Pages

Wednesday, April 11, 2012

program sentap

bismillah..


sudah gatal tangan untuk menulis..maka diusahakan jari untuk menaip atas papan kekunci.. memerah otak tentang apa yang nak dicurahkan,,menyelami jiwa pada apa yang nak dikongsikan..


06 April 2012.


kalam kalam sentap sekalian seakan beratur memohon ruang untuk duduk menetap,singgah di rongga hati, lalu pinta untuk diresapkan ke seluruh pancaindera..


Professionalism is..
doing the right thing when nobody is watching.


Laziness is..
nothing more then the habit of resting before you get tired.


jadi,awak ni professional ke pemalas??


Huruf 'ilah(sakit) ada tiga- alif,waw,dan ya.
Tanda 'ilah pada hati pun begitu;
alif-ilbas(bangga diri,nak cari gaduh,marah)
waw-waswas(bisikan jahat syaitan,ragu ragu,dengki)
ya-ya'su(putus asa,malas,bertangguh)


Ubat bagi penyakit emosional ialah dengan spiritual,bukan intelektual.
Usahalah dan belajarlah macam mana pun nak pujuk sedih,,hilangkan tension,,elak sakit hati,,tanpa pulang kepada Allah hanya satu sia-sia.
Malah takut makin parah dan merebak.


Sesiapa yang benar-benar ikhlas mahukan Allah dan Rasul,akan didatangkan di sisinya seorang mursyid(guru) yang benar.


#dan terlalu banyak lagi,,tapi selagi jasad ini belum mampu beramal,,hati masih jauh bersesal,,bagaimana akal mahu berkhayal memiliki redha Tuhan dan manusia..


T_T

4 comments:

  1. Replies
    1. iAllah,,,kak najwa,,doakan kite terus kuat
      :)

      Delete
  2. Assalamualaikum wbt
    Dewasa ini terlalu ramai mereka yang professional yang mengambil kesempatan peluang yang sedia ada. Apatah lagi mereka yang tidak membuat apa2 pekerjaan mengharapkan peluang mendapatkan pujian! Surah aliImran:188 لَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَ‌حُونَ بِمَا أَتَوا وَّيُحِبُّونَ أَن يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan.
    Mereka yang professionalime lupa bahawa mereka perlu ada sifat `accountability` dalam hidup kerana mereka sering diperhatikan dengan ketat setiap masa! Surah Qaf:16 مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَ‌قِيبٌ عَتِيدٌ Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
    Hidup ni, apabila kita lari dari peringatan Allah SWT (AzZikri- AlQuran), maka sudah pasti mendapat penghidupan sempit. Surah Toha:124 وَمَنْ أَعْرَ‌ضَ عَن ذِكْرِ‌ي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.

    Terlebih malang lagi, Allah SWT akan menggenggamkan bersamanya `qarin` yang sentiasa membenarkan kerja2 seharian dan timbinya penyakit hati sehingga lupa peringatan Allah SWT.
    Surah AzZukhruf:36 وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ‌ الرَّ‌حْمَـٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِ‌ينٌ Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah..
      terima kasih sudi menyerikn blog ni dgn suluhan ilmu..sungguh bila kita ingat,,tp x buat,,hah,tunggulah datang akibat,,astaghfirullah

      professional diukur dgn amalan..bertindak melangkau logik akal,,yakni logik tauhid..manusia itu lupa,,tidak malu dengan penilaian kiri dan kanan..sy juga lupa..dan sentiasa lupa.

      syukran ats peringatan cukup2 cantik..
      anticipating more from u :)

      Delete