sewaktu senja
berlari kita memujuk mentari
sekalian alam turut berterima kasih
pada baktinya; yang muncul dan pergi
menyinsing tadbir kisah rahsia jiwa
andai saja ku tahu
hari esok tanpamu adalah sepi
izinkanku seiringan menapak jejak
biar pepasir faham apa itu rindu.
izinkanku lepas sedikit lena di bahumu
saat diamnya masa beredar pasti.
izinkanku untuk celoteh lebih lama
agar tiada satu yang tidak ku khabarkan.
bagiku kian merasai
erti sebuah harapan dan restu
darimu insan bernama Abang.
Jordan
1433H.
Selamat Hari Ulangtahun ke~21!
Abang Muhammad Haniff Zikri.
(^^,)
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteJarang kita jumpai didalam AlQuran mengenai tanggung-jawab abang kepada adiknya. Tetapi jangan lupa bahawa setiap perintah untuk orang2 beriman bermaksud termasuklah ahli keluarga kita InsyaAllah. Surah AlMaidah:2 وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْ . Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat).
Surah AtTahrim:6 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.
InsyaAllah sama2lah berusaha semoga mendapat keampunan dan rahmat dari Allah SWT. Wallahualam.
salam alaik,:)
Deletetggjawab yg ukhti nur kluarkn itu pun sudah sgt besar perananny..
jika diteliti lg,,menuntut komitmen,kasih syg,kesabaran,keikhlasan..
yupp..rahmah dan maghfirah itu jd impian setiap keluarga..
syukran..