hah..bicara tentang buku..
saya akui,,kini pembacaan saya kian merosot,,menjunam,,ke arah infiniti.
ternyata,,saya rindui saat saat indah bersama buku.
kaki melangkah ke galeri buku,,semacam masuk ke bakery..aromanya segar dan menyegarkan...pencahayaan yang gemilang,,seolah menyelami dunia misteri untuk diterokai; sunyi,aman,dan nyaman, sepi dari kebisingan luar.
saya melihat buku seperti memandang kek..selera minda yang sentiasa tercabar.."don't judge a book by its cover,don't judge a food by its colour" adalah satu falsafah yang tak pernah saya gunakan..kerana saya percaya,,kulit buku menceritakan kualiti dalamnya..seorang penulis hebat akan bersama agensi penerbitan yang mantap,,dan buku yang dikeluarkan bukanlah calang calang..first impression saja bisa menggugah naluri tukang pilih berdasarkan deria keenamnya nan tajam..
di rumah,,saat menconteng ruang atas kanan halaman kosong pertama satu keterujaan.. 'zikrie's,MPH,040510' yeah,,ini milikku..membelek dan terus membelek,,sehelai demi sehelai,, chapter ke chapter,,adakala baca atas katil hingga terlelap..maklumlah sampai tengah malam..bangun bangun menggelabah cari muka surat terakhir yang dibaca..
satu hari suntuk boleh saya fokuskan kepada buku..lepas zohor,baca..azan asar,berhenti..solat dan ngaji, sambung balik..berulang hingga ke subuh esoknya.."Hanis,,turun!!tolong Mak ni.." hmm..saya yang begini,"Mak,,kejap..sikit lagi..satu muka lagi..last last." hah,laju laju habiskan baris terakhir di bab terkini..tandakan.bingkas bangun..situasi kat dapur,"Mak,,Hanis tengah baca satu buku ni,,best giler,,bla bla bla."
bila dah habis baca,lega sangat rasanya..katup buku.pejam mata.tarik nafas.hela puas.senyum sendiri.orang pertama yang saya akan ceritakan ialah pada Abang..sebab tahu,soalan yang dia akan kerap tanya, "Adek tengah baca buku apa sekarang nih??" kalau nak lawan tahap pembacaaan dia,pergh,,memang tak tercapai akalmu.
so,,bila tengok timbunan buku dalam almari tu, geram sangat..rasa nak makan dan hadam satu satu.. tapi,,tak termampu..terpaksa tunggu waktu yang hening,lapang,dan tenang..sabar ye,buku-bukuku sekalian..hehe.
4 dari book fair 2 pinjam 1 orang bagi |
sentiasa berselera saat melangkah masuk kedai buku. asyik! ^__^
ReplyDeleteinsyaAllah dik, cari masa yg sebaiknya ya untuk menguliti buku2 tu. indahnya saat berdua bersama buku.
*dirinipundahlamatakmembaca*
hah..ye,,sdg mencari masa yg sgt2 sesuai...
Delete:)
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteHidup ini mestilah berilmu lebih2 lagi orang2 beriman. Cumanya ada beberapa perkara yg kita perlu tahu iaitu adakah kesemua ilmu kita perlu ketahui walhal kalau nak menceritakan mengenai ilmu dan kalimah Allah SWT mmg tiada penghujungnya.
Surah Lukman:27 Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.
Ilmu manusia adalah terbatas dan Allah SWT yang menciptakan manusia Maha Mengetahui ttg perkara ini. Sebab itu ketika Allah SWT mengajar Nabi Adam a.s. kesemua nama2 yang perlu diketahui sebagai batas manusia yang menyentuh pengabdian (Uluhiyah & Ubudiyyah) terhadap Allah SWT. Surah AlBaqarah:31 وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
Contohnya Allah SWT mengajar Nabi Adam a.s. pelbagai ilmu dan cara berpakaian sehingga apabila diturun ke bumi, adakah patut orientalis menuduh orang pertama didunia hidup dgn tidak bertamadddun dan rumah layak digua2 saja? Surah Al`Araaf:27 يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا ۗ
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup)
Kalau nak dibandingkan orang2 yang terawal sangat jauh kepandaian mereka sehingga orang sekarang tidak sampai 1/10 drpd mereka. Mereka dapat lakukan sesuatu keajaiban tanpa banyak menggunakan peralatan teknologi! Surah Saba`:45 وَكَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَمَا بَلَغُوا مِعْشَارَ Dan (ketahuilah bahawa) umat-umat yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya), sedang mereka (yang mendustakanmu) itu tidak: mencapai satu persepuluh (dari kekayaan, kepandaian dan kekuatan) yang Kami beri kepada umat-umat yang terdahulu itu.
Orang2 mukmin juga mengambil yang terbaik diantara yang baik2 iaitu mengikut keadaan dan keperluan semasa (priority). Surah AzZumar:18 الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
Sejauhmanakah orang Islam dapat membuktikan pada dunia bahawa ilmu2 dan usaha2 yang didapati dapat menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Surah Fussilat:53 سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.
Wallahualam
salam alaik.
Deletebijak utk menjadi bijaksana..
pilih utk menjadi yg terpilih
belajar utk menjadi terpelajar.
dunia menyanjung ilmu,,tapi sayang belum menyanjung islam selayaknya.
maka peranan kita muslim sgt besar an..
mmpromosi islam melalui ilmu,,dan mncapai ilmu melalui islam.
Allahumma fakkihna fid deen..
syukran. :)
#teringin berkenalan..
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteTidak ada apa2 istimewanya untuk mengenali saya, cik Hanis! Hanya guru wanita biasa yang mempunyai major dalam berpendidikan matematik dan pengajian bahasa Arab. Mmmg nak mahirkan otak kiri dan otak kanan. Saidina Abu Bakar r.a. pernah berkata,`Janganlah kamu pandang siapa yang berkata tetapi pandanglah apa yang diperkatakan`. Ya, kalau boleh biarlah perbincangan sampai keperingkat pemikiran kognitif aras analisis supaya lebih bermakna! Sangat gembira dapat berbincang di blog Hanis! Kalau ada salah dan silap silalah membuat teguran... Wassalam.
assalam alaik..
Deletewaah..ukhti,,segan sy..
alfu syukran ats semuany..yup,,lihat apa yg nk disampaikn,,tp alangkah bertuahny sy klu kita dpt kenal lebih lg..hehe
rasany sy yg patut terima teguran drpd ukht tajnur..
sudi-sudilah betulkan yg sy salah,,yakin-yakinkanlah mana yg betul..
:)