Pages

Friday, January 27, 2012

hikayat.

bismillah.


sudah lama tidak menulis..menconteng di ruangan bahagia ini..
exam dah habis..alhamdulillah.sekarang masing masing sibuk nak ke destinasi winter break.. ada ke UK,Turkey,Spain,Jordan..ronda Mesir,tak kurang yang pulang ke tanah air,Malaysia tercinta.


baik..saya berhikayat.


sahabat 1.
teman rapat semasa zaman menengah..kami sedari antara saya dan dia,ada talian telepathy yang sangat kuat..kebanyakan corak pemikiran kami serupa..apa yang saya fikir,dia boleh teka tanpa saya nyatakan..begitu juga saya..kami berkongsi minat,lagu,buku kegemaran,hero pujaan yang sama..
orang label kami ala ala kembar..dan mampu saya katakan,dialah antara insan yang paling mengenali dan memahami saya.nilah soulmate..
ada ketika,saya rasa susah nak sembunyikan perasaan terbuku daripada dia..sebab pasti dia tahu juga akhirnya.seolah olah dia dapat baca dari selok belok perubahan gaya yang saya pamerkan.. "Zik, ko kenapa ni sebenarnya?" sambil melampirkan senyum penuh tersirat...
"masih perlu aku cerita?"-saya


sahabat 2.
tua setahun dari saya,tidak menjadi alasan untuk kami tidak berkawan rapat..pertemuan di bilik kebajikan dulu kala,membuahkan rasa serasi antara kami..perbualan ringkas diakhiri dengan kesimpulan padat..sejak itu,segala cerita saya,dia tahu..duduk berborak hingga mencecah Subuh dah jadi hobi saban hujung minggu.
ajaibnya,plot kehidupan kami berdua lebih kurang sama.apa yang dia alami,turut saya alami..sama ada telah berlalu,sedang berlaku,atau akan ke situ..kadang kadang menimbulkan persoalan dan persediaan dalam masa yang sama.."Hanis boleh faham tak?" ungkapan lazim di hujung penutup perbualan..
"ya,mungkin saja nanti."-saya


sahabat 3.
bukanlah baru sangat kenal,tapi rasa macam dah lama..proses perkenalan kami tidak pernah berhenti setiap hari..ada saja perkara baru kami terima tentang diri masing masing..belajar erti hidup bukanlah semudah a-b-c dan i-love-you..ini yang kami sepakati bersama.
acapkali,saya terguris sudut hatinya yang paling dalam.sedar atau tidak,sikap berlapang dada adalah apa yang kami sentiasa cuba rapikan agar taut persahabatan terikat kemas..dah biasa luahkan input hati dan imaginari justikasi.."so,apa yang Zik rasa?" rasa ingin tahu bermula dan menamatkan spekulasi.
"kita ada peluang dan pilihan."-saya


***


sahabat 1,
"aku bersyukur sangat sebab Allah beri kita rezeki sama sama datang belajar ke ardul kinanah ni dalam dua bidang berbeza."


sahabat 2,
"kite akan selalu kenang masa indah supaya tercipta masa depan yang lebih cerah untuk kita luangkan bersama,insya Allah."


sahabat 3,
"moga Allah memberkati baki usia kita dengan jalan jalan kemanisan ukhuwah agar terbina darinya paksi kematangan iman. selamat 20."


sisi seorang sahabat,
saya.


^ ^,


-tema tema teman-

Wednesday, January 18, 2012

duhai hati

sarat menanggungmu
ringan membelaimu
duhai hati
jawab pada tanya
apakah terbukti cinta andai terusan
pergi dan tinggalkan tempat takhtamu


pantang dirajuk pulang
bertandang tanpa izin
diami khabar asal tujuan
lagi mentah kepingan
aku bukan pemuja
hanya penjaga


dalam linangan harapan
biarkan saja mencari kebergantungan
alam mana kamu berada
duhai hati
aku bukan penemu
hanya pencari


kelembutan ukiranmu
dan darimu terlangkau benua
jika mahu kembali
silakan sambut salam indahku
aku hanya pemohon
bukan penjanji


duhai hati
hijabmu di sini
keranamu 
adalah aku.

Monday, January 16, 2012

someone's ansar

batch kami,akhawat gen X main game ansar~muhajirin..
tup tup,saya kena jadi ansar..which muhajir kita kena teka siapa 'secret admirer' dia.
aih..apa nak buat ye?saya memang tak pandai bab sweet-sweet ni.
bila person in charge kata esok hari last,time tu saya belum bagi apa apa pada muhajir saya.
nasib baiklah extend seminggu lagi..
saya pun gunakan masa berbaki sebaiknya,dengan belikan beberapa hadiah simple..harapnya,dia suka semua...


so sekarang ni,saya tak pasti dia dah dapat saya siapa ke belum.
to my orang-orang tengah,you all did a good job.thanks.
tadi lepas exam,saya terima sesuatu dari my muhajir..tiga sebenarnya.
one of them..is a love letter..


Dear Ansar,
I would like to share with you a speech from someone that has always inspired me going trough blood, through sweat,through tears,through thick and thin. all of this,because study is my battle field.I need you to remember all these throughout your studies.


I will conquer what has not been conquered
defeat will not be in my creed
I will believe what others have doubted
no one will deny me,no one will defy me
and no one will tell me who and what I am and can be
belief will change my world
it has moved continents,and countries,and put man on the moon
and it will carry me through this battle.


Defeat,retreat. those are not in my words
I don't understand those definitions
I don't understand when things go wrong
I don't understand mistakes
but I do understand this
I understand victory and understand never surrending
no matter how bad things go
my heart and my mind will carry my body when my limbs are too weak.


History will remember me
and I will not have to worry about him being kind
I will define myself
I will write my own praises
and no one will tell me what I can and cannot be
I will never go home,not without giving everything I have got!!!


syakira farha @ shakey,this is truly nice of you.. to share such bombastic booster with me..
rasminya,aku dah meng'kantoi'kan diri..hehe. 
thank you,dear..wholeheartedly~
barakallahu feek. ;)


-teman taman tema-

Friday, January 13, 2012

doakan

bismillah.
(ini post yang tertunggak)


doakan ye..
saya dalam fatrah exam.
ada berbaki tiga subjek.


16,23,dan 26 Jan 2012.
10 a.m Egypt
04 p.m Malaysia


macam biasa,
doakan Hanis Zikri sabar dan sukses!


Allah ma'akum~




cari ketenangan yaumul barakah,
jemputlah dengar.
(bacaan imam 16 tahun)
:)



-sembah dan solat hanya untukMu-




-teman tema-

Tuesday, January 10, 2012

begitulah.

kita ini manusia a.k.a hamba


makin kita TAHU,
semakin MALU kepada Allah.


belajar apa sahaja bidang ilmu..sepatutnya membuat kita sedar hakikat penciptaan kita.. terasa diri ini kerdil dan malu, adakah taklifan yang diberi sudah kita kendali semampunya..


makin kita SOLAT,
semakin DEKAT dengan Allah.


solat itu penghubung makhluk dan Khaliq..lima kali sehari kita dijemput berbicara denganNya..tapi mengapa masih gagal mendekatkan diri tatkala seruan itu bergema bahkan mungkin tidak mempeduli.


makin kita BERIBADAH,
semakin BERSERAH pada Allah.


seharian hidup ini wajib bermanfaat..untuk merasakan izzah dan keindahan sunnah..adakah benar kita lakukan ibadah seikhlasnya demi menambah nilai kehambaan lalu berserah diri hanya padaNya.. 


takut takut...
makin tahu,makin dungu
makin solat,makin liat
makin ibadah,makin megah.
moga moga tidak.
maka hati hati mengemudi hati.


dengan ini,kami mohon..


 "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. 

Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. 

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.
 Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. 

Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

(Surah Al-Baqarah, Ayat 286)




ameen,ya Allah.


-tema taman teman-






Thursday, January 5, 2012

medan-my 100th receptor

sekalung tahniah dan terima kasih kepada
Nurizati Hamizah Abd Rahim !!!
for being my special 100th receptor..
hehe.


wahai Zati my adek rumah,
nak hadiah dari kak zik ye..


oklah. awak dengar lagu osem ni taw..'Ya El Medan' 
ditujukan khas kepada para pejuang kebebasan menerusi pencapaian revolusi Mesir..juga harapan kepada generasi Mesriyyin akan datang..




                                         


wahai,wahai medan Tahrir
di mana kau selama ini?
bersamamu kami menyanyi,bersamamu kami berlayar
kami bertempur biar kadang ketakutan,dan kami berdoa
semua bersatu siang dan malam
bersamamu tiada apa yang mustahil
suara kebebasan menyatukan kita
akhirnya hidup kita membawa erti
mengundur tidak,kerana suara kita tidak didengari
mimpi tidak lagi terhalang

kau telah runtuhkan tembok itu dan salurkan cahaya
kau telah satukan kami dari perpecahan
kami bagai dilahirkan semula
mimpi mula menjadi nyata
kami tolak atas niat yang baik
kerna ianya seolah tak jelas
kami akan lindungi negara dan anak anak kami
kami akan lindungi hak suara saudara kami yang telah pergi

bersamamu kami rasai dan kami mulakan
selepas sekian lama,kini tiba penghujungnya
kita perlu mengubah nasib kita sendiri
kau telah banyak berjasa,serahkan pada kami selebihnya
kadang kadang aku bimbang kau hilang hanya sekadar kenangan
kau berjauhan dari kami,dan idea berlalu pergi
kita kembali sedia kala,lupa akan segalanya
dan kita bercerita sekadar sebuah kisah dongeng

kini medan dipenuhi bermacam manusia
ada yang gopoh ada yang berani
ada bersemangat waja ada yang berkenderaan
ada yang lantang ada yang diam seribu bahasa
kita bersatu dan rehat bersama sama
kini kita tahu mendapatkan hak kita
biarkan saja dunia mendengar keluhan kita
biarkan saudara kita yang lain turut bersatu hati

perancangan adalah kekuatan kita
persepaduan adalah senjata kita
Medan memberitahu kebenaran
ia selalu katakan tidak kepada penindas
Medan ibarat satu gelombang
ada yang bermain dengannya ada yang merana kerananya
mereka di luar gelombang menamakannya kekecohan
segala apa yang kami lakukan kini tercatat
-terjemahan;niji-
****
Alhamdulillah,
pengalaman evakuasi tahun lepas menghadiahkan beribu kenangan pada kami.
secara jujurnya,terlalu banyak yang wajib kami syukuri.
saat saat genting,apa yang harus awla dikorbankan..
melihat siapa yang menghulur,siapa yang menerima
rela berkongsi ketakutan,kesempitan,dan kesabaran.
tatkala itu
kami simpulkan harapan
agar bumi yang kami duduki,
mampu kami resapi barakahnya
tanpa henti,tanpa mengira siapa,dan bagaimana pun kami.


moga tahun ini membuka cerita baru,
revolusi baru-revolusi hati-revolusi minda-revolusi diri.


~tiada daya upaya melainkan dari Allah semata~
:)


-taman tema teman-

Wednesday, January 4, 2012

cermin; adakah cahaya?

bismillah..
mula mula saya singgah jumpa blog abang.
kemudian ke facebook saya-ziarah youtube yang kawan share.
memang hati perlukan petunjuk.
dihadirkan persoalan dan jawapan.


selamat menonton.

                                           

...Agama kita ialah agama yang beradab dengan Allah Ta'ala...


...dengan hakikat sebenarnya iaitu pertalian hati dengan Allah...


...kriteria orang soleh jelas kelihatan pada akhlak orang yang soleh...


...terkesan di hati mereka apa yang kamu lakukan itu...

maka, melihat kembali pada diri kita
pada cermin itu;
bersinarkah cahaya?
terbiaskah cahaya?
masih bercahaya?
atau tiada cahaya?



segalanya bermula di sini..hati tempatnya.garisan permulaan dalam tiap diri yang mengaku hamba.


Kak Jie pernah pesan, hati kita macam gelas..kalau kita isikan dengan air kopi..bila kita tuang,air kopi yang mengalir keluar.
kalau isi hati kita ini penuh kebaikan,yang akan terzahir pada akhlak kita,juga kebaikan..
begitulah sebaliknya.


Allah.Maha.Mengetahui.


-tempat tanam taman teman-

Sunday, January 1, 2012

cuba tanpa..



selamat datang 2012.


hobi:cuba melalui seminggu yang baru tanpa ...


kali ini,saya ingin menghazafkan perkataan yang tidak perlu,tidak sopan,tidak mahmudah didengar daripada dikeluarkan dari mulut.
contoh-bengong,mangkuk,kurang asam,beyb,dowh,dsb.


what?




menghormati diri sendiri juga amalan mulia.
we are what we think who we are.
kalau kita jadi orang lain yang memandang diri kita,adakah kita pasti akan menghormati 'dia'?


words show what's on the inside..


our tongue expresses our very own character. we talk about praises and curses which coming out of the same mouth. katakan kita baru memesan kepada kawan kita yang perkataan yang baik itu sedekah..beberapa jam kemudian,sesuatu perkara tidak disukai berlaku kepada kita secara mengejut..dan emosi tercabar..reaksi pada masa itu? belum tentu sama dengan apa yang awalnya kita pesankan..kan rugi. I think we've all experienced this.


"ketahuilah bahawa bahaya lidah amat besar dan manusia tidak selamat daripada bahaya ini, melainkan menuturkan kata kata yang baik sahaja."-imam Ghazali



-tema teman-