Sunday, November 20, 2011

dalam dakapan abah

dalam dakapan Abah
anak ini terasa kecil
merengek sambil manja
merajuk berganti tawa
ditimang halus dibelai tulus.
"moga dikau nak,puteri solehah"

dalam dakapan Abah
anak ini teristimewa
sekuntum bunga di taman keluarga
kasih nyawa semaian seri.
"inilah anak perempuan Abah seorang"

dalam dakapan Abah
anak ini penggalas tabah
tenang sabarnya menitip pesan
agar teguh jiwaku bergadai cabaran.
"kini,tidak semua dapat kita berkongsi rasa"

dalam dakapan Abah
anak ini kenal bahagia
punya insan tinggi harapan
setia di sisi andai kecundang
senyuman Abah penawar kelam.
"ada hikmah,di balik semua itu"

dalam dakapan Abah
anak ini memendam sayu
tenggelam desah nafas
saat Abah ikhlas bicara.
"kakak,maafkan Abah"

Abah,
sedang khilafku pasiran alam
sedang baktiku masih kejauhan
sedang segalanya untukku
terindah darimu.

maka
moga dalam dakapan Abah,
hingga ke syurga.

SELAMAT HARI LAHIR,ABAH!
20.11.2011



6 comments:

  1. alhamdulillah.

    semoga rasa dari akar mengalir jernih ke pucuk.
    selamat hari jadi abah.

    (sebak terharu abang baca ini)

    ReplyDelete
  2. ohsem gila.


    terasa sayu sampai sini.

    ReplyDelete
  3. my favourite,
    river flows in you..=)
    -yiruma

    ReplyDelete
  4. abang-
    yg dari hati akn ke hati juga kan...

    pa a-
    jauhny kesayuan tu pergi..hihi.
    biasa saje.

    k khaliesah-
    kite kan selalu same...erk..
    akhirny muncul jugak kan..
    haha.

    ReplyDelete
  5. terharu baca puisi hanis..
    menyentuh jiwa....
    terigt ayah diMAlaysia...

    ReplyDelete