Pages

Wednesday, December 14, 2011

biasakan

semalam sempat berskype bersama kak Dayang Wahidah  (kakak sepupu) or lebih mesra saya panggil kak Why-dah..dialah jiran..dialah kakak..dialah best friend..forever.
a long time ago. (tak ingat saya darjah berapa masa tu) dan kak whydah tengah belajar di UIA Gombak.
kami menunaikan solat Zohor jemaah kat rumah embah(nenek saya).

usai kak whydah baca doa, beliau pesan, "Hanis,kalau tiap kali lepas solat, duduk sekejap, jangan lupa selawat atas Nabi Muhammad s.a.w at least sepuluh kali..kalau nak cepat,bacalah sambil lipat telekung dan sejadah tu.. bukan apa,kita ni hanya mengaku umat je kan..nak ingat Nabi jarang sangat..jadi,ambil masa walau sedikit untuk tunjuk yang kita sayang Nabi.."

dan Alhamdulillah..sampai sekarang,saya diberi kekuatan untuk amalkan..biarlah amalan itu tidak berapa banyak,asal berterusan.

p/s-kak whydah,,Hanis nak abang ipar taw..hikhik.

Semasa saya tingkatan satu di Sambest, guru sementara Pendidikan Islam masa tu, Ustazah Rasyidah. (cantik,putih orangnya macam Asmirandah).ustazah sempoi saja..dan beliau bercerita bahawa beliau pernah dinobatkan sebagai antara mahasiswi terbaik negeri Kelantan jurusan Syaria'h di Universiti Al Azhar. bila ditanyakan rahsia..

"saya ni..memang ada satu amalan yang saya tak tinggal..setiap kali sebelum melangkah keluar pintu pagar rumah,saya akan habiskan membaca ayatul kursi..selagi belum habis,saya takkan langkahkan kaki kanan saya keluar rumah..kawan-kawan serumah saya pun dah maklum habit saya yang ni." katanya senyum bersahaja.

dan Alhamdulillah..saya turut mencuba. sambil bergegas mengejar pintu pagar asrama sebelum ditutup, saya pastikan saya sempat baca..kalau tak pun,sebelum melangkah masuk ke kelas..hingga sekarang jadi student medik..ada satu hari,saya terlupa..dek leka berangan sepanjang perjalanan..al hasil, saya mengantuk hampir setiap subjek dalam lecture hall..bila fikir balik,kenapa..laa..starting awak tak cantik.no wonder.

p/s-pernah hampir terkunci kat luar mudaraj sebab lambat lima minit..mujur tak hidup kesejukan..fuuh.padan muka.

Cikgu Wahdi ada pesan pada anak-anak muridnya, nak pandai kena "Betulkan yang biasa,biasakan yang betul.."

maka,jika dikumpulkan pesan-pesan orang keliling ini semua..sangat berharga..benar. ilmu dibawa mati..yang mana harta takkan sekali mampu..tugas kita..ingat dan buat..

p/s-moga nama Zikri..bererti pada realiti.




2 comments:

  1. alhmdulillah. alhamdulillah.
    reminder osem nih. :)

    yg ayat kursi tu akak ade ajar time nak pmr dulu kan. alhmdulillah,, hasilnya.

    smpai kat skola baru nih. lupa. betulbetul lupa.
    patut rasa ada yg kurang.

    insyaallah,
    nak amalkn smula!

    doakn ya? :)

    ReplyDelete
  2. semua dtg drpd Allah..
    yg penting,yakin.

    dik,selamat ke alam f5 lah ek..

    ReplyDelete