Bismillah,,
sebenarnya saya terlupa untuk menerangkan kenapa header tiba tiba ditukar.
jika perasan,sebelum ini selesa mengambil brand 'analisiszikri' dan sekarang 'syukur.satu.suplemen'
izinkan saya membahasakan diri 'aku'..
kerana terlampau banyak,,tidak terhitung nikmat yang Allah kurniakan pada aku,, sampai aku takut.
ya,takut jika aku gagal mensyukuri semuanya...ya,semuanya.tanpa terlepas pandang dan tanpa aku kufurkan satu pun. sekecil-kecil hingga sebesar-besar benda.
dalam sedar atau tidak,,dari kecik hingga kini,,apa yang aku mahukan aku akan dapat.
ALHAMDULILLAH.
sebuah keluarga bahagia...dapat.
kawan kawan yang baik...dapat.
kewangan stabil...dapat.
ambil kos medik...dapat.
katakan aku nak buku ni nanti...dapat.
aku teringin nak makan ni...dapat.
aku nak sangat jumpa dia...dapat.
berikanlah aku kemudahan urusan...dapat.
Allahu Allah,,.
nikmatMu ialah ujian terbesar untukku.
sekian lama,kata-kata aura ini aku pegang..
"bila kita minta Kekuatan,
Allah beri Kelemahan untuk kita atasi.
kita minta Kebijaksanaan,
Allah beri Masalah untuk kita selesaikan.
kita minta Kesabaran,
Allah beri kita Dugaan untuk dihadapi.
kita minta Keikhlasan,
Allah beri kita Hati untuk kita sucikan.
kita minta Rezeki,
Allah beri tubuh untuk kita berusaha.
kita minta Ilmu,
Allah berikan Akal untuk kita berfikir.
kita minta Segalanya,
Allah beri Islam sebagai cara.
lihatlah,,Allah bukan berikan apa yang kita Mahu secara terangan,,tapi Allah pasti beri apa yang kita Perlu untuk kita capai Kemahuan kita"
Sewaktu aku sering bersendiri,,kadang kadang tersedak..tiada daya upaya diri hamba ini, melainkan dengan kudrat dan iradatMu ya Allah.
lalu,,
(wahai jin dan manusia) maka nikmat TuhanMu yang apa lagi nak kalian dustakan??
sedangkan,,
jika kamu syukur, Allah pasti akan tambah apa yang kamu syukuri itu..
dan jika kamu kufur, nyata azab Allah sangat dahsyat.
maka,,
tidakkah kamu semua bersyukur?
bahkan,,
sedikit sekali antara kamu yang bersyukur...
Hidayah...bukan semua orang terpilih tergolong dalamnya.
dan tidak semua terbit rasa ingin terbina atas dasarnya.
Ya Allah,,jangan lah hukum diriku di saat aku terlupa.
jangan bebankan aku apa yang tidak ku terdaya.
apa pun,kunci syukur itu tetap tiga..simultaneously.
1. hati
2. perkataan
3. perbuatan
"bersyukurlah dan moga kau kan bahagia"
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteSegala puji dan syukur adalah bagi Allah SWT. Sebagaimana Luqman AlHakim bersyyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan kebijakan dalam ilmu. AlHikmah yang dimaksudkan adalah kefahaman sunnah dari kitabNya. Apa jua yang kita lakukan kebaikan adalah untuk diri kita jua. Surah Luqman:12 وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّـهِ ۚ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖDan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri.
Mengikut tafsir AlQurthubi dalam ayat surah ini, cara kita bersyukur kepada Allah SWT ialah dengan mentaati perintah Allah SWT.
وَقَالَ الزَّجَّاج : الْمَعْنَى وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَان الْحِكْمَة لِأَنْ يَشْكُر اللَّه تَعَالَى . وَقِيلَ : أَيْ بِأَنْ اُشْكُرْ لِلَّهِ تَعَالَى فَشَكَرَ ; فَكَانَ حَكِيمًا بِشُكْرِهِ لَنَا . وَالشُّكْر لِلَّهِ : طَاعَته فِيمَا أَمَرَ بِهِ .
Wallahualam
assalam alaik..
Deletehebat,,mereka yg dikurniakan nikmat..
sepertimana dalam ayat seharian kita...kurniakanlah jalan orang2 yang Kau(Allah) beri Nikmat,,bukan jalan org2 sesat,,,
moga Allah terus lorongkan kita ke arah jalan nikmat itu..
dan kita terus lorongkan hati kita untuk mensyukurinya.. tiap saat.. tiap tempat..tiap nafas yg singkat...tiap susah yg menyekat..dan tiap senang yg menjerat..
ameen...syukran, :)