Pages

Friday, November 18, 2011

zikri situ sana sini


musafir itu manfaat
pada mereka yang melihat
warni warni tercatat
di hujung tinta penamat.

aku berdiri
tapi jiwaku berlari
mendakap mimpi.

bingkis cerita
buat aku tidak lupa
asal usul dunia
tentang aku dan kita.




bismillah.
kali ini saya bawakan serba sedikit banding beza iklim hidup antara tempat saya berada sekarang yakni Mesir dengan tempat yang saya lawati semasa raya haji lepas yakni Jordan.

1. mata wang
JD 1.00 (jordan dinar) bersamaan LE 8.4 (lira egypt). sangat jauh bezanya. tiba saja di Queen Alia International Airport Amman,kami warga asing dikenakan bayaran sebanyak 20 dinar. kira kira170 geneyh..wow. terkejut pada awalnya.. selain itu,naik teksi 5 minit sudah memakan 2 dinar.kalau di Mesir baru  2 geneyh..mungkin akak-akak lain shopping di Mecca Mall menelan belanja sebanyak 200 dinar..sedang saya membeli hanya sebentuk cincin bernilai 2 dinar..so kalau terdesak, boleh gadai tu..hah.

2. kesopanan dan kesusilaan
katanya,orang arab di Jordan ialah orang arab yang paling sopan.. ya.saya akui. ada satu situasi di mana abang meminta supaya amu teksi patah balik sebab salah saya lah..
"ya mu'allim (panggilan hormat) mumkin narja3? ila bawabul janubiyah?"
=pakcik,boleh patah balik..ke pintu selatan?
"na'am. mumkin. (tanpa merungut sepatah pun)..hena mesyi."
=ya,boleh..(dah sampai) okay turun sini.

kalau di Mesir,ada je yang akan marah kita..

"leh baah..enti mesh bittaul awwalan..lau kida,bizeed khomsa geneyh! akhier kalam."
=laa.kenapa pulak.awak tak bagitahu awal awal.so camni kena up lagi lima geneyh.tak boleh kurang.

 hmm,, geram.

satu lagi situasi di Urdun, saya,Faiz dan Helma beli makanan di kedai runcit. ke kaunter untuk bertanyakan harga.tapi masa tu pakcik penjual tidak berikan perhatian kepada kami.

"lau samah,ya 'am..da bikam?"
=nak tanya,pakcik,ni berapa harga?

selepas tidak dihiraukan,
"ya 'am! ya 'am!" (nada suara lebih tinggi)

pakcik tu pun pandang kami dengan serta merta..riak mukanya agak pelik. mesti dalam hati dia, "rilek laa..apehal nak panggil kuat kuat.."

lepas tu,agak malu di situ..yelah, kami pula terbawa-bawa perangai orang arab Mesir ke sana. ('_^)"

lagi satu situasi,kalau di Mesir kena berhati hati melintas jalan. jarak badan kita dengan border depan kereta cuma sehasta sahaja. memang hactic.kalau di Jordan,orang perempuan boleh lintas jalan sambil pejam mata kot..kerana muhtarameen (dihormati). Jarak kenderaan dengan kita ialah macam boleh muat lagi enam orang berderet..jauh kan nak dibanding. dan kenderaan di belakang tenang saja menunggu kami melintas tanpa satu pekikan hon pun kedengaran.. beza sungguh.  

3. kebersihan
tak perlu kata banyak.of course Mesir lagi tak menjaga kebersihan. nak nampak bersih pun di tempat kedutaan atau premis penting kerajaan saja. sekurang kurangnya di Jordan,berjalan di sekeliling kedai atau bawah rumah tiadalah sampah sarap yang terlalu menyakitkan mata. 

4. di Irbid,Jordan ada Hanif Zikri. di Cairo,Egypt ada Hanis Zikri. 
sudahlah. ;)
dan mungkin bila nanti..kita kan bertemu lagi..



5 comments:

  1. puisi tu sangat fergh.

    moga selain sesal,
    tiada rasa yang ditinggal mati.

    =)

    bila nak sambut abang ke mesir?ha..

    ReplyDelete
  2. puisi spontan lg..hihi. seminit sblm publish post.

    alah.dy yg nk jln merata dunia winter nih..
    abg dtg mesir,tiap ujung minggu pon boleh an.. ;)

    ReplyDelete
  3. cutenyer...wah adik beradik nih..tapi,,ade ustaz kite ckp yg org Syria yg lemah lembut..kalau gaduh pon macam bergurau..Wallahua'alambissawab..

    ReplyDelete
  4. timme- thanx bwk jln..gambar JUST menyusul kemudian..hihi

    farashe-khabarny begitu..bhs arab mrk lg mudah difahami..ade rezeki,moga sampai.

    ReplyDelete