Pages

Friday, May 17, 2013

#buku mei


Judul: Himpunan Makalah Seminar Ta’dib Islami
Penerbit: ABIM,2008

Berikut antara esei yang saya minati:

[Pengaruh fiqh Shafi’e dalam pemikiran masyarakat melayu di Malaysia]
Menceritakan latar belakang pengukuhan prinsip mazhab Shafie oleh ulama tradisional dalam usaha membendung tiga fasa gelombang gugatan yang pernah berlaku di Malaysia. Fasa tersebut ialah ijtihad gerakan Islah menolak taklid, persoalan khilafiyyah kemudiannya golongan muda yang mencabar kelayakan ulama dengan alasan mereka juga manusia biasa. Apapun, pemersatuan di bawah payung mazhab ini penting sebagai eleman menguatkan perpaduan umat juga menyangkal aliran tidak bermazhab.  

[Ketuhanan dalam akidah Ahli Sunnah wal Jama’ah]
Ahli Mutakalimun menggariskan keseimbangan menerusi pencirian Tuhan antara konsep tanzih (hakikat wujud tertinggi nyata berbeza dengan makhluk meski terdapat persamaan bahasa) dan ithbat (meletakkan sifat makhluk seperti tajsim dan tashbih) setelah terbit mauduk-mauduk perbahasan selari dengan integriti wahyu serta penerimaan akal. Keberatan ke arah salah satu wazan (tanzih dan ithbat) boleh membawa seseorang jatuh syirik ataupun mengheret kewujudan Tuhan yang jauh daripada manusia.

[Human Rights and Islam]
Impak politik dan layanan piawaian berganda terhadap kaum tertindas membuah Deklarasi Hak Asasi Manusia berorientasi Barat; mengambil pendekatan antropocentrist hasil daripada kebebasan mutlak diri akibat tekanan kolonisiasi dan amalan feudal. Tambah, Islam ketengahkan sudut pandang theo-centric di mana hak keharmoniaan kepada insan sejagat mampu dicapai apabila tiap individu merasa taat kepada Tuhan lantas timbul kemahuan agar rasa itu turut dikongsi bersama lainnya.

[Analisis pemikiran Hassan Al Banna (Mesir),S. Abul A’la al Mawdudi (Pakistan), Dr. Muhammad Natsir (Indonesia) ]
Mereka merupakan mujaddid Islam yang unik pada zaman masing-masing bersejarahkan liku penglibatan khusus,episod keluar masuk penjara, dan rencam umah sekeliling. Turut dinyatakan sumbang peran mereka seputar pendidikan,organisasi massa dan gagasan kenegaraan yang menjadi model tertentu kepada penerusan gerakan Islam. Pandangan kontroversi seperti soal ijtihad,kemerdekaan berfikir,praktikaliti tasawwuf mendatangkan bentuk kupasan tersendiri yang lahir dari petak ideologi mereka.

Ekstrak: Terdapat tajuk lain berkisar respon kepada isu-isu yang muncul pada waktu itu. Contoh, tentang penggunaan kalimah Allah oleh non Muslim.
Saya lihat pada fatrah ‘perang idea’ sekarang ini, wibawa sesuatu faham tidak harus semata bersandarkan justifikasi liar,fanatisme,doktrin, kalaupun polemik kesamarataan. Justeru, tindakan mempelajari susur pemeliharaan ilmu ialah tembok persiapan diri dalam ertikata sebenar.

Buku dalam progres- Historical and contemporary perspectives on Islam and identity in Southeast Asia and China



#ada kata,orang kuat 'belajar', kena kuat iman.
nak kuat iman,kena belajar.
nah.

No comments:

Post a Comment