Saturday, April 2, 2011

sambil

sekarang jam menunjukkan 1:17 a.m di egypt.
disebabkan dah terlebih tidur siang tadi,
dan pengambilan kafein baru tadi,
maka adalah tercontengnya blog ini.
hehe.

sepanjang setengah bulan meneruskan kehidupan di sini..
macam-macam terjadi pada diri saya dan manusia sekeliling.
sambil selesaikan satu perkara,perkara lain datang
tanpa disangka yang pasti.

lainlah saya ni yang tengah menaip, sambil dengar juzuk 'amma,
sambil jeling buku CVS kat sebelah,sambil borak dengan tetamu-tetamu rumah.
sambil makan keropok.sambil tonton berita CNN di kaca tv.
banyaknya sambil kan.
kononnya konsep menggandakan diri dalam satu masa.
ada dalam ruangan majalah solusi edisi lalu.
masih kena manipulasi minda dan masa...


hidup tak selalunya indah,langit tak selalu cerah.
siang disusuli malam,dan malam diiringi siang..


-hadiqoh Azhar.tenang banget sih...-

nak cerita peristiwa satu-satu pun tidak menyempat.
try to make it short and simple.

1. kelas dah banyak tertinggal akibat kelewatan pulang ke sini.
2. perbelanjaan duit yang melatih kawalan diri sendiri.
3. demonstrasi kembali di Tahrir minta rombakan kabinet.
4. perubahan cuaca,suhu dan aturan masa tempatan.
5. adakala rasa rindu pada tanah air.
6. merasai tempias gegaran gempa bumi di Greece.

kawan ada cakap,'ketidakfahaman itu meletihkan'
letih untuk mencari titik kesedaran,turning point.
apa-apa pun........


chill lah.
'between yesterday's regret and tomorrow's dream is today's opportunity'

Alhamdulillah.banyak lagi wonderful moments yang mesti saya syukuri..

1. mendapat ala-ala private class dengan lecturer.
2. makanan sedap dan jamuan memenuhi selera.
3. birthday party kawan Palestin di Nil Night Cruise.
4. didatangi tetamu a.k.a rahmat dari jauh dan dekat.
5. kisah sepasang adik-beradik sahabat yang telah berbaik semula.
6. bunga-bunga di taman yang mula menunjukkan musimnya.

ini kiriman ayat-ayat cinta pengubat hati hamba...

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya disisi Tuhannya, dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Nay,- whoever submits His whole self to Allah and is a doer of good,- He will get his reward with his Lord on such shall be no fear, nor shall they grieve.

p/s-ada exam mendatang. mohon doanya supaya sentiasa dimudahkan kefahaman.
kefahaman pada dunia dan akhirat.
supaya sambil menanam di alam sini,
tidak lupa membaja untuk alam sana....






4 comments:

  1. zikri.memang selalu sangat buat banyak perkara dalam satu masa.bittaufiq exam ya =)

    ReplyDelete
  2. alee>lebihh kurang lah.ameen

    ikin>lps musim bunga,summer pulak.ngeee.

    ReplyDelete
  3. Bare the summer.

    hah.

    selamat untuk semua dik.

    ReplyDelete