Thursday, October 27, 2011

sekadar permata

pernah aku bebas menempuh alam
cubit rasa dan rempah amarah
kutelan hidup hidup
kuluah mentah mentah

diam dalam harapan
di hujung sudut
berhenti berjalan
ku sekadar melihat
rona warna sebenar insan

bersembunyi di balik bayang
lukisan hitam aku simpan
jenguk tak terbalas
jengah tak tertimpah
aku menjadi batu
permainan sendiri

jika berundur lebih baik
izinkan diri ini
teduh sebentar
mengenang lelah
sampai masa
aku jaga dari lena

mimpi mendodoi
puas kuhitung janji bertimbun
aku ingin kembali
bernafas atas bumi
ku hirup derap angin
tegur dengan tangkas
bahawasanya
aku perlu terus
mencari kilaunya
permata yang hilang!

N.B (nota berguna):-
puisi ini serius spontan dan tidak bertapis. tidak mahu bazirkan ilham yang datang. sekadar luahan. maaf. sekiranya kali ini sukar untuk difahami oleh sidang pembaca umum. nak diabaikan pun tidak mengapa..

cheers.
:)

Sunday, October 23, 2011

awan dan kawan

Awan,
andai dapat kucapai
maka saktilah hamba.

-Laksamana Sunan Saifuddin









Kawan,
andai dapat ku selami
maka sejatilah hamba.

-Pengembara rasa
kedua duanya.
bukan mustahil.
tapi bukan mudah.

Sunday, October 16, 2011

bermula..

nape tajuk entri gitu..mungkin sebab bermulanya saya menulis blog semenjak tiba di Mesir..
hampir dua bulan cuti,bila balik sini..macam macam cerita terbongkar. tak kiralah lama atau baru. sedih atau seronok.percaya atau gila. amanat atau khianat..

tidak dinafikan..dunia beredar.tapi jangan sampai kita tergolek bersamanya.

***

BEYT ZIKRA..kenapa pilih nama nih? soalan jujur saya.
biarlah kita semua saling ingat dan mengingatkan.. jawapan jujur dia.

jatuh masa kini,bangkit masa hadapan,kenang masa lalu,moga kau kan tersenyum.
menusuk kali.

***

bagaimana kami berlima berasal dari rumah yang satu. demi selesaikan urusan masing-masing,berpisah ke tiga lokasi berbeza. balik rumah berkumpul.tup tup,berkongsi satu cerita yang sama.insiden yang hampir sama. ketakutan yang lebih kurang sama. melihat sendiri kecelakaan jalan raya depan mata..tak sangka.so,hati hati.

pengajaran.terlalu halus untuk dikupas.terlalu jelas untuk disembunyi.

***

benci.sehingga tiada kebaikan terpalit..agama sudah lengkap mengajar.bahasa sudah petah menghafaz. tapi budaya belum berjaya membentuk. di mana silapnya. sayang seribu kali sayang.sungguh.

perbaiki dirimu.dan serulah orang lain.

***

why use the long words if diminutive one would work.

kerana kadangkala, akal tidak boleh diduga panjang pendeknya.

***

kholas..kita berjumpa di Jordan nanti insya Allah.
5hb~12hb Nov.
;)

Tuesday, October 4, 2011

sayonara Malaysia

@ broga


Malaysiaku,
dari kejauhan rakyat tinggalkan pesan
moga dikau teguh di puncak
makin tinggi makin tercapai
pada hukum dan amalan
prinsip perintah Tuhan.



doakan Hanis Zikri terus sabar dan sukses
menempuh tahun dua
ameen.
jazakumullah..

:)