Pages

Saturday, September 18, 2010

JAUH

semalam masih ada
malam-malam berteman
melodinya semarak jiwa ria
dicicipi segenap ruang
kuncupan jarak yang memisahkan
jua masa yang membezakan

amanah tetap janji
jauhku untuk mendekat
melamar bahagia akhirat
mendakap dunia yang kejap

kerana kasih fitrah itulah
ayuh musafir hikmah juang
pedoman hidup punya ertinya
erti pada makna
makna untuk agama!

aduhai...
tabahkan hati ini,ya Allah.

td ptg abah bg surat cinta utk sy. yg sy paling ingat,
"salam sayang yang teramat sayang dari abah untuk kakak"
air mata sapa tak tumpah.

ditambah melihat wajah emak yg menyimpan limpahan keramat.
"nnt mesti rindu mak an"
hati mana tak syahdu.

menghitung minit di bumi tg karang,tanah air malaysia.
salam hormat pd hari lebaran ini.selamat jumpa lagi bila sy di ardhul kinanah nnt i'A.
zikrie.