sarat menanggungmu
ringan membelaimu
duhai hati
jawab pada tanya
apakah terbukti cinta andai terusan
pergi dan tinggalkan tempat takhtamu
pantang dirajuk pulang
bertandang tanpa izin
diami khabar asal tujuan
lagi mentah kepingan
aku bukan pemuja
hanya penjaga
dalam linangan harapan
biarkan saja mencari kebergantungan
alam mana kamu berada
duhai hati
aku bukan penemu
hanya pencari
kelembutan ukiranmu
dan darimu terlangkau benua
jika mahu kembali
silakan sambut salam indahku
aku hanya pemohon
bukan penjanji
duhai hati
hijabmu di sini
keranamu
adalah aku.
No comments:
Post a Comment