Pages

Tuesday, January 10, 2012

begitulah.

kita ini manusia a.k.a hamba


makin kita TAHU,
semakin MALU kepada Allah.


belajar apa sahaja bidang ilmu..sepatutnya membuat kita sedar hakikat penciptaan kita.. terasa diri ini kerdil dan malu, adakah taklifan yang diberi sudah kita kendali semampunya..


makin kita SOLAT,
semakin DEKAT dengan Allah.


solat itu penghubung makhluk dan Khaliq..lima kali sehari kita dijemput berbicara denganNya..tapi mengapa masih gagal mendekatkan diri tatkala seruan itu bergema bahkan mungkin tidak mempeduli.


makin kita BERIBADAH,
semakin BERSERAH pada Allah.


seharian hidup ini wajib bermanfaat..untuk merasakan izzah dan keindahan sunnah..adakah benar kita lakukan ibadah seikhlasnya demi menambah nilai kehambaan lalu berserah diri hanya padaNya.. 


takut takut...
makin tahu,makin dungu
makin solat,makin liat
makin ibadah,makin megah.
moga moga tidak.
maka hati hati mengemudi hati.


dengan ini,kami mohon..


 "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. 

Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. 

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.
 Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. 

Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

(Surah Al-Baqarah, Ayat 286)




ameen,ya Allah.


-tema taman teman-






3 comments:

  1. Ahh. Tenkiu kawan. :')

    *Mode muhasabah. :)

    ReplyDelete
  2. ukht ckin-
    sama2 ameenkan,sama2 amalkan..kite selalu lupa our real,ultimate missions are..

    ukht pencenta-
    sy menerima kasih anda..hihi
    nak muhasabah pun perlu istiqomah an
    nak istiqomah pon perlu muhasabah...
    ;)

    ReplyDelete