Saturday, June 25, 2011

as Somad

'adzeem!
by learning this single outstanding word,
i do ponder..
LA KHAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...


mari kita pulang..
pulang kepada rahmat Allah
~

Friday, June 24, 2011

yummy!

semalam.
bagai meraikan pelepasan dua exam paper
saya,Dina dan Aisyah merancang baik punya
turn masak dah tiba lah katakan.

setelah selesai shopping,
sampai terpaksa balik naik teksi..

agak kelam kelibut sebab nak kejar waktu iftar
tapi berkat air tangan 'anak tauke restoran'
hmm.bukan calang-calang chief chef taw
saya ni pulak budak baru belajar je..
fuuh..menjadi!
macam makan kat kenduri kampung kot..
(mood rindu Malaysia)

NASI MINYAK first round..
ni orang yang bagi nama.

-dua talam untuk dua rumah-


-selamat dimakan-

untuk abang,
saja nak buat abang jeles jugak
ingat kat rumah kita je boleh makan sedap?..
hihi.

untuk you girls,
we had so much fun last night.
thanks for eating.
=p

untuk chief chef,
you are simply the best.
we can't even imagine..
how's 'the real event' gonna be
hehe.

Thursday, June 23, 2011

kerna hati bicara

family and friends,
sisters and brothers,

"susah senangmu jadi bahgian hidupku"

-oki n andy-

Saturday, June 18, 2011

hambar

dunia yang kufikir indah

datangnya secubit rasa

kental bukan taruhan

lemah bukan jaminan

untuk apa kusegerakan penipuan

kalau hanya kesepian yang kucari

hambar berkalung resah

buat jiwa mampu bertanya

ke mana dan di mana

rasa pasrah pada kejujuran

~

Wednesday, June 15, 2011

kena kritik

kadang-kadang,selaku manusia biasa.ada saja ketidak puashatian orang lain pada kita.berikut merupakan koleksi kritikan yang pernah ditujukan pada saya.tepat ke batang hidung:

kritikan pedas;

-tiap orang berbeza,mana boleh nak ikut kehendak zik je..

-amboi.'cantik'nya bahasa!ada Rasulullah ajar camtu?

yang tajam;

-apa yang awak cakap tu sarcastic,taw tak?

-jangan tahu fikir saja,bertindaklah!

ini bahaya;

-pendapat sayalah,awak takde sincerety.

-macam ni ke budak sekolah agama?!

fergh..mahu berasap telinga dengar...

apa apa pun.demi iman dan emosi yang hampir berlaga,

TERIMALAH.... apa orang kata,ada betulnya. merekalah cermin pada diri kita. kalau tidak, diri kita akan statik..berada di takuk lama.mahu saja makin teruk tanpa teguran sekeliling. BERUBAHLAH.itu jalan penyelesaian yang terbaik untuk kita,dia,mereka dan kamu.


SALAH atau BETUL,nilailah baik-baik.
usah terlalu difikirkan, sampai hilang keyakinan diri
jangan terlampau menafikan, sehingga ego kuasai diri..

jangan lupa...

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

sekian.maafkan diri yang tak mungkin sempurna ini..


Thursday, June 9, 2011

Abah

Tika hati ini disapa rindu,saya mencapai sepucuk surat berlipat tiga yang tersisip kemas antara helaian diari 2010 milik saya.meski sudah hampir berpuluh puluh kali saya menghadam isinya,namun tiap kali itulah saya merasakan pertama kali saya menerimanya,membacanya,juga menangis kerananya..
Maka saya abadikan di ruangan ini.

18.09.2010
Bismillahirrohmanirroheem.

Hanis anakku,
Di mana jua kita berada,kita tetap di bumi Allah yang luas ini. asalkan kita rajin berusaha, kejayaan akan mengiringi jua. Tabahkan hati mengharungi liku-liku kehidupan yang pelbagai ragam. kadang-kadang suka,kadang-kadang duka. Jangan terlalu gembira ketika suka dan jangan terlalu gundah gulana ketika duka. Bergantung harap dan pertolongan 100% hanya pada Allah jua. Segala yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.


Selamat di perantauan,pulang dengan ilmu untuk masa depan,agama,dan tanah air Malaysia tercinta. Enjoy dalam perjalanan bersama pensyarah-pensyarah,rakan seperjuangan dan masyarakat Mesir bumi para anbia,syuhada',solehin dan tabi'en.

Abah sentiasa mendoakan dan berusaha yang termampu untuk memastikan yang terbaik buat Hanis yang tersayang. Perjuangan masih jauh dan panjang. Teruskan perjuangan sehingga mencapai apa yang dicita,kejayaan dan kebahagiaan di dunia,syurga di akhirat bersama para solehin dan solehat.

Amin ya Robbil'alamin!
Allah dan Rasulullah bersama kita.

Salam sayang yang teramat sayang buat Hanis serta peluk cium dari abah. Selamat di perantauan.
Senyum selalu dan tabahkan hati!

3.05 ptg.
18.09.10
(sehari sebelum fly)

###

Allah!aduh!terkesan.mata saya pejamkan erat-erat..masa berputar seakan terhenti. Selagi hayat dikandung badan,surat ini akan setia saya simpan sebagai azimat penguat semangat.
Insya Allah..

Abah,
Hanis saaayaaang Abah.
Terima kasih,Abah.
Abahlah Abah Hanis dunia akhirat.
(^_^)

Di sebalik lagu ini,ditujukan khas buat abah..
Juga mama,abang dan adik...
Maaf,Hanis tak berpeluang bersama kalian sekarang.
Tunggu ya..



YOU ARE THE WIND BENEATH MY WINGS!!


Saturday, June 4, 2011

VI & imtihan

maaf.sudah lama tidak menyambung edisi Route Map Taqwa.

VI-tidak berlebih-lebihan dengan yang halal

apa yang halal tidak menjadi kesalahan dalam menikmatinya. namun jangan keterlaluan.
sikap keterlaluan akan mudah melalaikan dan menjerumuskan kepada yang syubhah dan haram.

pesan Rasulullah s.a.w: seorang hamba tidak akan mencapai darjat taqwa sehingga meninggalkan apa yang tidak berdosa semata-mata kerana khuatir terjerumus dalam dosa.
-riwayat at tarmizi dan ibnu majah-

untuk mencapai tahap taqwa,hendaklah kita tinggalkan perkara-perkara meragukan dan bukan sahaja mengelak yang haram,bahkan menolak perkara-perkara yang syubhah,

Abu ad Darda' berkata: kesempurnaan taqwa itu apabila seorang hamba sentiasa berjaga-jaga dengan Allah(mematuhi arahan dan menjauhi larangannya) walaupun dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun kerana takut jatuh dalam perkara yang haram.

-kholas-tammat-

let's revise.
I-menuntut ilmu
II-beramal dengan ilmu
III-mujahadah dan istiqomah
IV-doa dan tawakal
V-taubat dan melakukan kebaikan
VI-tidak berlebihan dengan yang halal.

semoga bermanfaat buat saya,kita,dan mereka.ameen.
saya juga menjemput kalian singgah di blog ukhtie Khairunnisa Bohari.
jauh lebih bermanfaat daripada saya yang biasa-biasa ni.

########

tiba di fatrah imtihan nihaie.
macam-macam yang datang,macam-macam juga yang pergi.
yang pasti kekal,janji pertolongan Allah bagi hambaNya yang bertaqwa.
mahu usaha ini dihisab. birohmatillah.

abang anep,selamat pulang ke halaman cinta.
lain kali,kita berdua kena plan schedule betul-betul ye.
supaya betul-betul jumpa. =P

mohon doa kalian~