Pages

Saturday, February 11, 2012

yang dia cakap

orang tiada ilmu,cakapnya banyak
yang dia tahu,sekadar riang sorak.


orang bongkak ilmu,cakapnya besar
yang dia tahu,namanya terus mekar.


orang yang benci ilmu,cakapnya batil
yang dia tahu,hanya perkara jahil.


orang yang ada ilmu,cakapnya kurang
yang dia tahu,fikir harus tenang.


orang yang cari ilmu,cakapnya kualiti
yang dia tahu,lahir dari hati.


orang yang cinta ilmu,cakapnya hikmah
yang dia tahu,ia manifestasi ibadah.




those of you who think you know everything
annoy those who do.




notaberguna- sedang cipta mood kembali ke sekolah..ayuh! ;]

5 comments:

  1. Replies
    1. Assalamualaikum wbt
      Orang yang kurang ilmu ni, pertanyaannya banyak.
      yang dia tahu, ada yang suka memberi dan ada yang tidak!

      Delete
    2. ukht ckin-
      moga semangat tu berkekalan..ni tak..pagi td pon dah dtg lambat pi kelas..huhuhu.aduyai

      tajnur-
      alaik salam.
      mungkin yg tidak suka memberi kurang menjiwai ilmu~

      Delete
  2. Replies
    1. singkat biar signifikan

      manis biar bertapis..

      ;P

      Delete