Pages

Saturday, December 31, 2011

tak terluah.

bismillah.

(entri mungkin sedikit panjang)

malam terakhir berada di 2011. Allah ,,cepatnya masa meninggalkan kita. menjawab teka teki Imam as Syafi'ie "apakah perkara yang paling jauh daripada kita?" ialah masa lalu. walau sedetik lepas dari sekarang,itu sudahpun berlalu.

saya juga ingin mengenang dan dikenang..usia blog analisiszikri.blogspot.com hampir dua tahun kiranya. apa je yang saya dah tulis-bebel-rapik-hentam-ngadu di sini..yep.di sini. yang jadi tatapan kalian pembaca. adakah senyum di akhir huruf..ataupan kerutan di dahi..atau sambil istighfar memohon keampunan diri dan penulis blog ni sekali..

simbiosis by ella-aku tak pandai mengarang puisi, tidak ku pandai bermadah berseni, satu kalimat yang ku seikhlas tahu,hanyalah ku cinta padamu..(ape kaitan?)
bila blogwalking..melihat orang lain.seyesly,rasa inferior..kerana mereka benar benar  menulis dari hati..maka sampainya pun ke hati. saya pula..selalu beragak agak..kadang sudah ada idea di kepala..menanyakan perlu atau tidak..layak atau tidak..lama lama ia ditelan masa..tu yang jadi..tak fresh.cerita dua minggu lepas..baru rasa nak update.. teringin je bercerita penuh dan padat..kang ada pula yang jauh hati..maklumlah sensitif.. boleh jadi saya sendiri berkecil hati dengan tulisan saya sendiri..terguris.

kenapa ya..saya rasa begini..sejak dulu,saya meluahkan isi hati dalam diari..yup.dari bangku sekolah lagi..berbasikal ke pustaka Chiew (kedai buku dan alat tulis)..cari diari kanak kanak yang taklah childish sangat,tak matured sangat..rate harga mestilah tidak melebihi 5 ringgit..yela,kumpul duit belanja..dan dah jadi sebati.apa apa yang tak puas hati,jiwa memberontak,nak nangis raung raung,saya buka diari bawah bantal dan menulis. ikut mood.jika baik,tulisan saya tersusun rapi,kalau teruk,buruklah jadinya..hingga kini, kumpul kumpul dah ada 7 buah kesemuanya (menyamai mutiara dragon ball!)


my 7th~
di ruangan diari,saya bebas..yang tahu cuma saya dan Allah.saya yakin.yang koleksi diari saya pada satu hari nanti akan dibaca oleh orang lain..yakni bila saya sudah tiada di muka bumi lagi..saat itu,saya izinkan insan insan tersayang membacanya buat tatapan dan pengubat rindu..atas kebiasaan mempunyai diari,saya jadi orang yang pandai pendam.sama erti dengan tidak pandai meluahkan isi hati pada kawan..bukanlah tak luah langsung,cuma sudah mengalami penapisan..apa yang sampai tinggal mungkin 45% atau kurang..tu yang mereka bajet zikri zero masalah..boleh kawal perasaan..emosi stabil..etc. tu pandangan yang saya tinggalkan..sedang hati..berubahnya bukan mereka tahu.

nampak je saya keras di luar..tapi lembut di dalam.
nampak je saya senyum di luar..tapi cebik di dalam.
nampak je saya matang di luar..tapi dungu di dalam.
nampak je saya diam di luar..tapi bising di dalam.
macam macam kerenah diri.

sebenarnya sukar untuk jujur pada diri sendiri.tapi tak mahu kalah dalam perlumbaan membina identiti..sistem muhasabah dan istiqamah tetap ada naik turun..ingin bercinta dengan perubahan demi kebaikan..ada tika cinta itu berkurang..sayup sayup di ambang matlamat..dibiarkan bobos bertabrakan.yang mana akhirnya..di atas bentangan sejadah, segalanya diluahkan..semahu mahunya..sedalam dalamnya..sejujur jujurnya.

dalam situisi saya yang kurang meluah..ada yang hadir mempercaya..bila sentuh bab cinta cintan cintun,saya dicari.sedang saya tidak pakar..cukuplah sekadar jadi pendengar..doa lebih utama saya dahulukan.semoga sebarang pilihan dan penolakan datangnya ilham dari Tuhan..selepas itu,saya biarkan masing masing melalui simpang.tatkala mereka dihubungi kembali, empati menguasai diri..ibarat menonton tv;gembira sangat bila happy ending, sedih sangat kalau sad ending..takpe takpe..bukankah pengakhiran ialah suatu permulaan dan permulaan menandakan telah berakhirnya sesuatu..(double jerk).

puisi..betul.saya bukan ahli.saya cuma menganggapnya sebagai hobi sampingan..dahlah tiada tauliah..pakai semberono saja.jika ada jiwa kental yang terusik dengan hasil puisi saya,,entah aura datang dari mana..puisi juga jalan pintas buat saya.meluah dalam tidak memberitahu..supaya saya lega meletakkan tanda tanya..kemudian,jawapan saya simpan. takut takut bakat tak seberapa ni menjadi fitnah..wasilah mengeluarkan kata tidak tepat lalu tersasar.dari pangkalan sebenar.namun sedaya upaya saya cuba bentuk seni bersulam deeni..lagipun kurang minat andai seni itu dipermain tawakan..atau diperlekeh..sebab biarpun seni,ia juga kurniaan.

tajuk entri dengan kandungan entri agak ironi(overflowed)..meniti tahun 2012,moga blog beserta pemilik blog lebih terisi manfaat..maaf sekiranya gagal menulis dengan baik dan jujur..ambil apa yang baik..biasakan yang betul..sudilah menghantar respon..kerana saya juga manusia belajar..tersisip ego mahupun tiada keyakinan..agar perkongsian membawa erti..penilaian pada sebuah keikhlasan.terima kasih, tanpa jemu dari saya~

-taman tema teman tamat-


4 comments:

  1. dalam tak terluah, banyak jugak yang terluah ye:)

    baca tanpa komen sebelum ni. tah kenapa rasa tertarik nak komen.hehe.

    salam dari jordan:D

    ReplyDelete
  2. Hanis,

    diari.. wah, banyak sudah koleksi kamu! Ia tempat tempat terbaik untuk bercerita secara jujur dengan diri sendiri.. Tentunya yang paling baik ketika meluahkan semuanya kepada yang Maha Mendengar.. Biar diari tidak membalas, ia membuat luka sembuh lekas.

    puisi itu tidak perlu tauliah untuk menulisnya.. Kadang peraturan dalam puisi buat diri tersekat. Sebelum ke bengkel rasa bebas menulis, apabila mendengar itu ini kaedah penulisan siap dengan teorinya... jadi takut menulis! (pengalaman sendiri mendengar bengkel penulisan) Terus menulis puisi....

    Allah tahu yang terbaik untuk Hanis Zikri. (^_____^)

    ReplyDelete
  3. yakin ke diari-diari sebelum ni takde orang baca?

    (gelak jahat)

    heh.

    selamat-selamat.

    ReplyDelete
  4. ukht ain-terlebih luah pulak entri hujung tahun..
    salam alaik dari mesir..syukran ;)

    ukht jamilah-yup.bila tulis kat diari,rasa lega..
    bila tengok balik yang lepas2..rasa nak tergelak pun ada..hihi..macam,saya kah yang tulis ni???

    kan kan..takut2 saya yang hilangkan indah pada puisi. syukran ;)

    mr.hanif- abang ni..carik pasai ka..
    takpelah..yakin tak yakin..hehe

    ReplyDelete