saya lihat,saya tahu. saya baca,saya faham. saya salin balik,supaya ingat.
-route map menuju TAQWA-
I- MENUNTUT ILMU.
-salah satu sudut bacaan di rumah saya-
ilmu ialah langkah pertama dalam apa jua usaha untuk mencapai kebaikan.
inilah roh iqra' yang menjadi ayat pertama diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad.
melaluinya kita dapat kefahaman tentang apa itu taqwa,manfaat, penghalang, dan usaha mendapatkannya.
[riwayat Ahmad]-Rasulullah s.a.w bersabda,
sesiapa yang dikehendaki kebaikan baginya,akan diberikan kefahaman terhadap agama.
tanpa ilmu kita tidak akan mendapat cahaya untuk mencari dan melalui jalan taqwa.
sudah sewajarnya kita sentiasa akses ilmu melalui pelbagai sumber seperti melazimi majlis ilmu, menemui ulama,bersahabat dengan para daie,membaca al Quran, dan membaca buku agama.
ilmu paling utama menempuh jalan taqwa ialah ilmu al Quran dan hadis.
dengan ilmu kita tahu bahawa kita berada di tahap mana kini dan kita tahu apakah tahap yang sekurang-kurangnya perlu kita capai pada hujung perjalanan menuju taqwa ini.
jika masih jauh,kita mesti menambah kadar pecutan.
sumber: Solusi 27.
lagi empat checkpoint selepas ini..
jumpa lagi.
*siri peringatan buat diriku yang selalu lupa,dan buat-buat lupa.wassini..
Allah,berikanlah ana kekuatan.ameen..
Rindu sungguh dengan 'sudut bacaan' tu!!!
ReplyDeletehah
ilmu itu cahaya. sebab tu boleh suluh kehidupan.
ReplyDeleteok. post ni untuk orang yang sedang break/cuti ye? untuk ambik peluang mencari ilmu yang disebutkan di atas kan?.
keep on writing.. macam anep..
abg>tu baru satu..
ReplyDeletenizam>masih terus mencuba.