Pages

Tuesday, December 20, 2011

seminggu tanpa..

dengan rasminya, kami Beyt Zikra telah selesai menjalankan misi 'seminggu tanpa minyak masak'.. yeeha.
Idea bermula sejak kami menerima tetamu sahabat yang menetap di Ain Syams. bila mana ada ahli beytnya sangat menitik beratkan aspek pemakanan.

SEBELUM.

"biar betul..apa je nak masak ni?"
"apa aku buat nanti,korang terima je taw.."
"wah..ni memang betul cabaran ni"

SEMASA.

"senang je nak masak stim rupanya"
"apa kata bakar ala-ala kenny rogers"
"tak kisah an telur rebus je?"

SELEPAS.

"yeah,akhirnya kita berjaya."
"memang latih kita jadi kreatif"
"macam macam boleh cuba sebenarnya"

hmm.
mengajar kami menerima perkara seadanya.
mengkritik dalam kadar yang setimpal.
mengerah sedaya upaya walau tidak sempurna.

haa..
kempen berlalu..makin 'bertambah' alternatif selepas itu..hikhik.

kini,saya sedang berkempen dengan diri sendiri.
'seminggu tanpa Facebook'
nantikan testimoni dari saya.


1 comment: