Sunday, March 6, 2011

pilihaN

Untuk entri kali ini saya cuba untuk tulus tapi tidak sepenuhnya telus untuk menulis..

Suratan atau Kebetulan.

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Siapa nak dengar,bolehlah layan..

I-

First story.ni haa nak cerita tentang budak form four yang telah MENILAI PILIHAN dan MEMBUAT KEPUTUSAN.

encik adek saya nie....




“kak,kita nak pergi mana ni? Dulu dah tak jadi pergi Sungai Besar, nak pergi Taiping pulak ke?”

“adek,you are the driver.akak cuma boleh tolong tengok-tengokkan jalan jelah. Betul ke tidak,kiri ke kanan..cepat decide.tapi kan mem,ronda-ronda kat Tanjong Karang pon best jugak.”

“hmm.jomlah.”

*bukan dialog sebenar.kiasan semata.

Saya teringat masa duk sembang dengan Hamim. “adek yakin jawapan istikharah adek tepat.”

Alhamdulillah. Terima kasih dek.wakilkan abang dengan kakak.

II-

Next chapter.cerita lain mengisahkan sahabat rapat saya yang dah nak melangkah ke alam lagi satu...

ke fasa seterusnya.

Masa dia beritahu,saya jadi..speechless!

Sedih~gembira~alamak~mustahil~biar betul~percayalah~selamat ye~redha~

Arggh..blurr sekejap.

.........

(menikmati luah rasa,gelak tawa,keajaiban masa ,usik manja,ingat lupa,macam-macam ada)

Bila lagilah nak borak lama-lama macam tadi ye?

Dia dah MENILAI PILIHAN dan MEMBUAT KEPUTUSAN.

Berdasarkan firasat saya,calon orangnya memang tepat.ameen.

III-

Another chapter.different story.

Ini sahabat dekat saya yang juga mengalami proses MENILAI PILIHAN dan MEMBUAT KEPUTUSAN.

Mungkin sukar untuk dia menimbang pilihan.

Pada dia,ditinggal sayang,diambil terluka.

(saya tak boleh ulas banyak.confidential)

Apa-apa pun,saya menghormati keputusan dia.

Moga itu yang tepat dan terbaik demi sebuah masa depan...

Bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu

Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupmu

Yang telah terukir abadi Sebagai kenangan yang terindah.........

-+-+-+-+-+-

beginilah..hati yang bersih pasti akan membuat keputusan yang jernih.

jernih dari dosa dan unsur syubahat

jernih dari keraguan dan celaru

jernih dari apa yang boleh memudaratkan

tapi tidaklah sampai takut menghadapi risiko pula..

saya doakan diri saya dan insan-insan tersayang dikurniakan hati yang bersih dulu sebelum berjaya membuat pilihan yang jernih.

moga selamatlah semuanya dunia akhirat!

p/s: saya berkemungkinan pulang pada 13 Mac nanti.insya Allah :)


6 comments:

  1. zikri,siapakah teman kita yang telah memilih dan membuat keputusan itu
    semoga Allah permudahkan
    nampaknya aku masih lama lagi la nak memilih dan buatkan keputusan
    ko pilihkan untuk aku zikr
    [teringat ko nak anak sedara cepat]
    haha

    ReplyDelete
  2. haha.biarlah rahsia..bukanlah dalam masa yg terdekat sangat.nak ke aku pilihkan. nanti ade pulak yg kecewa.kih3...[yang dlm braket tu mmg]. haha.

    ReplyDelete
  3. siapakah yang akan kecewa itu
    pilihan yang baik dr orang2 yang baik
    kolah tu..hehe~

    ReplyDelete
  4. fergh!

    stylo sungguh adik kita tu.
    abang pun nak anak saudara cepat.
    (jom sama-sama angkat kening jeling hamim. haha)

    moga Allah menetapkan jalan kita dik, dan tak membiarkan kita keseorangan membuat keputusan.

    ReplyDelete
  5. alee>siapa2 lah.ngee

    abg>ish.jgn potong line..hihi. eh abg taw, cake mee dah ade.bolehlah panggil lek anep.haks.

    ReplyDelete
  6. nice one....
    suratan atau kbetulan~
    like this!

    ReplyDelete