Tuesday, August 7, 2012

takde tapi tapi


bukanlah kalah bererti mengalah
tapi usah mengalah sebelum kalah.

dididik acuannya sempurna
tapi terdidik belum pasti sempurna.

kau menunggu takdir sampai
tapi sampai takdir,kau menunggu.

sikap berilmu jadikan nakhoda
tapi nakhoda tidak bersikap ilmu.

lambung impian hingga mimpi
tapi mimpi melambung lebih tinggi.

siapa tahu rasa rahsia hati
tapi hati tahu siapa yang rasa.

tepati janji tanda berbalas budi
tapi janji berbalas budi dikhianati. 

aku melukis bukan sahaja
tapi bersahaja telah melukis aku.



#oh..setelah lama saya tak menconteng,,inikah hasilnya??
layanzz~



4 comments:

  1. selalu, contengan lebih bermakna dari membina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp membina lagi susah kan.. :)
      *haih..takde tapi2

      Delete