Pages

Saturday, December 31, 2011

tak terluah.

bismillah.

(entri mungkin sedikit panjang)

malam terakhir berada di 2011. Allah ,,cepatnya masa meninggalkan kita. menjawab teka teki Imam as Syafi'ie "apakah perkara yang paling jauh daripada kita?" ialah masa lalu. walau sedetik lepas dari sekarang,itu sudahpun berlalu.

saya juga ingin mengenang dan dikenang..usia blog analisiszikri.blogspot.com hampir dua tahun kiranya. apa je yang saya dah tulis-bebel-rapik-hentam-ngadu di sini..yep.di sini. yang jadi tatapan kalian pembaca. adakah senyum di akhir huruf..ataupan kerutan di dahi..atau sambil istighfar memohon keampunan diri dan penulis blog ni sekali..

simbiosis by ella-aku tak pandai mengarang puisi, tidak ku pandai bermadah berseni, satu kalimat yang ku seikhlas tahu,hanyalah ku cinta padamu..(ape kaitan?)
bila blogwalking..melihat orang lain.seyesly,rasa inferior..kerana mereka benar benar  menulis dari hati..maka sampainya pun ke hati. saya pula..selalu beragak agak..kadang sudah ada idea di kepala..menanyakan perlu atau tidak..layak atau tidak..lama lama ia ditelan masa..tu yang jadi..tak fresh.cerita dua minggu lepas..baru rasa nak update.. teringin je bercerita penuh dan padat..kang ada pula yang jauh hati..maklumlah sensitif.. boleh jadi saya sendiri berkecil hati dengan tulisan saya sendiri..terguris.

kenapa ya..saya rasa begini..sejak dulu,saya meluahkan isi hati dalam diari..yup.dari bangku sekolah lagi..berbasikal ke pustaka Chiew (kedai buku dan alat tulis)..cari diari kanak kanak yang taklah childish sangat,tak matured sangat..rate harga mestilah tidak melebihi 5 ringgit..yela,kumpul duit belanja..dan dah jadi sebati.apa apa yang tak puas hati,jiwa memberontak,nak nangis raung raung,saya buka diari bawah bantal dan menulis. ikut mood.jika baik,tulisan saya tersusun rapi,kalau teruk,buruklah jadinya..hingga kini, kumpul kumpul dah ada 7 buah kesemuanya (menyamai mutiara dragon ball!)


my 7th~
di ruangan diari,saya bebas..yang tahu cuma saya dan Allah.saya yakin.yang koleksi diari saya pada satu hari nanti akan dibaca oleh orang lain..yakni bila saya sudah tiada di muka bumi lagi..saat itu,saya izinkan insan insan tersayang membacanya buat tatapan dan pengubat rindu..atas kebiasaan mempunyai diari,saya jadi orang yang pandai pendam.sama erti dengan tidak pandai meluahkan isi hati pada kawan..bukanlah tak luah langsung,cuma sudah mengalami penapisan..apa yang sampai tinggal mungkin 45% atau kurang..tu yang mereka bajet zikri zero masalah..boleh kawal perasaan..emosi stabil..etc. tu pandangan yang saya tinggalkan..sedang hati..berubahnya bukan mereka tahu.

nampak je saya keras di luar..tapi lembut di dalam.
nampak je saya senyum di luar..tapi cebik di dalam.
nampak je saya matang di luar..tapi dungu di dalam.
nampak je saya diam di luar..tapi bising di dalam.
macam macam kerenah diri.

sebenarnya sukar untuk jujur pada diri sendiri.tapi tak mahu kalah dalam perlumbaan membina identiti..sistem muhasabah dan istiqamah tetap ada naik turun..ingin bercinta dengan perubahan demi kebaikan..ada tika cinta itu berkurang..sayup sayup di ambang matlamat..dibiarkan bobos bertabrakan.yang mana akhirnya..di atas bentangan sejadah, segalanya diluahkan..semahu mahunya..sedalam dalamnya..sejujur jujurnya.

dalam situisi saya yang kurang meluah..ada yang hadir mempercaya..bila sentuh bab cinta cintan cintun,saya dicari.sedang saya tidak pakar..cukuplah sekadar jadi pendengar..doa lebih utama saya dahulukan.semoga sebarang pilihan dan penolakan datangnya ilham dari Tuhan..selepas itu,saya biarkan masing masing melalui simpang.tatkala mereka dihubungi kembali, empati menguasai diri..ibarat menonton tv;gembira sangat bila happy ending, sedih sangat kalau sad ending..takpe takpe..bukankah pengakhiran ialah suatu permulaan dan permulaan menandakan telah berakhirnya sesuatu..(double jerk).

puisi..betul.saya bukan ahli.saya cuma menganggapnya sebagai hobi sampingan..dahlah tiada tauliah..pakai semberono saja.jika ada jiwa kental yang terusik dengan hasil puisi saya,,entah aura datang dari mana..puisi juga jalan pintas buat saya.meluah dalam tidak memberitahu..supaya saya lega meletakkan tanda tanya..kemudian,jawapan saya simpan. takut takut bakat tak seberapa ni menjadi fitnah..wasilah mengeluarkan kata tidak tepat lalu tersasar.dari pangkalan sebenar.namun sedaya upaya saya cuba bentuk seni bersulam deeni..lagipun kurang minat andai seni itu dipermain tawakan..atau diperlekeh..sebab biarpun seni,ia juga kurniaan.

tajuk entri dengan kandungan entri agak ironi(overflowed)..meniti tahun 2012,moga blog beserta pemilik blog lebih terisi manfaat..maaf sekiranya gagal menulis dengan baik dan jujur..ambil apa yang baik..biasakan yang betul..sudilah menghantar respon..kerana saya juga manusia belajar..tersisip ego mahupun tiada keyakinan..agar perkongsian membawa erti..penilaian pada sebuah keikhlasan.terima kasih, tanpa jemu dari saya~

-taman tema teman tamat-


Thursday, December 29, 2011

galeri jordan ii

tersebutlah kisah..
(nak sambung)


2 orang kanak kanak dilaporkan hilang semasa shopping di Mecca Mall.
sebarang maklumat hubungi kedutaan Malaysia di Amman.
;)

misi mencari bermula..pemandangan dari atas jejantas

makan itu penting..

rela membelah kabus pagi pagi

perjalanan ke Petra..di manakah kalian berdua??

meninjau Al Khazna,Petra..
dibina dan diukir dari hanya satu blok batu besar.

untaku lari gagah berani

mereka telah dijumpai semula di kota istana lama..akhirnya

ayuh,kita pulang.

ke Aqobah..ditemani sunset.indah.

Tuesday, December 27, 2011

you. n me.


you raise me up.
to more than I can be.



kepada yang membesarkan saya,
Mama dan Abah

kepada yang membantu membesarkan saya,
Mak Ani dan Abahde

kepada yang membesar bersama saya,
Abang dan Adek
Tche Tche

Pizza Hut
kepada yang membesarkan pendidikan saya,
tiap individu bergelar guru

kepada yang melihat saya membesar,
saudara mara dan kaum keluarga

kepada yang membesar seiring saya,
kawan,teman.sahabat,juniors,seniors

kepada yang cuba membesarkan saya,
ahli beyt Zikra

kepada yang membesar menemani saya,
Faiz,Atiqah,Fatanah,Dina,Neena,Muizzah,Helma,Rabiatul,Syakila,Suhailah,Hidayah,Aisyah,Natrah.

kepada yang sedang,akan dan telah membesar,
saya,kita dan manusia sekaliannya

terimalah lagu evergreen ini..
tanda penghargaan saya.
lagu yang saya pilih saat agak terkenang-kenang.
n.b-mana lagi betul ; rindu sebab demam atau demam sebab rindu?..ehh tak kisahlah,janji saya memang tengah rindu.

***

Allah..
Allah..
Allah..

Satukan hati-kami kami.
Eratkan talian kasih kami..
agar segalanya
bertaut rahmat Mu.

 ***
when I am down, oh my soul, so weary
when troubles come and my heart burdened be
then I am still and wait here in the silence
until you come and sit awhile with me.

you raise me up, so I can stand on mountains
you raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
you raise me up, to more then I can be.



Monday, December 26, 2011

ceciter

i. FB
saya berjaya deactivate facebook seminggu..sebenarnya saja nak tahu..apa rasanya tanpa fb ni wujud..sebelum wujud budaya 'stalk meng-stalk' ni.
saya nampak dari kuantiti masa..aktiviti membelek cerita-cerita fb boleh dikurangkan sebenarnya dengan pandai memilih apa yang perlu kita tonton..bukan salah untuk berhibur sekali sekala nak lepas beban, cuma janganlah melayan sampai tak perasan jam.
dari sudut informasi,saya perlu ke laman asal untuk mengakses berita terkini. kalau di fb,semua serba ekspres dan dispersed. kena jugak tanya kawan banyak kali,takut takut ada benda yang tak perasan..cam jadual exam ke..dsb.

tup.tup.tamat seminggu..saya reactivate akaun..tapi tanpa disangka-sangka,entah macam mana, ramai pulak kenalan yang 'ter unfriend' daripada saya. mereka kena add saya balik..saya approve..ter unfriend lagi...esoknya add saya balik. and the cycle continued..last last,saya ambil keputusan,yakni buat akaun baru.
(jadi,kepada rakyat jelata sekalian..maaflah kalau ada nama Hanis Zikri yang baru nak add tu..sayalah orangnya)

mungkin ini ada hikmahnya...supaya saya dapat apa yang awalnya saya niatkan.

ii. berderau
cuba bayangkan..sedang berjalan seorang pulang dari kedai..di lorong menuju rumah..sambil membawa plastik berisi  susu segar dan 10 keping roti fino(nak buat puding roti)..tetiba..bammm! sebongkah batu konkrit yang laju menjunam dari atas telah mendarat cuma jarak sehasta dari kaki anda.
fuuh..berderau..mengucap kalimah syahadah laju-laju..dan langkah perlu diteruskan.

tadi pulang dari Mugamma' Tahreer untuk uruskan visa..seawal jam 8 pagi. naik teksi berlima..tengok tengok..jalan arah ke Tahrir semuanya tutup..hanya pejalan kaki dibenarkan masuk..pemandu teksi (yang tak biasa) melencong ke lorang alternatif lain..pun tutup..ditemani pemandangan askar-askar beruniform(bersenjata) lengkap beserta kereta kebalnya di celah pagar kawat besi seberang jalan..ooh..baru terasa 'ketegangan' di balik kawasan sana..berderau sikit..kemudian,kami minta diturunkan di stesen Metro berdekatan..meneruskan perjalanan..Alhamdulillah..semua pergi dan balik dengan selamat.

iii. azam
apa guna berjanji,kalau tak ditepati..ni lagu Saloma.
apa guna berazam ,kalau tak direaliti..ni lagu Saya.

mahukan hidup bermaruah..hati bersih..hadaf terlaksana..hidangan sihat..tapi..we even sabotaged ourselves..kita berbuat bertentang dengan apa yang kita bercadang. bil'aks(sebaliknya)
hmm..banyak rupanya kita bazirkan peluang dan kasih sayang..

dah habis.
-taman tema teman-



Saturday, December 24, 2011

galeri jordan

sudah berzaman lamanya,baru nak update ye..
ahai..

(bila menerima panggilan Iman yang menyatakan hasrat ke Jordan winter break nanti)


berhari raya di rumah Naimah..terima kasih daun keladi.

antara tempat perkumpulan aktiviti rakyat 

sempadan antara Syria-Palestin-Jordan

bunga (?)

 ukiran patung Ummu Qays, Ratu Rom.

pintu masuk ke ruang pentadbiran.

replika binaan Jerash,pusat keagamaan pada tamadun itu

point Ust Salihin berdiri-gemanya ke tiap pelusuk audien..awesome!

sepanjang laluan

bersama akak akak third year..nice belaka ;)

baiklah..yang lain kemudian cerita.

wassalam.

Friday, December 23, 2011

vote for rabiatul.



perihal hari pengundian jawatankuasa PERUBATAN.
30 Disember 2011
calon kegemaran saya ialah..



 Selain faktor masa selama lebih setahun mengharungi kehidupan bersama Rabie, mengapa beliau pilihan hati?

1. Lihat pada manifesto yang beliau bawakan.."melahirkan pemimpin global,fleksibel,dan produktif."
saya kira ini sudut pandang futuristik dan wawasan di luar kotak bagi seorang mahasiswi berkaliber.

2. Beliau komited dalam melaksanakan tugas. Berbudaya sistematik dan akan berusaha sedaya upaya menyumbang bakti untuk rakan,kenalan,persatuan dan kewajipan.

3. Kasih sayang ialah satu modal berbentuk pahala bagi beliau. Merupakan ketua beyt kami tahun lepas, tentulah peranan hal ehwal ukhuwwah sentiasa berada dalam keutamaannya.

"Setiap kamu adalah pemimpin,dan setiap pemimpin akan ditanya mengenai kepimpinannya..."

maka,kita pengundi turut bertanggungjawab terhadap pimpinan yang kita pilih.

anda yakin dengan saya..
yakinlah juga dengan Rabi'atul Adawiyah Ahmad, calon Ahli Jawatankuasa Tertinggi Perubatan sesi 2012/2013.
pakat-pakat undi naa..

"Go,Rabie..Go! Chaiyok!!"
:)

Tuesday, December 20, 2011

seminggu tanpa..

dengan rasminya, kami Beyt Zikra telah selesai menjalankan misi 'seminggu tanpa minyak masak'.. yeeha.
Idea bermula sejak kami menerima tetamu sahabat yang menetap di Ain Syams. bila mana ada ahli beytnya sangat menitik beratkan aspek pemakanan.

SEBELUM.

"biar betul..apa je nak masak ni?"
"apa aku buat nanti,korang terima je taw.."
"wah..ni memang betul cabaran ni"

SEMASA.

"senang je nak masak stim rupanya"
"apa kata bakar ala-ala kenny rogers"
"tak kisah an telur rebus je?"

SELEPAS.

"yeah,akhirnya kita berjaya."
"memang latih kita jadi kreatif"
"macam macam boleh cuba sebenarnya"

hmm.
mengajar kami menerima perkara seadanya.
mengkritik dalam kadar yang setimpal.
mengerah sedaya upaya walau tidak sempurna.

haa..
kempen berlalu..makin 'bertambah' alternatif selepas itu..hikhik.

kini,saya sedang berkempen dengan diri sendiri.
'seminggu tanpa Facebook'
nantikan testimoni dari saya.


Friday, December 16, 2011

Oley!!



bismillah.

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
   
Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: "Allah Amat" mengetahui akan apa yang kamu lakukan
"Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya".
   
Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.
   

Antara Oley!! dan Sembang Rakyat.
adalah ilmu dan akidah.

"Allahumma fakihna fiddeen"

:)

n.b- surah Al Hajj.

Wednesday, December 14, 2011

biasakan

semalam sempat berskype bersama kak Dayang Wahidah  (kakak sepupu) or lebih mesra saya panggil kak Why-dah..dialah jiran..dialah kakak..dialah best friend..forever.
a long time ago. (tak ingat saya darjah berapa masa tu) dan kak whydah tengah belajar di UIA Gombak.
kami menunaikan solat Zohor jemaah kat rumah embah(nenek saya).

usai kak whydah baca doa, beliau pesan, "Hanis,kalau tiap kali lepas solat, duduk sekejap, jangan lupa selawat atas Nabi Muhammad s.a.w at least sepuluh kali..kalau nak cepat,bacalah sambil lipat telekung dan sejadah tu.. bukan apa,kita ni hanya mengaku umat je kan..nak ingat Nabi jarang sangat..jadi,ambil masa walau sedikit untuk tunjuk yang kita sayang Nabi.."

dan Alhamdulillah..sampai sekarang,saya diberi kekuatan untuk amalkan..biarlah amalan itu tidak berapa banyak,asal berterusan.

p/s-kak whydah,,Hanis nak abang ipar taw..hikhik.

Semasa saya tingkatan satu di Sambest, guru sementara Pendidikan Islam masa tu, Ustazah Rasyidah. (cantik,putih orangnya macam Asmirandah).ustazah sempoi saja..dan beliau bercerita bahawa beliau pernah dinobatkan sebagai antara mahasiswi terbaik negeri Kelantan jurusan Syaria'h di Universiti Al Azhar. bila ditanyakan rahsia..

"saya ni..memang ada satu amalan yang saya tak tinggal..setiap kali sebelum melangkah keluar pintu pagar rumah,saya akan habiskan membaca ayatul kursi..selagi belum habis,saya takkan langkahkan kaki kanan saya keluar rumah..kawan-kawan serumah saya pun dah maklum habit saya yang ni." katanya senyum bersahaja.

dan Alhamdulillah..saya turut mencuba. sambil bergegas mengejar pintu pagar asrama sebelum ditutup, saya pastikan saya sempat baca..kalau tak pun,sebelum melangkah masuk ke kelas..hingga sekarang jadi student medik..ada satu hari,saya terlupa..dek leka berangan sepanjang perjalanan..al hasil, saya mengantuk hampir setiap subjek dalam lecture hall..bila fikir balik,kenapa..laa..starting awak tak cantik.no wonder.

p/s-pernah hampir terkunci kat luar mudaraj sebab lambat lima minit..mujur tak hidup kesejukan..fuuh.padan muka.

Cikgu Wahdi ada pesan pada anak-anak muridnya, nak pandai kena "Betulkan yang biasa,biasakan yang betul.."

maka,jika dikumpulkan pesan-pesan orang keliling ini semua..sangat berharga..benar. ilmu dibawa mati..yang mana harta takkan sekali mampu..tugas kita..ingat dan buat..

p/s-moga nama Zikri..bererti pada realiti.




Saturday, December 10, 2011

berat,penat,sekat

terasa hati ini berat
tidak gagah lagi
menampung dosa
lalu amal jadi sayu
pilu diheret nafsu

penat bermain kata
hujah kepalang megah
betul belum tepat
salah sudah tekat
tutup mulut malu sendiri
bila lidah tajam menikam

kau sekat kebenaran
sedang nyata itu mulia
tapi sayang,buta
dek kerapuhan menerka
kalah keliling juang
andai palsu satu sumpahan

berat.
penat.
sekat.
cuba engkau rasa.





 

Wednesday, December 7, 2011

debu dan tanah


Bukankah Kami (Allah) menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
(An Naba' ;6)


dan Kami (Allah) hadapkan segala amal yang mereka lakukan,lalu Kami (Allah) jadikannya debu yang berterbangan
(Al Furqan;23)


belajarlah..
dari mata ke akal
dari apa yang kau lihat ke apa yang kau tahu

ketahuilah..
dari akal ke iman
dari apa yang kau tahu ke apa yang kau yakin

yakinlah..
dari iman ke amal
dari apa yang kau yakin ke apa yang kau buat.




Monday, December 5, 2011

pada sinar mata Mama

pada sinar mata Mama
terbit cinta
setia mendidik apakah makna
sebalik kasih tanpa balasan
budi tanpa sanjungan
senyum tanpa kata
umpama seni dalam mimpi.

pada sinar mata Mama
harapan terbias
melentur cita ilmuwan
acuan kisah sunah dan quran
agar agama pedoman amal
tutur hikmah sukma bicara.

pada sinar mata Mama
naluri menduga
ranjau pengalaman lalu
mengajar insan erti dewasa
pangkal pautan iman dan akal
usah layu usah dangkal.

pada sinar mata Mama
teduh kesabaran
acapkali terguris hati kecilmu
doa dikau panjatkan
kerana bahagia itu pasti
kan kita miliki.

pada sinar mata itu,
anak ini rindu
mohon menatapnya,
sampai syurga.

SELAMAT HARI LAHIR, MAMA!
05.12.2011

sayu..menerima ucap balas melalui FB daripada mama tercinta;
(T_T)


Syukran sayang.Itu sebab biar beribu batu permata ini tetap di hati mama.
Sayup syahdu, lantas tiupan gemalai meniupi alun-alun rindu yg menerjah emosi, 
mengusapi tetes-tetes manik jernih yang entah ke berapa kali,
ria punya generasi yg kian kali jadi realiti. 
Sayang, terasa sejuk 9 purnama rahim ini melitupi.
Namun izinkan mama membimbingimu hingga ke akhirnya
kerna amanah ini terasa tiada putusnya biar kau telah dewasa.