Pages

Thursday, January 5, 2012

medan-my 100th receptor

sekalung tahniah dan terima kasih kepada
Nurizati Hamizah Abd Rahim !!!
for being my special 100th receptor..
hehe.


wahai Zati my adek rumah,
nak hadiah dari kak zik ye..


oklah. awak dengar lagu osem ni taw..'Ya El Medan' 
ditujukan khas kepada para pejuang kebebasan menerusi pencapaian revolusi Mesir..juga harapan kepada generasi Mesriyyin akan datang..




                                         


wahai,wahai medan Tahrir
di mana kau selama ini?
bersamamu kami menyanyi,bersamamu kami berlayar
kami bertempur biar kadang ketakutan,dan kami berdoa
semua bersatu siang dan malam
bersamamu tiada apa yang mustahil
suara kebebasan menyatukan kita
akhirnya hidup kita membawa erti
mengundur tidak,kerana suara kita tidak didengari
mimpi tidak lagi terhalang

kau telah runtuhkan tembok itu dan salurkan cahaya
kau telah satukan kami dari perpecahan
kami bagai dilahirkan semula
mimpi mula menjadi nyata
kami tolak atas niat yang baik
kerna ianya seolah tak jelas
kami akan lindungi negara dan anak anak kami
kami akan lindungi hak suara saudara kami yang telah pergi

bersamamu kami rasai dan kami mulakan
selepas sekian lama,kini tiba penghujungnya
kita perlu mengubah nasib kita sendiri
kau telah banyak berjasa,serahkan pada kami selebihnya
kadang kadang aku bimbang kau hilang hanya sekadar kenangan
kau berjauhan dari kami,dan idea berlalu pergi
kita kembali sedia kala,lupa akan segalanya
dan kita bercerita sekadar sebuah kisah dongeng

kini medan dipenuhi bermacam manusia
ada yang gopoh ada yang berani
ada bersemangat waja ada yang berkenderaan
ada yang lantang ada yang diam seribu bahasa
kita bersatu dan rehat bersama sama
kini kita tahu mendapatkan hak kita
biarkan saja dunia mendengar keluhan kita
biarkan saudara kita yang lain turut bersatu hati

perancangan adalah kekuatan kita
persepaduan adalah senjata kita
Medan memberitahu kebenaran
ia selalu katakan tidak kepada penindas
Medan ibarat satu gelombang
ada yang bermain dengannya ada yang merana kerananya
mereka di luar gelombang menamakannya kekecohan
segala apa yang kami lakukan kini tercatat
-terjemahan;niji-
****
Alhamdulillah,
pengalaman evakuasi tahun lepas menghadiahkan beribu kenangan pada kami.
secara jujurnya,terlalu banyak yang wajib kami syukuri.
saat saat genting,apa yang harus awla dikorbankan..
melihat siapa yang menghulur,siapa yang menerima
rela berkongsi ketakutan,kesempitan,dan kesabaran.
tatkala itu
kami simpulkan harapan
agar bumi yang kami duduki,
mampu kami resapi barakahnya
tanpa henti,tanpa mengira siapa,dan bagaimana pun kami.


moga tahun ini membuka cerita baru,
revolusi baru-revolusi hati-revolusi minda-revolusi diri.


~tiada daya upaya melainkan dari Allah semata~
:)


-taman tema teman-

No comments:

Post a Comment