hari-hari mesti dengar mereka nyanyi.
saya pun tak mahu hanya mendengar..
wahai seorang kekasih
telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan
menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira
syafaatmu menanti di sana
sungguh tabahnya hatimu
menanggung derita yang melanda
biarpun perit pedih tersiksa
kerana umat kau tempuhi jua
wahai Rasul,
kaulah segalanya
contoh terbaik umat akhir zaman
akhlakmu tinggi kan kami jejaki
sifatmu sempurna pelengkap peribadi
wahai Rasul,
kami merindui
sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyumanmu penawar hiba
di hati kami kaulah segalanya
wahai seorang kekasih
telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan
menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira
di akhirat kita kan bersua..
indahnya jika bisa mengucapkan..
Ramadhan kareem,ya Rasulullah.
fasa pertama Ramadhan bakal berakhir..
masih mengejar
menggapai rahmat Ilahi..
(^_^)
وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ -٤-
ReplyDeletecontoh teladan yang paling agung.sebaik-baik contoh ikutan.marilah sama2 kita mncontohi Nabi Muhammad S.A.W.kte hayati sunnahnya....
ummu,salam perantau! hehe
ReplyDeleteaywah..rindu saja tentu tidak cukup. terima kasih.