i. FB
saya berjaya deactivate facebook seminggu..sebenarnya saja nak tahu..apa rasanya tanpa fb ni wujud..sebelum wujud budaya 'stalk meng-stalk' ni.
saya nampak dari kuantiti masa..aktiviti membelek cerita-cerita fb boleh dikurangkan sebenarnya dengan pandai memilih apa yang perlu kita tonton..bukan salah untuk berhibur sekali sekala nak lepas beban, cuma janganlah melayan sampai tak perasan jam.
dari sudut informasi,saya perlu ke laman asal untuk mengakses berita terkini. kalau di fb,semua serba ekspres dan dispersed. kena jugak tanya kawan banyak kali,takut takut ada benda yang tak perasan..cam jadual exam ke..dsb.
tup.tup.tamat seminggu..saya reactivate akaun..tapi tanpa disangka-sangka,entah macam mana, ramai pulak kenalan yang 'ter unfriend' daripada saya. mereka kena add saya balik..saya approve..ter unfriend lagi...esoknya add saya balik. and the cycle continued..last last,saya ambil keputusan,yakni buat akaun baru.
(jadi,kepada rakyat jelata sekalian..maaflah kalau ada nama Hanis Zikri yang baru nak add tu..sayalah orangnya)
mungkin ini ada hikmahnya...supaya saya dapat apa yang awalnya saya niatkan.
ii. berderau
cuba bayangkan..sedang berjalan seorang pulang dari kedai..di lorong menuju rumah..sambil membawa plastik berisi susu segar dan 10 keping roti fino(nak buat puding roti)..tetiba..bammm! sebongkah batu konkrit yang laju menjunam dari atas telah mendarat cuma jarak sehasta dari kaki anda.
fuuh..berderau..mengucap kalimah syahadah laju-laju..dan langkah perlu diteruskan.
tadi pulang dari Mugamma' Tahreer untuk uruskan visa..seawal jam 8 pagi. naik teksi berlima..tengok tengok..jalan arah ke Tahrir semuanya tutup..hanya pejalan kaki dibenarkan masuk..pemandu teksi (yang tak biasa) melencong ke lorang alternatif lain..pun tutup..ditemani pemandangan askar-askar beruniform(bersenjata) lengkap beserta kereta kebalnya di celah pagar kawat besi seberang jalan..ooh..baru terasa 'ketegangan' di balik kawasan sana..berderau sikit..kemudian,kami minta diturunkan di stesen Metro berdekatan..meneruskan perjalanan..Alhamdulillah..semua pergi dan balik dengan selamat.
iii. azam
apa guna berjanji,kalau tak ditepati..ni lagu Saloma.
apa guna berazam ,kalau tak direaliti..ni lagu Saya.
mahukan hidup bermaruah..hati bersih..hadaf terlaksana..hidangan sihat..tapi..we even sabotaged ourselves..kita berbuat bertentang dengan apa yang kita bercadang. bil'aks(sebaliknya)
hmm..banyak rupanya kita bazirkan peluang dan kasih sayang..
dah habis.
-taman tema teman-
ii.
ReplyDeletealhmdulillah, allah masih sayang. ruang taubat masih dibuka. ibrah besau nih. :)
husna tembakkan doa, moga baikbaik saja.
^^,