Pages

Sunday, August 26, 2012

maaf ye..

kerana mulut, rahmat jadi tersisa.
dari mata, yang buruk turun ke hati.
mungkin tangan, lebih banyak meminta.

walau mulut tidak menutur,,
mata tidak bertemu,,
tangan tidak bertaut,,

maafkanlah.
salah silap tukang tulis sepanjang anda berlegar-legar di ruang blog ini yang
agak bersawang dan seperti tak bertuan.. hiks

kullu sanah wa entum bikheer~
sebagai Muslim,saya sayang pada semua.


#cerita umrah insyaAllah menyusul..

2 comments:

  1. Assalamaualaikum wbt
    Tanah mana yang tidak ditimpa hujan? Manusia ini mahu atau tidak, tidak dapat lari dari dosa2 kecil walaubagaimana baik sekalipun dia! Dalil Nas inilah menunjukkkan kita sentiasa perlu muhasaabah dan mengislahkan diri dari masa kesemasa. Asalkan kita tidak melakukan dosa2 besar terutama 7 dosa yang membinasakan mengikut sepotong hadis nabi, InsyaAllah Yang Maha Berkuasa tetap mengampunkan kita. Surah Annajm:32 لَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ‌ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ ۚ Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan).
    Manusia ini sentiasa terdedah dgn dosa2 dan sememangnya bersifat lemah ketika dilahirkan. Suran AnNisa:28 يُرِ‌يدُ اللَّـهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُمْ ۚ وَخُلِقَ الْإِنسَانُ ضَعِيفًا Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. Manusia juga tidak boleh memencilkan diri dari dunia luar malah kita perlu membuat muamalah hubungan sesama manusia supaya tidak ditimpa kehinaan dimana2 jua kita pergi. Dalam ertikata `dakwah` perlu diteruskan tiap ketka dan masa. Surah AliImran:112 ضُرِ‌بَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّـهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia.
    Andaikata saya pernah tersilap tutur-bicara, mohon maaf dipinta. Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ukhti nur..Allah~ lamanya x dtg sini.
      ingatkan hanis yg ade tersalah kata..smpi merajuk..hihi
      eid mubarak..kullu 'am wa enti bikhair
      maaf batin dan zahir..

      syukran. as oweyz =)

      Delete