Wednesday, February 29, 2012

serba salah

bismillah..


internet bermasalah..blog pun turut beralah..


hmm..


nak cakap banyak
takut ada tersalah faham.


nak cakap sikit
rasa serba salah.


nak diam terus
serba tak kena pula.


haaiih..
tunggu bila stabil nanti.


kembali,
insyaAllah,,


=)

Wednesday, February 15, 2012

solatkan hatimu




air kehambaan
melunak rekah batu


butir ketilan pasir
disisih redha


sejernih itu
kau pinta solatkan hatimu.






Saturday, February 11, 2012

yang dia cakap

orang tiada ilmu,cakapnya banyak
yang dia tahu,sekadar riang sorak.


orang bongkak ilmu,cakapnya besar
yang dia tahu,namanya terus mekar.


orang yang benci ilmu,cakapnya batil
yang dia tahu,hanya perkara jahil.


orang yang ada ilmu,cakapnya kurang
yang dia tahu,fikir harus tenang.


orang yang cari ilmu,cakapnya kualiti
yang dia tahu,lahir dari hati.


orang yang cinta ilmu,cakapnya hikmah
yang dia tahu,ia manifestasi ibadah.




those of you who think you know everything
annoy those who do.




notaberguna- sedang cipta mood kembali ke sekolah..ayuh! ;]

Thursday, February 9, 2012

sinai-dahab

bismillah.

Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat nikmatKu yang telah Aku kurniakan kepada kamu, dan ingatlah bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya)
-al Baqarah:47-

Dan ingatlah ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung (Tursina) di atas kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah (Taurat) yang Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh sungguh, dan ingatlah apa yang tersebut di dalamnya,supaya kamu bertaqwa.
-al Baqarah:63-

Demi buah tin dan zaitun, dan gunung Tursina
-at Tin: 1&2-

Eksplorasi Sinai dan Dahab
5~7 Februari 2012
8 akhawat Cairo
5 ikhwah Tanta
1 akh Malaysia.

sunrise di puncak

mount hikers

kami sudah berjaya!

masa untuk turun

bahayya..

so true

jabal Harun

white camel

nampak tak?

versi zoom-patung anak lembu samiri

peach juice and soup sea food
:]

pantai dahab

tepianpantai

glassboat

terumbu karang

ikang ikang

melawat Husni gheir Mubarak?


Sukacita menjemput anda menambah ilmu di sini dan sini
perihal kisah Nabi Musa alaihissalam dan Bani Israel.

Tiada daya upaya melainkan kekuatan dari Allah.
Alhamdulillah..

perjalanan-gembira-ukhuwah-hiking-stamina-sporting-snorkeling-panick attack-sejuk-panas-
semuanya memori ^ ^,
terima kasih.



Thursday, February 2, 2012

bahriya,egypt

bismillah...

Katakanlah,"mengembaralah di bumi,maka perhatikan bagaimana Allah memulai penciptaan (makhluk), kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. sungguh Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"
-al Ankabut:20-

Bahriya Expedition Squad in Winter 2012
29~31 Januari.



black desert

pepohon dan pepasir

on top

ala ala alaska

sunrise and us

subhanallah

morning

camping site

yeehaa!!

merentas white desert

mushroom and chicken

zikrie~rabie~izatie~faiz~dayah

desir pasir

restaurant?

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
pengalaman yang sangat berharga..
lusa,kami akan berekspedisi lagi,insya Allah.
nantikan dan doakan..

:)
- taman taman tema-