Pages

Sunday, September 2, 2012

erk.

ada orang menulis..

kerana gembira.
kerana berduka lara.

dengan senyum selebar.
dengan air mata.

ada juga orang menulis..

kerana wang.
kerana nama melata.

dengan mertabat diri.
dengan keyakinan.

mungkin.
setidak-tidaknya,
mereka punya alasan untuk menulis.



# Tokoh Wartawan, Sdr Norden ...(apetah) kata,
pemilik tulisan yang agak besar dan bergulung-gulung biasanya keras kepala atau emosional.
erk!






2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Ukhti Hanis,
    Ada yang menulis kerana tanggung-jawab dan persaksian sesama manusia lebih2 lagi mrk yang berada dipersekitaran dan sezaman dengannya. Surah AlBaqarah:143 وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّ‌سُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا ۗDan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.
    Manusia sebenarnya tiada alasan untuk mencari helah bela-diri semasa didunia kerana mereka sebenarnya tahu tanggung-jawab mereka walaupun mrk bukan orang Islam. Begitu juga mrk yang mengakui sebagai Islam, mrk ada tugas yang perlu dipikulkan sebagai khalifah dimuka bumi dalam erti kata perlu mentadabbur AlQuran. Surah AlQiyammah:14-15 بَلِ الْإِنسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَ‌ةٌ Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
    ﴿١٤﴾ وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَ‌هُ Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
    Rentetan dari itu Rasulullah saw pernah diingatkan oleh Allah SWT supaya menlaksanakan seluruh isi kandungan AlQuran dan tidak meninggalkan walaupun satu ayat! Surah AlMaidah:67 ا أَيُّهَا الرَّ‌سُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّ‌بِّكَ ۖ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِ‌سَالَتَهُ ۚWahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya;
    Rentetan dari itulah maka para sahabat r.anhum telah melebarkan risalah Allah SWT kerana tanggung-jawab mereka terhadap Dinn Allah sehingga tiada timbul fitnah/kekufuran dimuka bumi ini. Surah AlBaqarah:193 وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّـهِ ۖDan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah.
    Apatah lagi sememangnya Allah SWT telah mewariskan muka bumi ini hanya untuk orang2 solih saja . Surah AlAnbiya`:105 وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ‌ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ‌ أَنَّ الْأَرْ‌ضَ يَرِ‌ثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".
    Dalam keadaan waqi`, keterbatasan org kampung macam saya ini hanyalah melalui penulisan dialam maya. Itupun kalau sudi yang mendengarkannya krn kita hidup sedikit sebanyak menjadi saksi dikalangan manusia sezaman kita. Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah~
      alfu syukran ukht.
      bawa fokus sy kembali
      kdg2 kita lost..di tgh2 antara pengkalan tempat bertolak dan pelabuhan tempat bersauh.

      ya,tanggungjawab. :)

      Delete