IV-DOA DAN TAWAKAL
berdoalah supaya kita dibantu oleh Allah dalam jalan yang sukar ini.
inilah tradisi para rasul,nabi-nabi dan para sahabat Rasulullah s.a.w.
mereka sentiasa berdoa agar dipermudahkan untuk melalui jalan taqwa.
mereka misalnya,sentiasa meminta bantuan untuk bersyukur dan memperbaiki amalan kepada Allah.
Allah mengajar kita berdoa agar mendapat zuriat bertaqwa.firmanNya
(al Furqan;74)
And those who say, "Our Lord, grant us from among our wives and offspring comfort to our eyes and make us an example for the righteous."
jadi,sekalian..berdoalah kerana doa itu senjata orang mukmin.
yup.orang mukmin.
************************
satu petang,kakak tutor saya singgah rumah,saja nak ziarah dan bincang untuk tetapkan date next class. saya pun kenalkan beliau dengan ahli beyt yang lain.
"korang,ni la kak diana tahun empat,kakak tutor kitorang bertiga."-saya-
"ooh yang ni. akak ada buat kelas dengan zik ke hari ni?"-mereka-
"takdelah..erm...saja..nak 'brain wash' sikit."-beliau-
"haaah...hehehe...hmmm.."-kami semua-
so kami berdua pun dok sembang-sembang berdua. satu-satu,dari rumah kak diana yang baru, ke hal study,coklat kacang,sampailah...
"okaylah zikri,sekarang akak nak cerita sikit. kalau Islam nak berjaya kena ada tiga perkara. cuba lihat zaman kerajaan Nabi Sulaiman dulu. macam mana baginda dapat mengawal seluruh pentadbiran.dengan alam manusia,alam jin,alam haiwan lagi tu..hebat kan. so antara sebabnya mestilah ada wilayah atau kuasa.akak dah bagitahu satu.cuba zikri teka apa lagi dua?"
wah..soalan kuiz yang menarik...
"erm..ilmu.?"
"ok.betul.lagi satu?"
"iman."
"haa..ilmu dan iman.betul lah tu.cuba tengok pemimpin sekarang.mungkin mereka berilmu tapi ye ke benar beriman.tak payahla.tengok diri kita sendiri. memang ye kita belajar,tapi untuk apa. kalau ada yang tak kena,cuba check ada slack kat mana-mana tak.mungkin iman kita ada masalah."
akal hati saya bersetuju..
"imam (saya lupa siapa.maaf) pernah berkata, 'Kecemerlangan itu pada Ketaatan kepada Allah.'
zaman Nabi hijrah dulu,semua sahabat Ansar berebut nak hadiahkan Nabi harta,isteri,rumah.. tapi Rumaisak iaitu ibu kepada Anas bin Malik hadiahkan anak beliau sendiri supaya dapat mendampingi Rasulullah.sebab apa,sebab Rumaisak nakkan penghayatan ilmu, supaya Anas dapat sesi tarbiyah direct daripada Rasulullah.lihat hasilnya,Anas bin Malik jadi perawi yang cukup masyhur.dia berilmu dan lengkap beriman.. kita pun mesti nak jadi macam tu kan..? study hebat dan akhlak terjaga."
terasa diri ini....
"hmm..dah faham.terima kasih,akak.." (^ _ ^)
di pintu.menghantar pulang tetamu yang hadir membawa pesan. bersyukurlah ada tersedia untuk kita buat bekalan.persiapan masa hadapan.
p/s-dialog telah dikemas kini dan dipadatkan..
orang pesan,trust yourself!
cuba belajar daripada pengalaman untuk cari pengalaman.
cuba cari pengalaman untuk belajar daripada pengalaman.
buat keputusan bijak....
perkongsian dr kakak2 senior saya
ReplyDeleteuntuk berjaya
kita perlukan iman yang mantap
akhlak yang terpuji
dan perancangan yang strategik
panjangnya space kat bawah tuuu.
ReplyDeleteperkongsian dari abang-abang saya...
err.
lain kali lah.
=)
alee>kejayaan kecil bermula drpd strategi yg berjaya.
ReplyDeleteabg>entah,hanis pon tak pasan. lain kali lah. sbb mst lg panjang an pesan abang-abang Abang tu.
sembang tutor yang kool.
ReplyDelete