(warning: entri sedikit panjang)
280512.
hari yang biasa,,revise subjek physiology seadanya..dan teringat besok,umur bakal 20.
haih,,hilang belas-belas kat depan..oh tidaakk..how time flies...
so,,takkanlah nak sambut umur dua dekad kali ni macam tahun tahun lain juga.
saya pun cadangkan kat ahli beyt supaya sama-sama baca yasin malam tu.
lebih pada mohon kemudahan menjelang musim exam nanti.
jam menunjukkan 11.15 malam..mata dah layu dan kuyu dan lelap.
tetiba..jeng jeng jeng.
awat gelap dan panas nih?..(lampu tutup dan kipas mati)
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!!
Nana datang bawa kek masuk bilik
waah,,terkejut sesangat!!!! dah menjerit separuh tenaga..
"korang!!!watpe ni!!hahaha"
begitulah...rupanya sepanjang Zikri pi library siang tadi..diorang keluar cari kek dan order pizza..
|
halawiyat IBN ADAM |
"kena pilih kek yang symbolize zik..tetap pendirian,simple.."-faiz
"suke tak??kalau zik happy,,kitorang pon happy..."-nana
"kak zik,,selamat hari tua..."-zati
"zik,,apa hajat hajat istimewa kau umur baru ni"-tikah
*REM sleep: Rapid Eye Movement atau fasa gerak mata cepat merangkumi 25% kitaran tidur kita.
pada masa ini,tubuh berada dalam keadaan rileks untuk pemulihan tenaga dalam tubuh.
mimpi lebih mudah diingat...nak katanya,,susah bangun tidur kalau orang kejut. =p
hmm,,merekalah buah hati pengarang jantung saya kat bumi Mesir nih..cewwwaaah.
my smile inducers,,my silent readers,,my perfect stalkers,,my food suppliers... =)
barakallahu lakum.
290512.
|
spring summer |
memang sepanjang study leave ni,,saya memilih untuk duk universiti.
bukan apa,,di rumah-belajar..penat..makan..ngantuk..tidur..bangun..online..belajar..
the cycle goes on.
kat uni kami,,ada dua perpustakaan pilihan..saya gelarkan library 'gua' dan 'pasar'.
gua-senyap sangat..kreekkk..buka pintu je semua orang pandang..kapasiti kecil = saya bosan.
pasar-bising amat..diskusi an..sejuk aircond..saiz besar dan selesa = saya ngantuk.
haih..dua dua tak kena..lastly,saya pilih ke muzium anatomi tingkat tiga sana..
luas,,lapang,,tak ramai orang(saya seorang je melayu),,dengar kereta lalu lalang kat tingkat bawah..sayup sayup kipas angin,,just nice.
"eh, yang ada balang balang bayi,,organ organ semua tuh ek.."-orang tanya.
yup.mungkin saya terlalu immune dengan citer CSI,,fear factor,,final destination,,thriller n horror movies.
|
day at the museum |
sambil sambil study,,saya lihat sekeliling..andai spesimen-spesimen tu boleh berkata kata..
pasti saja menceritakan perihal pemilik tubuh semasa hayatnya..
tentang mata,,apa yang dilihat.
kaki dan tangan,,apa yang diperbuat.
tentang otak,,apa yang difikirkan.
uterus dan stomach,,apa yang dikandungkan.
tentang mulut,,apa yang diucapkan.
itulah saksi saksi agung di hari kiamat nanti.
Allah,,,betapa tidak komitmennya kita memelihara suci jasad dan rohani,,
kita akan mati..pasti mati..sebagaimana orang orang terdahulu dari kita.
namun..bekalan kita??
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
-al An'am:32-
|
teman dan senjata |
aku yang melihat alam meliputi
wujud menyertai..
lalu ku pindahkan alam
ke dalam mata hati.
mencari ketenangan..
menjiwai peranan..
menepati pesanan..
janji juga saranan.
Alhamdulillah atas kurnian rezeki..
moga tidak terleka dalam perjalanan ini.
-too phat.
|
summer spring. |
#terima kasih..menjadikan saya,,saya.
doakan ye,,yang terbaik terbaik aja..