Pages

Wednesday, September 5, 2012

rabitah

umrah 2005.

masa itu saya duduk seorang selepas zohor di ruang solat masjidil haram.
baca Quran.berdoa.baca Quran.berdoa lagi.
seorang makcik Malaysia yang saya tak pernah kenal menyapa,
duduk di sebelah,menghulurkan senaskhah ma'thurat bersaiz buku nota kecil.

"Adik,amalkan doa rabitah kat belakang nih..
pada Allahumma innaka ta'lam anna hazihilqulub..adik berhenti kejap.
pejam mata,bayangkan muka-muka orang yang adik sayang satu-satu..
lepas tu teruskan bacaan.
bagus doa nih."


saya agak naif waktu tu..baru form one.
"Acik,boleh saya pinjam sekejap.nak tengok doa tu..baca jap."
saya amalkan seperti diajar.

"terima kasih,cik." senyum.makcik pun beredar pergi..

sambung mengalun al Quran..

"Adik,nah. ambik terus ma'thurat nih ye.."
makcik tu datang mendapatkan saya semula.
sedekah ikhlas darinya.

di mana makcik itu berada..saya doakan kesejahteraan untuknya dunia akhirat. ameen.

pernah masa di sekolah islami, kawan rapat saya tanya satu soalan jujur.
"Zikri, kau pernah ada masalah dengan kawan tak?" seingat saya,dia baru lepas menangis. salah faham katanya.

"hmm..biar aku pikir pikir balik..bukan nak tipu,,setahu aku takde la sampai tahap serius. kalau ada pun,mungkin orang tu yang bermasalah dengan aku..hehe. aku okay jer.."

jauh di sudut hati,,saya bersyukur. benar,,doa rabitah yang saya amalkan hampir tiap hari ada barakahnya. 

ada masa,tyme masak nasi..goreng lauk..buat air.. saya men'jampi serapahkan' hidangan dengan doa rabitah. fuuh..tiup kasik mujarab.


 



#ni la doa pengasih saya.. ^^ lagi-lagi kalau sedang berhadapan krisis komunikasi dan perasaan.





2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Sejauh manakah keteguhan (rabitah) jantung kita?
    Semasa kita berbai`ah kepada Allah SWT di alam Ruh, kita memohon utk turun ke mukabumi melalui rahim ibu secara berseorangan. Surah Al`Araaf:172 وَإِذْ أَخَذَ رَ‌بُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِ‌هِمْ ذُرِّ‌يَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَ‌بِّكُمْ ۖDan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?
    Begitulah perjanjian kita seterusnya bahawa kita tidak melupakan janji2 kita terhadap Allah SWT dengan alasan kealpaan. Surah Al`Araaf:172 قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
    Justeru dengan turunnya AlQuran sebagai meneguhkan jantung2 org beriman dari sifat lalai dan terlupa. Surah AlKahfi:13-14 إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَ‌بِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ﴿١٣﴾ sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
    وَرَ‌بَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَ‌بُّنَا رَ‌بُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَـٰهًا ۖ لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا ﴿١٤ Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya;
    Dalam keadaan sekarang dimana berlaku kesyirikan dari segi agama/sistem hidup, manusia telah jauh lari dari petunjuk Allah SWT. Disinilah turunnya AlQuran sebagai penawar segala masalah konflik hidup supaya tidak berlaku kesempitan hidup. Surah Yunus:57 يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّ‌بِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ‌ وَهُدًى وَرَ‌حْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
    Surah Toha:124 وَمَنْ أَعْرَ‌ضَ عَن ذِكْرِ‌ي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.
    Semoga AlQuran dihadapan kita dapat menjadi panduan hidup sehingga akhir hayat kita, InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran :)
      rabitah-selalu lupa konsep satu lg..bersatu kerana tauhid.
      moga Allah kuatkan hati2 kita~ ameen.

      sy teringat cerita seorang ustaz dulunya.
      tp skrg,boleh sy kata dah tergelincir akidah..habis kitab2 dibakar.
      Allahumma thabbit qulubuna..*ingin selalu berada di jalan diberi nikmat islam dan iman~

      Delete