Pages

Monday, November 28, 2011

jangan diambil orang

"Jangan tunggu lama lama,
nanti lama-lama,
dia diambil orang.."

lalala..

sebelum ini,nyanyi lagu orang tua-tua secara suka-suka.
ingatkan cuma berlaku dalam movie,sinetron,novel cintan cintun,komik manga dll.

sekali...kena pada orang dekat.
pap! tersedar di situ.
soalnya hati..
sukar dimengerti.
cewah.

maka,terpaksalah si teruna menerima jawapan..

"Sorry, she was taken."
(-_-)"

huh.berkaca. bergenang. berderai

pujuklah hati.
dengan melamar cinta Ilahi..



Saturday, November 26, 2011

sebelum terlena



-HIJJAZ-
Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu




selamat malam,semua!
;)

Wednesday, November 23, 2011

kita tiga


kisah tiga teman
ke hulu ke hilir
mencari erti persahabatan
di tiap inci jalanan

tersepak batu
bukan salah siapa
janji jangan terkena
kalau luka
turut rasa pedihnya



sana langit
sini bumi
antara itu
hati kita berpaksi.

siti faiz asikin dan ummu helma hassan,
saya sayang.
syukran awi.
:)


Sunday, November 20, 2011

dalam dakapan abah

dalam dakapan Abah
anak ini terasa kecil
merengek sambil manja
merajuk berganti tawa
ditimang halus dibelai tulus.
"moga dikau nak,puteri solehah"

dalam dakapan Abah
anak ini teristimewa
sekuntum bunga di taman keluarga
kasih nyawa semaian seri.
"inilah anak perempuan Abah seorang"

dalam dakapan Abah
anak ini penggalas tabah
tenang sabarnya menitip pesan
agar teguh jiwaku bergadai cabaran.
"kini,tidak semua dapat kita berkongsi rasa"

dalam dakapan Abah
anak ini kenal bahagia
punya insan tinggi harapan
setia di sisi andai kecundang
senyuman Abah penawar kelam.
"ada hikmah,di balik semua itu"

dalam dakapan Abah
anak ini memendam sayu
tenggelam desah nafas
saat Abah ikhlas bicara.
"kakak,maafkan Abah"

Abah,
sedang khilafku pasiran alam
sedang baktiku masih kejauhan
sedang segalanya untukku
terindah darimu.

maka
moga dalam dakapan Abah,
hingga ke syurga.

SELAMAT HARI LAHIR,ABAH!
20.11.2011



Friday, November 18, 2011

zikri situ sana sini


musafir itu manfaat
pada mereka yang melihat
warni warni tercatat
di hujung tinta penamat.

aku berdiri
tapi jiwaku berlari
mendakap mimpi.

bingkis cerita
buat aku tidak lupa
asal usul dunia
tentang aku dan kita.




bismillah.
kali ini saya bawakan serba sedikit banding beza iklim hidup antara tempat saya berada sekarang yakni Mesir dengan tempat yang saya lawati semasa raya haji lepas yakni Jordan.

1. mata wang
JD 1.00 (jordan dinar) bersamaan LE 8.4 (lira egypt). sangat jauh bezanya. tiba saja di Queen Alia International Airport Amman,kami warga asing dikenakan bayaran sebanyak 20 dinar. kira kira170 geneyh..wow. terkejut pada awalnya.. selain itu,naik teksi 5 minit sudah memakan 2 dinar.kalau di Mesir baru  2 geneyh..mungkin akak-akak lain shopping di Mecca Mall menelan belanja sebanyak 200 dinar..sedang saya membeli hanya sebentuk cincin bernilai 2 dinar..so kalau terdesak, boleh gadai tu..hah.

2. kesopanan dan kesusilaan
katanya,orang arab di Jordan ialah orang arab yang paling sopan.. ya.saya akui. ada satu situasi di mana abang meminta supaya amu teksi patah balik sebab salah saya lah..
"ya mu'allim (panggilan hormat) mumkin narja3? ila bawabul janubiyah?"
=pakcik,boleh patah balik..ke pintu selatan?
"na'am. mumkin. (tanpa merungut sepatah pun)..hena mesyi."
=ya,boleh..(dah sampai) okay turun sini.

kalau di Mesir,ada je yang akan marah kita..

"leh baah..enti mesh bittaul awwalan..lau kida,bizeed khomsa geneyh! akhier kalam."
=laa.kenapa pulak.awak tak bagitahu awal awal.so camni kena up lagi lima geneyh.tak boleh kurang.

 hmm,, geram.

satu lagi situasi di Urdun, saya,Faiz dan Helma beli makanan di kedai runcit. ke kaunter untuk bertanyakan harga.tapi masa tu pakcik penjual tidak berikan perhatian kepada kami.

"lau samah,ya 'am..da bikam?"
=nak tanya,pakcik,ni berapa harga?

selepas tidak dihiraukan,
"ya 'am! ya 'am!" (nada suara lebih tinggi)

pakcik tu pun pandang kami dengan serta merta..riak mukanya agak pelik. mesti dalam hati dia, "rilek laa..apehal nak panggil kuat kuat.."

lepas tu,agak malu di situ..yelah, kami pula terbawa-bawa perangai orang arab Mesir ke sana. ('_^)"

lagi satu situasi,kalau di Mesir kena berhati hati melintas jalan. jarak badan kita dengan border depan kereta cuma sehasta sahaja. memang hactic.kalau di Jordan,orang perempuan boleh lintas jalan sambil pejam mata kot..kerana muhtarameen (dihormati). Jarak kenderaan dengan kita ialah macam boleh muat lagi enam orang berderet..jauh kan nak dibanding. dan kenderaan di belakang tenang saja menunggu kami melintas tanpa satu pekikan hon pun kedengaran.. beza sungguh.  

3. kebersihan
tak perlu kata banyak.of course Mesir lagi tak menjaga kebersihan. nak nampak bersih pun di tempat kedutaan atau premis penting kerajaan saja. sekurang kurangnya di Jordan,berjalan di sekeliling kedai atau bawah rumah tiadalah sampah sarap yang terlalu menyakitkan mata. 

4. di Irbid,Jordan ada Hanif Zikri. di Cairo,Egypt ada Hanis Zikri. 
sudahlah. ;)
dan mungkin bila nanti..kita kan bertemu lagi..



Tuesday, November 15, 2011

reality show #3 #2 #1


akhirnya saya mempersembahkan..

tempat ketiga,


bagi mencari pewaris jutawan terkemuka,Donald Trump. 
masa sekolah rendah lagi saya dah follow.
kononnya,nak belajar selok belok pengurusan bisnes.






tempat kedua,
ehem..rasanya dah ramai tahu ni :)
kalau tengok,memang boleh gelak sampai tak ingat dunia..
memaparkan lawak artis artis korea selesaikan misi.
sesuai ditonton untuk redakan stress..





so, the first place goes to..


dalam banyak banyak, T.A.R lah yang saya rasa paling real.
perlumbaan merentasi seantero dunia.
mengenali budaya sosioekonomi sesebuah negara.

yang mana pada episod final,
para pemenang mengakui
bukan ganjaran wang yang ditagih sebenarnya.
tapi persefahaman dan nilai kasih sayang.
kepercayaan ;satu kunci muafakat.
mereka lebih menghargai partner masing masing
bersama nikmati keajaiban hidup

inilah hakikat.
inilah realiti.



p/s-maaf.sekiranya mungkin ada yang kurang setuju dan merasakan semua itu tidak bermakna.
tapi lain bagi saya. sebab sedikit sebanyak ia mengajar sistem nilai pemikiran kita.
buat selagi betul.
sisih yang salah.

baiklah..saya mahu menikmati musim sejuk..
haa. salam alaik.
^_^




Sunday, November 13, 2011

sayonara jordan

@ wadi rum

Alhamdulillah,
rahmatMu terhadap kedhaifan ini
rezekiMu terhadap kekurangan ini
kasihMu terhadap kelekaan ini
keadilanMu terhadap kemampuan ini
pengampunanMu terhadap kekhilafan ini



hmm..
saya bangga berjaya membuat pilihan
walau semudah dan sesukar mana.
yeaayyy
(tu..gambar atas.)


p/s-belum tiba di Cairo..masih di Alex..train ditunda.