Pages

Friday, January 27, 2012

hikayat.

bismillah.


sudah lama tidak menulis..menconteng di ruangan bahagia ini..
exam dah habis..alhamdulillah.sekarang masing masing sibuk nak ke destinasi winter break.. ada ke UK,Turkey,Spain,Jordan..ronda Mesir,tak kurang yang pulang ke tanah air,Malaysia tercinta.


baik..saya berhikayat.


sahabat 1.
teman rapat semasa zaman menengah..kami sedari antara saya dan dia,ada talian telepathy yang sangat kuat..kebanyakan corak pemikiran kami serupa..apa yang saya fikir,dia boleh teka tanpa saya nyatakan..begitu juga saya..kami berkongsi minat,lagu,buku kegemaran,hero pujaan yang sama..
orang label kami ala ala kembar..dan mampu saya katakan,dialah antara insan yang paling mengenali dan memahami saya.nilah soulmate..
ada ketika,saya rasa susah nak sembunyikan perasaan terbuku daripada dia..sebab pasti dia tahu juga akhirnya.seolah olah dia dapat baca dari selok belok perubahan gaya yang saya pamerkan.. "Zik, ko kenapa ni sebenarnya?" sambil melampirkan senyum penuh tersirat...
"masih perlu aku cerita?"-saya


sahabat 2.
tua setahun dari saya,tidak menjadi alasan untuk kami tidak berkawan rapat..pertemuan di bilik kebajikan dulu kala,membuahkan rasa serasi antara kami..perbualan ringkas diakhiri dengan kesimpulan padat..sejak itu,segala cerita saya,dia tahu..duduk berborak hingga mencecah Subuh dah jadi hobi saban hujung minggu.
ajaibnya,plot kehidupan kami berdua lebih kurang sama.apa yang dia alami,turut saya alami..sama ada telah berlalu,sedang berlaku,atau akan ke situ..kadang kadang menimbulkan persoalan dan persediaan dalam masa yang sama.."Hanis boleh faham tak?" ungkapan lazim di hujung penutup perbualan..
"ya,mungkin saja nanti."-saya


sahabat 3.
bukanlah baru sangat kenal,tapi rasa macam dah lama..proses perkenalan kami tidak pernah berhenti setiap hari..ada saja perkara baru kami terima tentang diri masing masing..belajar erti hidup bukanlah semudah a-b-c dan i-love-you..ini yang kami sepakati bersama.
acapkali,saya terguris sudut hatinya yang paling dalam.sedar atau tidak,sikap berlapang dada adalah apa yang kami sentiasa cuba rapikan agar taut persahabatan terikat kemas..dah biasa luahkan input hati dan imaginari justikasi.."so,apa yang Zik rasa?" rasa ingin tahu bermula dan menamatkan spekulasi.
"kita ada peluang dan pilihan."-saya


***


sahabat 1,
"aku bersyukur sangat sebab Allah beri kita rezeki sama sama datang belajar ke ardul kinanah ni dalam dua bidang berbeza."


sahabat 2,
"kite akan selalu kenang masa indah supaya tercipta masa depan yang lebih cerah untuk kita luangkan bersama,insya Allah."


sahabat 3,
"moga Allah memberkati baki usia kita dengan jalan jalan kemanisan ukhuwah agar terbina darinya paksi kematangan iman. selamat 20."


sisi seorang sahabat,
saya.


^ ^,


-tema tema teman-

4 comments:

  1. baru perasan .
    kak hanis sgt suka tulis pasal sahabat . :)

    btw ,
    "untuk dihargai , kita perlu menghargai , kan ? "

    ReplyDelete
  2. iffah-awak pon sahabat sy yg sweet taw..dpt teka an sape no.1 tue,xde ari tu baru jumpa upa..so mmg kitorg stil cam dulu..hehe.men salji leklok.. jgn nnt ade statue of iffah munirah plak kat penn state tu..mana taw beku.. ;p

    husna-haah an,akk pon baru perasan..keluarga dan sahabat ialah harta paling dekat dan bernilai..kenalah jaga harta tu baik baik.. ;) u r my harta too,dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. baru pasan zikri pny komen.. haha.. dpt teka 1 and 2.. tapi yg last tu x dpt teka.. xknl kann.. :D statue of iffah munirah?? haha.. baikk zikriii.. :P

      Delete