Sunday, February 27, 2011

susah-sabar

kalau kita rasa diri kita susah..
ingatlah,
ada orang yang lebih susah daripada kita.

kalau kita rasa diri kita sabar..
ingatlah,
ada orang yang lebih sabar daripada kita.

jangan terasa susah untuk bersabar!

Thursday, February 24, 2011

pemimpin

saya terbelek kembali notebook 2009.
ada tersalin amanat orang..

Amanat Pemimpin

kepada pemimpin muda
bersatu anda teguh
bercerai anda roboh
bulat manusia kerana muafakat

kepercayaan adalah satu kuasa
kesetiaan adalah satu harta
keikhlasan adalah satu pengorbanan

tiada pelaksanaan tanpa perancangan
tiada perancangan tanpa ketentuan
segalanya akan memberikan hasil
tanpanya akan memberikan kegagalan

pemimpin lahir untuk kehidupan
kehidupan mati tanpa cabaran
pemimpin lahir untuk ditentang
tentangan menyaksikan kematangan

pemimpin lahir untuk berjuang
berjuang cipta keharmoniaan
pemimpin lahir untuk kesilapan
kesilapan harus ada pembetulan



ingatlah
susah senang hargailah bersama
jangan berpisah walaupun nista
itulah senjata semangat waja
bersaing ke mercu tanda
kegemilangan bangsa
keperkasaan negara
menongkat bahu tiang agama

nyalakanlah kembali obor yang terpadam!

-pendidik-



Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya:
Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.

Hassan al Hudaibiy-
Tegakkan Islam dalam dirimu nescaya Islam akan ditegakkan.

kata-kata yang amat popular..
tapi susahnya nak lekat..



memori-f4-2008-sekolah islami


p/s:maaf jika tidak sempurna
kerana diri yang masih mencuba..

Thursday, February 17, 2011

heart-shaking

magnificanto!! extraordinary!! unforgettable!!

tak tahu nak kagum macam mana lagi pada dua novel favourite saya nih.
kepada yang belum sempat tahu pun,meh saya kenalkan.

1. Lasykar Pelangi 2009 by Andrea Hirata
2. The Kite Runner 2003 by Dr.Khaled Hosseini



heart-shaking~

kedua-duanya;

-pastinya best-seller.
-meyakini the magic of childhood memories.
-dimartabatkan menjadi sebuah filem karya hebat.

hmm..let me think, US(and Afghanistan specifically) ada The kite runner, Indonesia bangga dengan Laskar pelangi, Malaysia ada apa ye?.................
yang boleh menyamai pencapaian sebegini luar biasa
hanya berasaskan idea kenangan semasa zaman kanak-kanak.
subhanallah.

some suggestion,please?
(but not love story! huh. )

ops.mungkin belum.ataupun tidak ada. nantikan sajalah.

credits to abang hanif n siti faiz
those who triggered me to experience the feelings myself.

p/s: andai malas baca pon,saya jemput anda menonton..
tapi mesej pengarang dan keasliannya would be the x-factor.
honestly...






Wednesday, February 9, 2011

tahrir

Alhamdulillah i'm finally home. saya ingin memberitakan.
pasti jua anda ingin tahu.

kita hanya merancang,jalani kehidupan seadanya
namun Allah jua sebaik-baik perancang
tersedia cerita untuk kita

ini kisah kami.ya,KAMI. saya tidak melaluinya berseorangan.
rupanya kami bertambah menjadi kami
??
lebih erat daripada biasa.

teringat pada masa dulu..semasa Tahrir masih aman.
saya dan ahli-ahli beyt tersayang ada urusan visa di mugamak.
sementara menunggu tempoh dua jam visa kami diproses.
apa lagi, 'meronggeng'lah kami sekitar Tahrir.
FYI (for your information),
Tahrir merangkumi pusat pentadbiran kerajaan,premis beli belah,
kedai-kedai makan,dikelilingi hotel-hotel ternama.

agak penat dah kami menapak-
window shopping

inilah kali pertama saya ke Tahrir dan
sedih untuk dikatakan
jua kali terakhir sebelum berlakunya tuntutan revolusi.

yang bestnya,hari itu HUJAN!!!!!!!
hah.kami puteri-puteri Tanah Melayu ni mestilah
sangat teruja.dah lama tak rasa basah-sebab-hujan.
walaupun sekadar beberapa minit.
tak pelah,janji merasa.

see? jalan dan lantai yang basah.

meet Tahrir Square
or now so called Liberation Square.
(ini gambar dulu)

terngiang nasyid Ku Berlari..
memang jadi pelarianlah kami.
meninggalkan rumah n makanan,
our beloved Kesr el Aini Medical School,
lorong-lorang meriah,
enaknya mahlabiyah dan roti manis murah,
amu-amu n mama-mama yang suka membalas salam kami.

kami terpaksa pergi dan mahu kembali....
mengutip mutiara ILMU.




(tahrir kini)
rakyat Mesir mahukan kebebasan-
'no silence after this'

politik.

1. Husni Mubarak mengulangi pendiriannya untuk tidak meletakkan jawatan dan tidak akan bertanding pada pilihanraya presiden September depan. menyemarakkan lagi kemarahan penunjuk perasaan dan enggan berganjak walaupun perintah berkurung dikeluarkan.

2. dalam situasi di Mesir pihak tentera boleh dikatakan menjadi kuasa penentu sama ada menyebelahi presiden atau penunjuk perasaan. sebelum ini,tentera berikrar tidak akan menunjukkan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.

3. penganalisis menjangka kerajaan baru yang bakal mengambil alih akan menghadapi pelbagai cabaran termasuk
-mengembalikan keyakinan kepada sektor perniagaan,
-mewujudkan peluang pekerjaan,
-terbabit dalam proses damai Asia Barat
-memutuskan apa yang perlu dilakukan berhubung sekatan di Gaza.

------------------------
arrgh..memang sukar untuk tak percaya
kami berpeluang rasakan macam-macam
darurat,perintah berkurung,pelarian,kuarantin,catuan.
ketakutan,harapan,penantian..
aduhai..all in one.one in all.
yang mana semua ini akan saya lanjutkan
di episod akan datang,
insya Allah

p/s:sedang biasakan dengan waktu tidur tempatan.
dan sekarang baru rasa bahang penatnya..
terima kasih atas doa dan usaha yang tak putus-putus..
Allah jua memberi ganjaran..

wassalam.