Pages

Friday, March 23, 2012

teruslah kritik aku

فشل نوعان: نوع يأتي من التفكير بدون فعل, ونوع يأتي من الفعل بدون تفكير

-kegagalan ada dua; berfikir tanpa bertindak dan bertindak tanpa berfikir.-


perggh,,,kenyataan ini membuatkan saya rasa dikritik dan dikecam hebat. oleh diri sendiri.


###
"weyh,kau ni happy tak dengan life kau? if not,let me show you how to.."


gulp...tersenyum saja di situ.


###


melepas lelah selepas situasi 'hampir gaduh dengan orang arab',,pi makan makan.


kawan 1: aku kan pernah berangan,,kononnya akulah seorang puteri yang dicari-cari oleh sebuah kerajaan nun jauh dari sini..yang satu hari,aku akan terkejut dengar berita gembira tu..haha


ketawa kami berpadu.


kawan 2:angan angan aku..aku dapat tajaan biasiswa ke negara kaya,,cam kuwait ke,,qatar ke,,, aku seorang jelah tapi..


kami ketawa lagi.


kawan 3:entahlah,,apa ye...hmm angan angan ada rumah sebijik,,bergaya dengan kereta cantik..


senyap seketika.


kawan 1: tu impian lah,,bukan angan-angan..


kawan 3: hah,,aku bayangkan aku berjaya tawan puncak gunung Everest.


kawan 2:still lagi impian,,angan angan ni benda mustahil...tanpa usaha...
kawan 3:cam jadi isteri seorang perdana menteri satu hari nanti..?hah.


kawan 1: hmm,,yang tu masih 50% peluang boleh dicapai..


kawan 2: eh,,susah betullah kau ni nak imaginasi,,curik angan angan aku jelah.


kawan 3:haha,,tak original lah..bagi aku masa fikir dulu..


ketawa,,dan kami pun beralih topik.


###
kepada 'alat bemeter'..aku sahut cabaran tu.
lihatlah,,sampai masa nanti,,aku akan hentikan 'kritikan'nya.


###
tak kisahlah nak cakap apa,,tapi teruslah kritik aku,,
sebab dengan itu,aku boleh bahagia dan tertawa..
syukur, ramai yang sayang..


=p





2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Bukan semua manusia boleh menerima kritikan lebih2 lagi dari orang luar. Apa yang penting sekali ialah `melapangkan dada` dalam menerima kritikan manusia. Bukan semesti kita menerima pendapat seseorang tetapi apa yang lebih afdal kita dengar dahulu dan bawa berbincang! Jgn sampai seolah2 kekurangan oksigen semakin kita berada di puncak/kedudukan yang tinggi!
    Surah AlAn`aam:125 فَمَن يُرِدِ اللَّـهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).
    Wallahualam

    ReplyDelete
  2. alaikissalam wbt.
    kritikan ada yg membina,ada yg menjunam...terpulang kpd yg dituju,,
    tiap yg kurang,,ada cara utk memperbaikiny..
    tiap yg terlebih atau yg tidak mampu diterima,ada cara utk meredakan...
    salaamatu-ssodr=berlapang dada..tingkat asas ukhuwah..pon adakala susah utk toleransi..
    xpe,,kita give and take..iAllah berhasil..
    asykuru alaik... :)

    ReplyDelete