tarikh 24 Jun 2012..
menjadi tanggal keramat bagi sekalian rakyat Mesir dan warga dunia yang terlalu dahagakan perubahan demokrasi sebuah kerajaan yang selama ini diperintah oleh rejim tirani penuh korupsi.
"Ajaib sungguh penjara Mesir, masuk ke dalamnya Nabi Yusuf alaihissalam,dan setelah keluar menjadi Raja Mesir..
masuk ke dalamnya juga Dr.Muhammad Mursi, dan setelah keluar diangkat menjadi Presiden Mesir" -Ismail Haniyeh,Perdana Menteri Palestin.
saya tertarik dengan kartun ni,,,sebab sekilas,buat saya teringat kepada karya pelukis bernama Zunar...yang sering mencuit hati,menyimpul senyuman dan mengundang tawa pembaca setia akhbar Harakah. =]
Pastinya,,setiap inci perkembangan pimpinan 'buku baru' Mesir menjadi topik hangat dan pemerhatian sejagat..masyarakat kini meneliti sekecil-kecil dan sebesar-besar usaha beliau dalam mendepani tribulasi dan asakan pelbagai pihak.
bersama doakan permata Islam kan terus bersinar..
untuk lebih tahu biografi beliau,,klik (sini)
maka benar;
Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (ali 'Imran:26)
#hai Malaysiaku, apa khabar hendaknya??
#tahya misr = long live Egypt.
No comments:
Post a Comment