Pages

Friday, March 30, 2012

my 3 Heroes

hero pertama,my Abah. Cikgu Mohd Nahrawi bin Yusof.
Dulu,Hanis pernah tanya soalan ni pada Abah masa kecik kecik, "kenapa ye nama Hanis cam lelaki? kawan kawan semua ada -ah kat belakang. Amirah,Nabihah,Najah"
Abah dengan slumbernya kata, "Sebab Abah nak Hanis berani,aktif macam lelaki..."
tanpa saya tahu., tak kisahlah nama apa sekalipun. tetap ada harapan,amanah pada sebuah nama.

bila rindu,Hanis akan buka balik lembaran surat cinta Abah..Hanis takkan pernah jemu membacanya dan meniliti tiap lekuk tulisan Abah. kerana kata demi kata itulah,penyuntik kegigihan diri ini. walau airmata ini seakan sudah terbiasa.

Lepas tu kan,sebenarnya Hanis tak layak terima ucapan terima kasih pun daripada Abah. tak payahlah nak berterima kasih pada perkara yang wajib Hanis buat,kan Bah..

hero kedua, my Abang Muhammad Hanif Zikri.

"Dahlah,jangan nangis,,insyaAllah kita jumpa lagi..." Abang memujuk.
"Hanis sayang Abang tau.." dengan suara yang dah tenggelam timbul. Malu pulak rasanya..
suka sangat bila hujung minggu Abang ada call,, terjah ym Abang tengah-tengah malam..atau masa kita skype merentas tiga negara..update cerita,,lagi lagi masa terkeliru antara suara Abang dan Adik yang dah memang sebijik. Aduus~

bila rindu,Hanis buka balik album Jordan raya haji kita tahun lepas,,blogwalking ziarah karya Abang..senyum sorang sorang..dengan rasa Abang di sana pun akan usaha yang terbaik,,bagi pembekal semangat untuk Hanis juga kat sini.

hero ketiga,my Adik Muhammad Hamim Zikri.

"kakak,kenapalah Kakak belajar jauh-jauh..?kalau Kakak ada,senang sikit reda."
"Adik,supaya Adik boleh lebih matang dan berdikari,sebab banyak sangat nanti benda yang Adik perlu fikir sendiri.."
Mana mungkin saya tegar untuk meninggalkan Adik yang bakal menghadapi SPM tahun ini, which is turning point yang penting dalam perjalanan hidup dia..

bila rindu,Kakak akan tengok balik video-video YouTube Adik(yang smart berjubah putih) dengan geng Adik tu ..Tahniah yang amat untuk adik-adik yang bijak menggunakan medium hujung jari untuk beri penerangan kepada remaja seawal usia mereka.

Pernah masa Abang dan Adik temankan saya jumpa kawan, waktu sempit sempit dalam train, saya diapit di tengah tengah,,rasa cam ada bodyguards lah pulak..jaga saya ke hulur hilir.hehe.
Merekalah lelaki-lelaki pertama dalam hidup saya. Tak mungkin saya boleh belajar jadi sekuat ini tanpa mereka..rasa sangat bertuah mempunyai mereka dalam hidup. 

Abah,Abang,Adik.. Uhibbukum fillah abadan abadan..
Salam sayang kerinduan dari Cairo,Egypt.

^^,

10 comments:

  1. ehem..

    pre-exam syndrome jugak ke awak??

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt
    Rasulullah saw berhijrah meninggalkan Mekah menuju ke Madinah dengan perasaan sedih kerana merupakan tanah air dan banyak saudara-mara keturunannya disitu. Namun kerana perintah Allah SWT dengan mengaturkan gerakan dakwah dan kekuatan (daulah) maka dapat balik negeri Mekah pada suatu hari dan ketika nanti! Surah AlQasas:85 إِنَّ الَّذِي فَرَ‌ضَ عَلَيْكَ الْقُرْ‌آنَ لَرَ‌ادُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ ۚSesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai.

    Begitu jugalah kita, apabila kita berjauhan dari keluarga dan tanah air hanya dgn mentadabbur AlQuran sebagai penawar dikala kita kesunyian. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa ada bersama dan menghiburkan hati kita.
    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikissalam,
      Masya Allah..sungguh terlihat Allah Maha Lembut, memujuk kesayuan NabiNya...
      pernah juga ustaz ajar ayat itu dgn tujuan berdoa agar tercapai hasrat mahu ziarah sekali lagi ke Baitullah,tanah Mekah.iAllah..mmg menunggu utk ke sana lg Ramadhan ni.. :)
      ya,,yang paling utama kita perlu tujukan rindu kita ialah kepada Allah..yg sntiasa dekat,,yg mendengar isi hati hambaNya.
      asykurik daiman..

      Delete
  3. i'm touched kak anis!

    teringat,
    teringat abang dan adik.

    tersepit juga,
    tersepit oleh adik beradik lelaki.

    semoga Allah redha, kita. sebagai kakak, dan juga adik pada masa yang sama. InshaAllah :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah,,husna,,awak kan seorang perempuan gak an...
      samala kiter,,
      ;p

      Delete
  4. dari dulu sampai sekarang akak kagum dengan cara abah hanis didik anak2 sampai berjaya :) idola akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak lily,,'behind every successful man,there is a woman'

      and..

      'behind every successful child,there is always a supportive parent'

      :) doakan kami selalu...

      Delete