki
sifatmu sempurna pelengkap peribadi

wahai Rasul,
kami merindui
sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyumanmu penawar hiba
di hati kami kaulah segalanya

wahai seorang kekasih
telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan
menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira
di akhirat kita kan bersua..



indahnya jika bisa mengucapkan..
Ramadhan kareem,ya Rasulullah.

fasa pertama Ramadhan bakal berakhir..
masih mengejar
menggapai rahmat Ilahi..

(^_^)


Saturday, August 6, 2011

tanpa tajuk

kalau cadangan diberi oleh seorang berjawatan,
memang wajar.
antara tugas.

kalau cadangan diberi oleh seorang tidak berjawatan,
memang boleh.
antara keterbukaan.

kalau jawatan wajib diberi kepada seorang pencadang,
memang wajar difikirkan.
tidak semestinya boleh.
antara pilihan.


jawablah,duhai hati...
tentang tugas,keterbukaan,dan pilihan...

Friday, August 5, 2011

untuk iffah

assalam alaik..
kepada awak,
rakan perantau.

jaga diri baik-baik.
jangan nakal-nakal.
belajar rajin-rajin.
ceria-ceria selalu.
tak nak sedih-sedih.
ingat-ingat la kat kite.
kalau rasa rindu-rindu,
jom skype-skype eh...

hehe.
boleh pulak kite main-main.

terima kasih banyak-banyak.
selama kita kawan-kawan.
suka-duka yang kita kongsi.
jadikan kenang-kenangan.

yang dah lepas-lepas.
harap maaf-maafkan lah.
masa tu mungkin budak-budak lagi.
masih tercari-cari identiti.

bile kita besar-besar nanti.
sama-sama kite berjaya ye.
mintak-mintak panjang umur.
boleh jumpa-jumpa lagi.

moga sukses.
seindah namamu,teman.


Allah,
rahmati perjalanannya,
berkati kecerdikannya,
pelihara keimanannya,
ubati kerinduannya.
You knows BEST.
ameen ya robb.

seikhlasnya,
i love you...and will be always missing you.

dedicated to ukhtie,
Iffah Munirah Mohd Radzi.
MARA scholar.
a financial student.
currently in United States of America.



Tuesday, August 2, 2011

wajah simpati

wajah simpati
mohon diberi
tertunduk sayu

kabus dinihari tenang
tewas pada nafas suara
alun tinggi rendah

bak embun merintik
segar buana sepi
gema simfoni alam

wajah simpati
malu mendongak
tidak layak
sungguh debu
terasa berat

terus meminta
meski singkat amal
hanya mahu
simpati sampai syurga...



*al Fatihah...
buat arwah saudari Fatin Fasihah,pelajar perubatan tahun 2 Universiti Kaherah.
beliau telah pergi,pulang dijemput Ilahi kelmarin.
moga semangat juang beliau mampu saya contohi.
Allahummaghfirlaha warhamha wa'fu 'anha..