Pages

Saturday, March 19, 2011

syiling & III

perjuangan belum selesai.

route map III-Mujahadah dan Istiqomah
selepas ilmu dan amal..

-bagaimana agaknya rupa pahala amalan kita?-



dalam usaha mengamalkan ilmu kita akan terasa keperitannya.
belajar tentang sabar misalnya adalah mudah,tapi praktikkannya sangat mencabar.

untuk itu kita perlukan kesungguhan berperang dengan hawa nafsu dan godaan syaitan.
ini dimaksudkan dengan mujahadah.

bagaimana mahu kekalkan semangat terus bermujahadah? jawabnya yakinlah dengan janji Allah. [al Ankabut:69]- orang yang bersungguh sungguh di jalan Kami,nescaya akan Kami tunjukkan jalan-jalan kami-

-biar sikit dulu-

mujahadah tidak boleh dilakukan sekali sekala atau hanya bermusim.
ia mestilah berterusan dan berkekalan.
walaupun hanya sedikit,tetapi amalan itu berterusan,pasti akan memberikan kesan.
yakni kesan pada hati dan kesan pada tindakan.
inilah yang tersirat di sebalik pesan Rasulullah s.a.w ;
[riwayat Muslim]-sebaik-baik amalan ialah berterusan walau sedikit-

dalam perjalanan menuju Taqwa,diperlukan mujahadah yang sungguh-sungguh beserta istiqomah.


-haa,, kan dah bertambah-



-akhirnya jadi banyak..tahniah!-

* oops.bila dan bertambah kuantiti,jangan abaikan kualiti.
saya banyak terkena kali ini..

gambar di atas sekadar ilustrasi.
ini usaha adek amem,nak beli handset katanya.
ada je plan pelik-pelik dia.
dia sangat alert dengan syiling sekarang.
dah kumpul-kumpul dia pun pergi kedai raman ke.. untuk tukar cash money.
tengok rezekila,yang kali ini dia dapat RM60 satu malam.
cayalah dek...
bila diusik, paw jelah abang tu dek...
alah kalau boleh,takdela nak payah-payah camni....uhuks.
biar tahu erti dan nilai benda sekecil-kecil.
supaya benda besar tak diabai.

here.in Egypt.
terkejut.class memang speed.berkilometer nak mengejarnya..
tidak apa,zikri.. mujahadah dan istiqomahlah..

dalam pada itu,
berhati-hati.
jaga hati.
jangan patah hati.
biar jatuh hati.
pada Pemilik hati.
kau kan temui kedamaian hati.

wasalam.



Monday, March 14, 2011

sinergi

esok saya dijadualkan telah berada di Mesir kembali.
syukur Alhamdulillah untuk itu.
juga saya sedang menghabiskan jam-jam terakhir di bumi Malaysia.
syukur Alhamdulillah untuk itu juga.

kali ini a bit emotional..
yelah,hari ini saya didatangi kekasih lama.
setelah lama tak jumpa.
juga teman sekepala semasa zaman tingkatan dulu.

dah juzuk sebelas katanya.hebat.
banyak borak pasal realiti hidup remaja..dan spesifiknya mahasiswa mahasiswi.
macam-macam ada.
membuka topik,mendengar hujah,memahami isi.
bertukar-tukar interview pasal DQ dan Egypt.
yup.kagum dan berdoa...



Hanum,sahabat dunia akhirat.

Subhanallah.saya diberi kesempatan untuk menghabiskan hampir sehari suntuk dengan dia.
dan ini perbualan kami yang sangat terkesan di hati saya.
lebih lagi dengan wajahnya yang seakan merayu.
dan matanya yang juga bersinar,berharap.
usai solat berimam-makmum....

"zik,aku nak sangat kau baca buku Sinergi tu.entahlah,aku rasakan itulah apa yang aku nak sampaikan pada kau."

"hmm,baik hanum.demi kau,nanti ada kelapangan aku try baca."

sinergi.memang pernah nampak buku tu bertahun lepas.
tapi tak ada zouq lagi masa tu.
lepas ni,perhaps.tunggu bila ada waktu sesuai ye.

pada sesiapa yang pernah baca,boleh bagi intro sikit tak?
dapatkan bayangan.



-teman; cermin pada diri kita.
dia sentiasa ada.
menemani perjalanan.
hadapan atau belakang.
dulu atau sekarang.
kita melihatnya.
sebagaimana dia melihat kita.
kesetiaan;ia menjernihkan
mata hati.-

and now.saya perlu berhijrah.
roh dan jasad.
roh mencari zon iman.
jasad mencari medan perjuangan.
meninggalkan insan tersayang sementara ini.
bila pulang nanti,
mahu jadi muhajir yang ansar...
ameen.


-masa cemburu pada cinta kita,kalian.-

p/s-chekpoint III-istiqomah.saya sambung kemudian.insya Allah..

selamat malam,Malaysia ku.
sayonara.

sleep well.
eat well.
study well.










Friday, March 11, 2011

II & markisa

bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan.
Allah.

route map II menuju TAQWA

II-berAMAL dengan ilmu


ilmu yang tidak diamalkan umpama pokok yang tidak berbuah.
untuk bertaqwa tidak cukup sekadar mengetahui tetapi perlu merasai hakikat ilmu itu.
untuk merasai perlu mengamalkan apa yang kita tahu.

ilmu umpama pedang.masakan pedang itu berguna jika tidak dihanyunkan apabila berdepan dengan musuh.begitulah perumpamaan oleh Imam al Ghazali.

Allah mengingatkan kepentingan beramal menerusi firmanNya:
[at Tawbah:105]- dan beramallah nescaya Allah,rasulNya dan orang beriman akan menilai amalan kamu.

jadi jangan ghairah menuntut ilmu tetapi iringilah langkah susulan yakni mengamalkan ilmu.
belajar tentang solat misalnya,adalah untuk diamalkan.
praktikkan solat untuk mengingati Allah sepertimana tujuan solat itu diwajibkan.

*yup.iman juga dibuktikan dengan prasyarat; amal...

-=-=-=-=-=-=-=-=-

now for encik Abang.

abang,tak pernah tengok pohon markisa depan rumah kita berbuah an?
apatah lagi rasa jus asli markisa buatan sendiri. heehee.
nah..tengoklah..dah banyak dah.sampai tak terpetik..


-meet markisa fruit-

one more thing.
ada gambar spesel untuk abang.

tadaa...... Adek Yaya..


-the gedik+cute smile-

ada cerita di sebalik pic ni.
sebenarnya dah ada video dirakam khas untuk abang.
dengan nyanyian 'enjit enjit semut' pengaruh 'hantu kak limah balik rumah'.
tapi bila sampai part Hanis suruh dia sebut.........

H: okay adek ya,cakap "bye abang anep...."

Z: bye abang amem....

H:eh.abang ANEP laaa..cakap lagi sekali. adek ya kan comel..

Z:bye abang AMEM..(dengan slumbernya)

H:abang ANEP!

Z: ..............hmmm....adek ya tak boweh (boleh) laaaa..

H:(apa lagi,tergelak dibuatnya)


-arrrghhh...-

so.sorilah bang.tak dapek den nak nolong eh.
dah banyak kali practice tak menjadi juga.
agaknya tunggu abang depan mata kot baru dia boleh sebut.
haha.

salam dari kampung halaman...

p/s-saya akan flight pada 15hb mac tengah malam 16hb.. doakan selamat ye.





Wednesday, March 9, 2011

route map I

Bismillah.
saya lihat,saya tahu. saya baca,saya faham. saya salin balik,supaya ingat.

-route map menuju TAQWA-

I- MENUNTUT ILMU.

-salah satu sudut bacaan di rumah saya-


ilmu ialah langkah pertama dalam apa jua usaha untuk mencapai kebaikan.
inilah roh iqra' yang menjadi ayat pertama diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad.
melaluinya kita dapat kefahaman tentang apa itu taqwa,manfaat, penghalang, dan usaha mendapatkannya.

[riwayat Ahmad]-Rasulullah s.a.w bersabda,
sesiapa yang dikehendaki kebaikan baginya,akan diberikan kefahaman terhadap agama.

tanpa ilmu kita tidak akan mendapat cahaya untuk mencari dan melalui jalan taqwa.
sudah sewajarnya kita sentiasa akses ilmu melalui pelbagai sumber seperti melazimi majlis ilmu, menemui ulama,bersahabat dengan para daie,membaca al Quran, dan membaca buku agama.

ilmu paling utama menempuh jalan taqwa ialah ilmu al Quran dan hadis.
dengan ilmu kita tahu bahawa kita berada di tahap mana kini dan kita tahu apakah tahap yang sekurang-kurangnya perlu kita capai pada hujung perjalanan menuju taqwa ini.
jika masih jauh,kita mesti menambah kadar pecutan.

sumber: Solusi 27.
lagi empat checkpoint selepas ini..
jumpa lagi.

*siri peringatan buat diriku yang selalu lupa,dan buat-buat lupa.wassini..
Allah,berikanlah ana kekuatan.ameen..


Sunday, March 6, 2011

pilihaN

Untuk entri kali ini saya cuba untuk tulus tapi tidak sepenuhnya telus untuk menulis..

Suratan atau Kebetulan.

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Siapa nak dengar,bolehlah layan..

I-

First story.ni haa nak cerita tentang budak form four yang telah MENILAI PILIHAN dan MEMBUAT KEPUTUSAN.

encik adek saya nie....




“kak,kita nak pergi mana ni? Dulu dah tak jadi pergi Sungai Besar, nak pergi Taiping pulak ke?”

“adek,you are the driver.akak cuma boleh tolong tengok-tengokkan jalan jelah. Betul ke tidak,kiri ke kanan..cepat decide.tapi kan mem,ronda-ronda kat Tanjong Karang pon best jugak.”

“hmm.jomlah.”

*bukan dialog sebenar.kiasan semata.

Saya teringat masa duk sembang dengan Hamim. “adek yakin jawapan istikharah adek tepat.”

Alhamdulillah. Terima kasih dek.wakilkan abang dengan kakak.

II-

Next chapter.cerita lain mengisahkan sahabat rapat saya yang dah nak melangkah ke alam lagi satu...

ke fasa seterusnya.

Masa dia beritahu,saya jadi..speechless!

Sedih~gembira~alamak~mustahil~biar betul~percayalah~selamat ye~redha~

Arggh..blurr sekejap.

.........

(menikmati luah rasa,gelak tawa,keajaiban masa ,usik manja,ingat lupa,macam-macam ada)

Bila lagilah nak borak lama-lama macam tadi ye?

Dia dah MENILAI PILIHAN dan MEMBUAT KEPUTUSAN.

Berdasarkan firasat saya,calon orangnya memang tepat.ameen.

III-

Another chapter.different story.

Ini sahabat dekat saya yang juga mengalami proses MENILAI PILIHAN dan MEMBUAT KEPUTUSAN.

Mungkin sukar untuk dia menimbang pilihan.

Pada dia,ditinggal sayang,diambil terluka.

(saya tak boleh ulas banyak.confidential)

Apa-apa pun,saya menghormati keputusan dia.

Moga itu yang tepat dan terbaik demi sebuah masa depan...

Bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu

Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupmu

Yang telah terukir abadi Sebagai kenangan yang terindah.........

-+-+-+-+-+-

beginilah..hati yang bersih pasti akan membuat keputusan yang jernih.

jernih dari dosa dan unsur syubahat

jernih dari keraguan dan celaru

jernih dari apa yang boleh memudaratkan

tapi tidaklah sampai takut menghadapi risiko pula..

saya doakan diri saya dan insan-insan tersayang dikurniakan hati yang bersih dulu sebelum berjaya membuat pilihan yang jernih.

moga selamatlah semuanya dunia akhirat!

p/s: saya berkemungkinan pulang pada 13 Mac nanti.insya Allah :)