mari sambung routemap V. sesiapa yang ingin recall,bolehlah ke chekpoint sebelum ini (entri yang disertai tulisan angka Roman)
V-Bertaubat dan melakukan Kebaikan.
kita adalah hamba Allah yang sentiasa berdosa. maka hendaklah dikekalkan selalu rasa berdosa itu dalam hati.
rasa berdosa ini akan mendorong kita untuk terus menerus bertaubat. dan dengan bertaubat,Allah akan mengampunkan dosa kita,maka mudahlah kita mencapai taqwa.
riwayat At Tirmizi, Ahmad dan Ad Darimi; sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, dan susulilah keburukan dengan kebaikan,nescaya kebaikan akan menghapuskan keburukan itu. dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik.
carilah Taqwa dengan meniru cara hidup orang yang bertaqwa yang dipenuhi dengan melakukan amalan kebaikan seperti bersedekah,memberi kata nasihat,menziarahi orang sakit, mendoakan sahabat,menyebarkan salam,dan sentiasa tersenyum kepada sesama muslim.
jangan memandang remeh perbuatan yang baik walaupun sekadar membuang duri di jalan atau memberi sedekah dengan separuh buah kurma. kebaikan yang nampaknya sedikit jangan sesekali diabaikan...
####################
p/s- hmm.secara rasminya, status trip saya ke Jordan summer break ini: terpaksa dibatalkan.
atas faktor desakan masa.maka,maaf kepada mereka yang berkaitan.
saya akan cuba compensate juga satu hari nanti..biiznillah.
kita merancang,namun pada Allah sebaik-baik perancangan.
one more thing,sila cas semula handset anda jika didapati kehabisan tenaga bateri..kerana satu panggilan boleh menyelamatkan emosi insan sekeliling anda...dan anda sendiri.of course..
(abang dan muizzah,sorry for today.jangan marah daa....) -_^
di atas ialah antara perkara yang saya rindu amat.
baiklah,ada cerita hari ini..
ok.habis kelas Biochem..biasalah.ada gap masa,kitorang pun duk berborak kejap.
kira satu kelompok tu,hanya saya, Dina dan Aisyah saja student Melayu.yang lain, of course lah kawan-kawan Arab saya yang sangat sporting.
"hey,do you want to know the exam schedule?"-tanya Lamees dengan semangatnya.
"sure."-saya.sambil menghulurkan buku nota kepada Lamees.
flashback.
"come on,we gonna be friends for another six years".wajahnya yang sentiasa tersenyum.itulah ayat pertama Lamees tika kami berkenalan dulu.ingat lagi,dalam makmal Anatomy,dialah yang membawa saya dari satu mayat ke mayat untuk mengajar tiap inci organ thorax.kalau saya tak berapa faham,dia akan sabar mengulang.dia memang sangat suka membantu.yelah,saya kan warga asing di bumi Mesir.
now.back to lecture hall.
di hujung tulisannya,dia menyebut tiap patah perkataan perlahan-lahan sampai bucu muka surat.
-nampak hanya sekeping kertas-
tulisan orang-orang Arab memang semuanya hampir serupa. ada style dan lekukan huruf tersendiri.
beginilah.gambar bawah ni lebih jelas.
-cintaku bukan di atas kertas-
"and the last exam is English Exam in 9.7.2011. and..then..go..home..to..Malisia.. and..
berdoalah supaya kita dibantu oleh Allah dalam jalan yang sukar ini.
inilah tradisi para rasul,nabi-nabi dan para sahabat Rasulullah s.a.w.
mereka sentiasa berdoa agar dipermudahkan untuk melalui jalan taqwa.
mereka misalnya,sentiasa meminta bantuan untuk bersyukur dan memperbaiki amalan kepada Allah.
Allah mengajar kita berdoa agar mendapat zuriat bertaqwa.firmanNya
(al Furqan;74)
And those who say, "Our Lord, grant us from among our wives and offspring comfort to our eyes and make us an example for the righteous."
jadi,sekalian..berdoalah kerana doa itu senjata orang mukmin.
yup.orang mukmin.
************************
satu petang,kakak tutor saya singgah rumah,saja nak ziarah dan bincang untuk tetapkan date next class. saya pun kenalkan beliau dengan ahli beyt yang lain.
"korang,ni la kak diana tahun empat,kakak tutor kitorang bertiga."-saya-
"ooh yang ni. akak ada buat kelas dengan zik ke hari ni?"-mereka-
so kami berdua pun dok sembang-sembang berdua. satu-satu,dari rumah kak diana yang baru, ke hal study,coklat kacang,sampailah...
"okaylah zikri,sekarang akak nak cerita sikit. kalau Islam nak berjaya kena ada tiga perkara. cuba lihat zaman kerajaan Nabi Sulaiman dulu. macam mana baginda dapat mengawal seluruh pentadbiran.dengan alam manusia,alam jin,alam haiwan lagi tu..hebat kan. so antara sebabnya mestilah ada wilayah atau kuasa.akak dah bagitahu satu.cuba zikri teka apa lagi dua?"
wah..soalan kuiz yang menarik...
"erm..ilmu.?"
"ok.betul.lagi satu?"
"iman."
"haa..ilmu dan iman.betul lah tu.cuba tengok pemimpin sekarang.mungkin mereka berilmu tapi ye ke benar beriman.tak payahla.tengok diri kita sendiri. memang ye kita belajar,tapi untuk apa. kalau ada yang tak kena,cuba check ada slack kat mana-mana tak.mungkin iman kita ada masalah."
akal hati saya bersetuju..
"imam (saya lupa siapa.maaf) pernah berkata, 'Kecemerlangan itu pada Ketaatan kepada Allah.'
zaman Nabi hijrah dulu,semua sahabat Ansar berebut nak hadiahkan Nabi harta,isteri,rumah.. tapi Rumaisak iaitu ibu kepada Anas bin Malik hadiahkan anak beliau sendiri supaya dapat mendampingi Rasulullah.sebab apa,sebab Rumaisak nakkan penghayatan ilmu, supaya Anas dapat sesi tarbiyah direct daripada Rasulullah.lihat hasilnya,Anas bin Malik jadi perawi yang cukup masyhur.dia berilmu dan lengkap beriman.. kita pun mesti nak jadi macam tu kan..? study hebat dan akhlak terjaga."
terasa diri ini....
"hmm..dah faham.terima kasih,akak.." (^ _ ^)
di pintu.menghantar pulang tetamu yang hadir membawa pesan. bersyukurlah ada tersedia untuk kita buat bekalan.persiapan masa hadapan.
p/s-dialog telah dikemas kini dan dipadatkan..
orang pesan,trust yourself!
cuba belajar daripada pengalaman untuk cari pengalaman.
cuba cari pengalaman untuk belajar daripada pengalaman.
sepanjang setengah bulan meneruskan kehidupan di sini..
macam-macam terjadi pada diri saya dan manusia sekeliling.
sambil selesaikan satu perkara,perkara lain datang
tanpa disangka yang pasti.
lainlah saya ni yang tengah menaip, sambil dengar juzuk 'amma,
sambil jeling buku CVS kat sebelah,sambil borak dengan tetamu-tetamu rumah.
sambil makan keropok.sambil tonton berita CNN di kaca tv.
banyaknya sambil kan.
kononnya konsep menggandakan diri dalam satu masa.
ada dalam ruangan majalah solusi edisi lalu.
masih kena manipulasi minda dan masa...
hidup tak selalunya indah,langit tak selalu cerah.
siang disusuli malam,dan malam diiringi siang..
-hadiqoh Azhar.tenang banget sih...-
nak cerita peristiwa satu-satu pun tidak menyempat.
try to make it short and simple.
1. kelas dah banyak tertinggal akibat kelewatan pulang ke sini.
2. perbelanjaan duit yang melatih kawalan diri sendiri.
3. demonstrasi kembali di Tahrir minta rombakan kabinet.
4. perubahan cuaca,suhu dan aturan masa tempatan.
5. adakala rasa rindu pada tanah air.
6. merasai tempias gegaran gempa bumi di Greece.
kawan ada cakap,'ketidakfahaman itu meletihkan'
letih untuk mencari titik kesedaran,turning point.
apa-apa pun........
chill lah.
'between yesterday's regret and tomorrow's dream is today's opportunity'
Alhamdulillah.banyak lagi wonderful moments yang mesti saya syukuri..
1. mendapat ala-ala private class dengan lecturer.
2. makanan sedap dan jamuan memenuhi selera.
3. birthday party kawan Palestin di Nil Night Cruise.
4. didatangi tetamu a.k.a rahmat dari jauh dan dekat.
5. kisah sepasang adik-beradik sahabat yang telah berbaik semula.
6. bunga-bunga di taman yang mula menunjukkan musimnya.
ini kiriman ayat-ayat cinta pengubat hati hamba...
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya disisi Tuhannya, dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Nay,- whoever submits His whole self to Allah and is a doer of good,- He will get his reward with his Lord on such shall be no fear, nor shall they grieve.
p/s-ada exam mendatang. mohon doanya supaya sentiasa dimudahkan kefahaman.