Pages

Friday, March 30, 2012

my 3 Heroes

hero pertama,my Abah. Cikgu Mohd Nahrawi bin Yusof.
Dulu,Hanis pernah tanya soalan ni pada Abah masa kecik kecik, "kenapa ye nama Hanis cam lelaki? kawan kawan semua ada -ah kat belakang. Amirah,Nabihah,Najah"
Abah dengan slumbernya kata, "Sebab Abah nak Hanis berani,aktif macam lelaki..."
tanpa saya tahu., tak kisahlah nama apa sekalipun. tetap ada harapan,amanah pada sebuah nama.

bila rindu,Hanis akan buka balik lembaran surat cinta Abah..Hanis takkan pernah jemu membacanya dan meniliti tiap lekuk tulisan Abah. kerana kata demi kata itulah,penyuntik kegigihan diri ini. walau airmata ini seakan sudah terbiasa.

Lepas tu kan,sebenarnya Hanis tak layak terima ucapan terima kasih pun daripada Abah. tak payahlah nak berterima kasih pada perkara yang wajib Hanis buat,kan Bah..

hero kedua, my Abang Muhammad Hanif Zikri.

"Dahlah,jangan nangis,,insyaAllah kita jumpa lagi..." Abang memujuk.
"Hanis sayang Abang tau.." dengan suara yang dah tenggelam timbul. Malu pulak rasanya..
suka sangat bila hujung minggu Abang ada call,, terjah ym Abang tengah-tengah malam..atau masa kita skype merentas tiga negara..update cerita,,lagi lagi masa terkeliru antara suara Abang dan Adik yang dah memang sebijik. Aduus~

bila rindu,Hanis buka balik album Jordan raya haji kita tahun lepas,,blogwalking ziarah karya Abang..senyum sorang sorang..dengan rasa Abang di sana pun akan usaha yang terbaik,,bagi pembekal semangat untuk Hanis juga kat sini.

hero ketiga,my Adik Muhammad Hamim Zikri.

"kakak,kenapalah Kakak belajar jauh-jauh..?kalau Kakak ada,senang sikit reda."
"Adik,supaya Adik boleh lebih matang dan berdikari,sebab banyak sangat nanti benda yang Adik perlu fikir sendiri.."
Mana mungkin saya tegar untuk meninggalkan Adik yang bakal menghadapi SPM tahun ini, which is turning point yang penting dalam perjalanan hidup dia..

bila rindu,Kakak akan tengok balik video-video YouTube Adik(yang smart berjubah putih) dengan geng Adik tu ..Tahniah yang amat untuk adik-adik yang bijak menggunakan medium hujung jari untuk beri penerangan kepada remaja seawal usia mereka.

Pernah masa Abang dan Adik temankan saya jumpa kawan, waktu sempit sempit dalam train, saya diapit di tengah tengah,,rasa cam ada bodyguards lah pulak..jaga saya ke hulur hilir.hehe.
Merekalah lelaki-lelaki pertama dalam hidup saya. Tak mungkin saya boleh belajar jadi sekuat ini tanpa mereka..rasa sangat bertuah mempunyai mereka dalam hidup. 

Abah,Abang,Adik.. Uhibbukum fillah abadan abadan..
Salam sayang kerinduan dari Cairo,Egypt.

^^,

Thursday, March 29, 2012

syukur.satu.suplemen.

Bismillah,,
sebenarnya saya terlupa untuk menerangkan kenapa header tiba tiba ditukar.
jika perasan,sebelum ini selesa mengambil brand 'analisiszikri' dan sekarang 'syukur.satu.suplemen'


izinkan saya membahasakan diri 'aku'..


kerana terlampau banyak,,tidak terhitung nikmat yang Allah kurniakan pada aku,, sampai aku takut.
ya,takut jika aku gagal mensyukuri semuanya...ya,semuanya.tanpa terlepas pandang dan tanpa aku kufurkan satu pun. sekecil-kecil hingga sebesar-besar benda.


dalam sedar atau tidak,,dari kecik hingga kini,,apa yang aku mahukan aku akan dapat.
ALHAMDULILLAH.
sebuah keluarga bahagia...dapat.
kawan kawan yang baik...dapat.
kewangan stabil...dapat.
ambil kos medik...dapat.


katakan aku nak buku ni nanti...dapat.
aku teringin nak makan ni...dapat.
aku nak sangat jumpa dia...dapat.
berikanlah aku kemudahan urusan...dapat.


Allahu Allah,,.


nikmatMu ialah ujian terbesar untukku.


sekian lama,kata-kata aura ini aku pegang..


"bila kita minta Kekuatan,
Allah beri Kelemahan untuk kita atasi.


kita minta Kebijaksanaan,
Allah beri Masalah untuk kita selesaikan.


kita minta Kesabaran,
Allah beri kita Dugaan untuk dihadapi.


kita minta Keikhlasan,
Allah beri kita Hati untuk kita sucikan.


kita minta Rezeki,
Allah beri tubuh untuk kita berusaha.


kita minta Ilmu,
Allah berikan Akal untuk kita berfikir.


kita minta Segalanya,
Allah beri Islam sebagai cara.


lihatlah,,Allah bukan berikan apa yang kita Mahu secara terangan,,tapi Allah pasti beri apa yang kita Perlu untuk kita capai Kemahuan kita"


Sewaktu aku sering bersendiri,,kadang kadang tersedak..tiada daya upaya diri hamba ini, melainkan dengan kudrat dan iradatMu ya Allah.


lalu,, 
(wahai jin dan manusia) maka nikmat TuhanMu yang apa lagi nak kalian dustakan??
sedangkan,,
jika kamu syukur, Allah pasti akan tambah apa yang kamu syukuri itu..
dan jika kamu kufur, nyata azab Allah sangat dahsyat.
maka,,
tidakkah kamu semua bersyukur?
bahkan,,
sedikit sekali antara kamu yang bersyukur...



Hidayah...bukan semua orang terpilih tergolong dalamnya.
dan tidak semua terbit rasa ingin terbina atas dasarnya.



Ya Allah,,jangan lah hukum diriku di saat aku terlupa.
jangan bebankan aku apa yang tidak ku terdaya.


apa pun,kunci syukur itu tetap tiga..simultaneously.
1. hati
2. perkataan
3. perbuatan


"bersyukurlah dan moga kau kan bahagia"



Tuesday, March 27, 2012

bukan kerna nama



dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangku
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan..


jom layan...







#
menulis itu amanah.
terlangsai dengan amal istiqomah
tergadai dengan jiwa yang kalah

Saturday, March 24, 2012

dalam dan luar

Bukanlah kecantikan itu dengan pakaian yang menghiasi kita
Sesungguhnya kecantikan itu adalah kecantikan ilmu dan adab-kalam ulama'


sistem 'inside-out' dan 'outside-in';

bila ilmu dan adab seseorang itu cantik,secara pastinya dia akan mencantikkan pakaian dan kebersihan dirinya..kerana faktor luaran itu juga sebagai manifestasi kecantikan ilmu dan adabnya.


nak cantik dalaman;
1. khusyuk & zikir hati
2. stay positive
3. hayati ilmu

nak cantik luaran;
1. jaga cakap & aurat
2. senyum,ceria
3. disiplin masa


###
jemput tonton,,sentap saya dibuatnya... =.='


selamat mencuba dan berbahagialah~
^^,\/

Friday, March 23, 2012

teruslah kritik aku

فشل نوعان: نوع يأتي من التفكير بدون فعل, ونوع يأتي من الفعل بدون تفكير

-kegagalan ada dua; berfikir tanpa bertindak dan bertindak tanpa berfikir.-


perggh,,,kenyataan ini membuatkan saya rasa dikritik dan dikecam hebat. oleh diri sendiri.


###
"weyh,kau ni happy tak dengan life kau? if not,let me show you how to.."


gulp...tersenyum saja di situ.


###


melepas lelah selepas situasi 'hampir gaduh dengan orang arab',,pi makan makan.


kawan 1: aku kan pernah berangan,,kononnya akulah seorang puteri yang dicari-cari oleh sebuah kerajaan nun jauh dari sini..yang satu hari,aku akan terkejut dengar berita gembira tu..haha


ketawa kami berpadu.


kawan 2:angan angan aku..aku dapat tajaan biasiswa ke negara kaya,,cam kuwait ke,,qatar ke,,, aku seorang jelah tapi..


kami ketawa lagi.


kawan 3:entahlah,,apa ye...hmm angan angan ada rumah sebijik,,bergaya dengan kereta cantik..


senyap seketika.


kawan 1: tu impian lah,,bukan angan-angan..


kawan 3: hah,,aku bayangkan aku berjaya tawan puncak gunung Everest.


kawan 2:still lagi impian,,angan angan ni benda mustahil...tanpa usaha...
kawan 3:cam jadi isteri seorang perdana menteri satu hari nanti..?hah.


kawan 1: hmm,,yang tu masih 50% peluang boleh dicapai..


kawan 2: eh,,susah betullah kau ni nak imaginasi,,curik angan angan aku jelah.


kawan 3:haha,,tak original lah..bagi aku masa fikir dulu..


ketawa,,dan kami pun beralih topik.


###
kepada 'alat bemeter'..aku sahut cabaran tu.
lihatlah,,sampai masa nanti,,aku akan hentikan 'kritikan'nya.


###
tak kisahlah nak cakap apa,,tapi teruslah kritik aku,,
sebab dengan itu,aku boleh bahagia dan tertawa..
syukur, ramai yang sayang..


=p





Monday, March 19, 2012

embracing changes

The hardest part about growing is letting go of what you were used to, and moving on with something you’re not. -marcandangel.com




Thought Questions 
                  credit.

"15 ways to live,not merely exist"


^^,

Sunday, March 18, 2012

pelengkap bersyarat

jangan sesekali pisahkan...




 

Cantik dan Bersih

 


 

Bijak dan Adab


 

Kuat dan Sabar


kerana kedua-dua mereka dapat dilihat..
daripada amal peribadi kita.

*gambar sekadar hiasan.

Friday, March 16, 2012

jum'ah barakah..

 
lagi cun kalau..,
hari Khamis kita puasa..
hari Jumaat kita raya...
=)

Tuesday, March 13, 2012

ABC


Ya,ulama ulama dahulu bukan hanya mewarisi ilmu para nabi tetapi yang paling utama mereka mewarisi hati para nabi. sifat sifat mahmudahnya begitu ketara. jika mereka berbicara, pasti disebut kelebihan guru guru mereka sebelumnya. jatuh pena di tangan,tidak akan diletakkannya di atas kitab atau al Quran. jangan ada sesuatu yang diletakkan lebih tinggi daripada al Quran dan al Hadis..bukan sahaja di dalam hati,bahkan daripada segi kedudukan fizikalnya.-genta rasa.com


Allah..


di mana kita letakkan martabat ilmu dalam ruang hati kita?
untuk jadi daie,pakejnya dua. 
yakni Ilmu dan Akhlaq..


rasa jauh sangat daripada pencapaian hebat seperti mereka.
buku yang sepatutnya (wajib) dibaca pun masih berada dalam waiting-list.
study baru sejam pun,dah rasa macam tak senang duduk..


doa ingin tidur dan doa bangunnya..pun sering lupa dituturkan.
doa keluar dan masuk tandas..untunglah kalau ingat nak baca.
doa musafir jauh-jauh..pun tak hafaz lagi.
padahal tahu.


bagaimana mahu berakhlaq dengan ilmu...
'kita pulangkan apa yang kita terima kepada yang memberi'
kita terima ilmu,dengan izin Allah..jadi untuk memulangkannya, haruslah berbuat hasil kadar ilmu tu.
amalkan cantik cantik..untuk tunjuk pada Allah..yang kita bersyukur atas kurniaan nikmat ini..moga Allah melimpahkan ganjaran kebahagiaan selama mana kita beramal dengan ilmuNya..


Aliran ilmu umpama aliran air. air akan bertakung di tanah yang rendah,begitu juga ilmu, ia akan bertakung di hati yang rendah.









Sunday, March 11, 2012

yang sebenarnya

orang yang paling perlukan kita,,,ialah diri kita sendiri.-kak Khaliesah pesan.


Allah..


asyik-asyik sibuk fikir pasal orang lain, 
sama ada dia ok ke tak? 
dia dah makan ke belum? 
dah bangun solat ke dia tu? 
dia balik pukul berapa?  
kenapa dia tak datang kelas hari ni?
muka dia macam monyok je?


ataupun,,
aku rasa pendapat dia entah apa-apa!
tolonglah dia faham situasi kita!
penting sangat ke kalau dia ada!
muslim jenis apa macam ni!
dia tu tak matang langsung!


etc...etc..


hah..penat tak baca dialog/monolog tertera di atas..rasa tension kan..sesak kepala dan otak..
kita selalu rasa kita perlu ambil tahu pasal orang,,isi keperluan dia..betulkan dan tegur kesalahan sesama kita.
which are absolutely right..yet, we almost forget the utmost important thing to look on..OURSELF.




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا


Hai orang orang yang beriman, peliharalah DIRIMU dan kaum keluargamu dari azab neraka...
-surah tahreem;6-


memang,,,kita wajib menyayangi saudara-saudara seislam kita sebagaimana kita menyayangi diri kita sendiri..
persoalannya,sudah cukupkah kita mencintai diri kita sendiri sebelum mencintai orang lain..
sudah terlaksanakah tarbiyah dalam diri untuk mentarbiyah orang lain
sudah amalkan ilmu-ilmu yang kita pelajari sebelum berkongsi ilmu..
baik sangatkah kita ini sampai sesuka hati mengkritik sesiapa yang kita tak senangi
terlebih dahulu...


[Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedang kamu melupakan dirimu sendiri padahal kamu membaca Kitab,tidakkan kamu mengerti?]
-surah ah Baqarah;44-


manusia selalu lupa..yes,we can't be perfect but at least we can try to be something that close to it..


diri kita juga perlukan perhatian maksimum..
pemakanan seimbang dan pemilihan pakaian menutup aurat..
mutaba'ah ibadah seharian, khusyuk dalam solat-solat kita..
jumlah peruntukan masa study yang kita kena patuhi,,self-discipline..
potong kuku bila panjang,,angkat jemuran bila kering..
dari sebesar besar perkara hingga sekecil kecil perkara tentang kita adalah AMANAH..


kerana diri kita begitu berharga,,berharga untuk Islam..sayangilah diri kita sebelum terlambat.
sebelum hati ini mati, akal ini jahil, nafsu ini meronta, jasad ini malas, senyum ini hambar, hidup ini kosong, dan sebelum kasih sayang Allah pergi meninggalkan kita..


usiikum wa iyyaya...


Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab.-Umar al Khattab-