(warning: entri sedikit panjang)
280512.
hari yang biasa,,revise subjek physiology seadanya..dan teringat besok,umur bakal 20.
haih,,hilang belas-belas kat depan..oh tidaakk..how time flies...
so,,takkanlah nak sambut umur dua dekad kali ni macam tahun tahun lain juga.
saya pun cadangkan kat ahli beyt supaya sama-sama baca yasin malam tu.
lebih pada mohon kemudahan menjelang musim exam nanti.
jam menunjukkan 11.15 malam..mata dah layu dan kuyu dan lelap.
tetiba..jeng jeng jeng.
awat gelap dan panas nih?..(lampu tutup dan kipas mati)
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!!
Nana datang bawa kek masuk bilik
waah,,terkejut sesangat!!!! dah menjerit separuh tenaga..
"korang!!!watpe ni!!hahaha"
begitulah...rupanya sepanjang Zikri pi library siang tadi..diorang keluar cari kek dan order pizza..
halawiyat IBN ADAM |
"kena pilih kek yang symbolize zik..tetap pendirian,simple.."-faiz
"suke tak??kalau zik happy,,kitorang pon happy..."-nana
"kak zik,,selamat hari tua..."-zati
"zik,,apa hajat hajat istimewa kau umur baru ni"-tikah
*REM sleep: Rapid Eye Movement atau fasa gerak mata cepat merangkumi 25% kitaran tidur kita.
pada masa ini,tubuh berada dalam keadaan rileks untuk pemulihan tenaga dalam tubuh.
mimpi lebih mudah diingat...nak katanya,,susah bangun tidur kalau orang kejut. =p
hmm,,merekalah buah hati pengarang jantung saya kat bumi Mesir nih..cewwwaaah.
my smile inducers,,my silent readers,,my perfect stalkers,,my food suppliers... =)
barakallahu lakum.
290512.
spring summer |
memang sepanjang study leave ni,,saya memilih untuk duk universiti.
bukan apa,,di rumah-belajar..penat..makan..ngantuk..tidur..bangun..online..belajar..
the cycle goes on.
the cycle goes on.
kat uni kami,,ada dua perpustakaan pilihan..saya gelarkan library 'gua' dan 'pasar'.
gua-senyap sangat..kreekkk..buka pintu je semua orang pandang..kapasiti kecil = saya bosan.
pasar-bising amat..diskusi an..sejuk aircond..saiz besar dan selesa = saya ngantuk.
haih..dua dua tak kena..lastly,saya pilih ke muzium anatomi tingkat tiga sana..
luas,,lapang,,tak ramai orang(saya seorang je melayu),,dengar kereta lalu lalang kat tingkat bawah..sayup sayup kipas angin,,just nice.
"eh, yang ada balang balang bayi,,organ organ semua tuh ek.."-orang tanya.
yup.mungkin saya terlalu immune dengan citer CSI,,fear factor,,final destination,,thriller n horror movies.
day at the museum |
sambil sambil study,,saya lihat sekeliling..andai spesimen-spesimen tu boleh berkata kata..
pasti saja menceritakan perihal pemilik tubuh semasa hayatnya..
tentang mata,,apa yang dilihat.
kaki dan tangan,,apa yang diperbuat.
tentang otak,,apa yang difikirkan.
uterus dan stomach,,apa yang dikandungkan.
tentang mulut,,apa yang diucapkan.
itulah saksi saksi agung di hari kiamat nanti.
Allah,,,betapa tidak komitmennya kita memelihara suci jasad dan rohani,,
kita akan mati..pasti mati..sebagaimana orang orang terdahulu dari kita.
namun..bekalan kita??
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
-al An'am:32-
teman dan senjata |
aku yang melihat alam meliputi
wujud menyertai..
lalu ku pindahkan alam
ke dalam mata hati.
mencari ketenangan..
menjiwai peranan..
menepati pesanan..
janji juga saranan.
Alhamdulillah atas kurnian rezeki..
moga tidak terleka dalam perjalanan ini.
-too phat.
summer spring. |
#terima kasih..menjadikan saya,,saya.
doakan ye,,yang terbaik terbaik aja..
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteYes, how time flies..
How time and tide wait for no man!
Secara logiknya, apakah yang dikatakan umur sebenarnya? Adakah ia hanya sekadar angka dan aksara semata2? Kenapa Allah SWT kurniakan umur yang berbeza2?
Umur ini hanyalah suatu tempohmasa yang Allah SWT berikan pada kita dgn berbekalkan tempat tinggal dan bekalan keperluan sehingga ajal kita! Surah Albaqarah:36 وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
Dlm t/masa tersebut, kita disuruh utk hidup dlm petunjuk Allah SWT (AlQuran) krn petunjuk telah pun sampaiu pada setiap orang.Surah AlBaqarah:38 فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu.
Cuba kita fikirkan, untuk apalah Allah SWT menurunkan AlQuran dan kenapalah sampai 30 Juzuk.? Adakah kita punya pilihan dan boleh ke serahkanlah pada ulama` dan org bangsa Arab saja!AlQuran adalah petunujk pada setiap manusia. Surah AlAn`aam:104 قَدْ جَاءَكُم بَصَائِرُ مِن رَّبِّكُمْ ۖ فَمَنْ أَبْصَرَ فَلِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ عَمِيَ فَعَلَيْهَا ۚ"Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri.
Surah AlJatsiyah:20 هَـٰذَا بَصَائِرُ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).
Kalau manusia memberi pelbagai alasan adakah Allah SWT hendak menerimanya? Surah AlQiyamah:14-15 بَلِ الْإِنسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَةٌBahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, ﴿١٤﴾ وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُ Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
Back to the story! Berapa ramai mrk yg telah mati meminta supya dapat kembali ke dunia dan memperbetulkan apa2 yang salah dan terkurang. Malah Allah SWT menempelak bhwau mur ni, kalau ditambah atau dikurangkan pun tetap sama pendirian seseorang. Surah AlAn`aam:27-28. Oleh itu, umur yang ada diberi oleh Allah SWT, pergunakanlah dgn seelok2nya mengikut kehendak Allah SWT. Wallahualam.
alaikissalam..
Deletesegalanya dah tercatat...
kite selaku pelakunya..hanya menurut aturan,dan patuh.
sampai di hujung lembaran cerita..noktah penamat..kitab amal itu saksinya..baik kah,,buruk kah,,
Allahu Allah...begitu sekali penyesalan org yg menyesali..
moga saja kita berada di golongan kanan..
84-6: Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras, sekuat-kuat kerja, menuju Rab (Tuhan)mu, maka kamu akan menemui-Nya (menemui Allah).
84-7: Maka adapun orang yang diberi catatannya dari sebelah kanannya.
84-8: Maka akan dihisabkan dengan hisab yang mudah.
84-9: Dan dia akan kembali kepada keluarganya dengan sukacita.
84-10: Dan adapun orang yang diberi catatannya dari belakang punggungnya.
84-11: Maka dia akan berteriak menyebut kecelakaan (dirinya).
84-12: Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala.
84-13: Sesungguhnya dia dahulunya bersuka ria dengan keluarganya.
84-14: Sesungguhnya dia menyangka dia tidak akan kembali (kepada Rabnya).
84-15: Bukan begitu, sesungguhnya Rab (Tuhan)nya sentiasa melihatnya.
syukran,,,
ehem,,nak tahu bestday akak jugak,,, ;)
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteAllahuAkbar! Malu rasanya nak bagitau umur akak. Sepatutnya Hanis panggil akak ni `makcik` krn ramai anakbuah akak sebaya dgn Hanis. Pada 21/10 ni genaplah umur akak 36 tahun. Setiap kali dtgnya ulangtahun kelahiran, setiap kali itulah akak menitiskan airmata krn masa berlalu itu, semuanya direkodkan dan akan dibentangkan. Benarlah seperti kata Maryam a.s. dlm Surah Maryam:23 قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَـٰذَا وَكُنتُ نَسْيًا مَّنسِيًّا ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
syukran...
Semoga Hanis lalui peperiksaan dgn tenag dan tabah! Wallahualam