Pages

Tuesday, July 19, 2011

apa kata...?

bismillah.

saya harap jangan ada salah faham dengan entri saya yang lepas.
saya bukan pengagung cinta romantika.
saya sekadar reflek dan kritik.


-ideas should be clear and chocolate thick-
(spanish proverb)

Apa kata?
lazimnya ekspresi ini dituturkan di awal ayat sebagai simbol untuk mengutarakan idea atau pendapat.
contoh;
apa kata kalau kita cuba masak tanpa minyak?
apa kata nanti petang jalan pergi Hussein?
apa kata alihkan barang ni ke posisi lain?

so terpulang sama ada ingin menerima idea tersebut atau dibiarkan saja.

sedar tidak sedar, kurang dari dua minggu saja lagi kita akan menyambut Ramadhan al Mubarak.
sedari umur akil baligh,agak-agak berjayakah kita menempuhnya?
atau cuma berlapar dan menahan dahaga.

apa kata,tahun ini kita buat persiapan dulu sebelum tibanya bulan madrasah tarbiyah.
bukan apa,supaya nanti tidaklah liat sangat nafsu ini untuk ditundukkan.
dan untuk mengelakkan culture shock.


izan, apa kata..
saranan di bawah dikhususkan kepada golongan Muslimah.
ye lah,kita kan terlalu istimewa...

1. lengkapkan puasa ganti ataupun puasa nazar anda.
mahu melakukan misi baru,mestilah kena selesaikan misi yang tergendala. buat pengiraan hari yang tepat dan pastikan sudah langsai.

2. mulakan tadarrus Al Quran lebih awal sebelum masuk Ramadhan.
anda sudah tahu pola menstrual cycle anda. jika anda mendahulukan tujuh juzuk pertama pun sudah cun.

3.kurangkan mengata dan bercakap tentang orang lain.
biasalah perempuan,mulutnya laju. lebihkan melihat keaiban diri sendiri. senaraikan checklist apa yang teringin kita ubah dalam masa sebulan nanti.

kali ini umum.buat Muslimin dan Muslimat;

1.banyakkan berselawat atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w
hidayah yang kita terima takkan tercapai tanpa pengorbanan baginda. mari rapatkan hubungan bersama kekasih tercinta ini.

2.tambahkan helaian bacaan Al Quran.
kalau biasanya lepas solat kita baca dua atau tiga muka,ambil masa sikit. cuba topup jadi lima enam muka ke.

3.biasakan amalan-amalan sunat seperti solat nafilah dan puasa sunat.
sebab nanti bulan puasa,amalan semua berlipat puluhan kali ganda.jadi sayang kalau kita tidak melaziminya dari sekarang.

sekian,moga dapat membantu serba sedikit.
sebarang penambahbaikan dan cadangan dari sidang pembaca saya alu-alukan.

dari saya yang biasa.
ahlan bik,ya Ramadhan.
wassalam.


6 comments:

  1. zikri! ble ek awk free nk on9. ade bnde pnting utk awk nh..

    ReplyDelete
  2. owh. esok ari rabu,pukul 3 ptg malaysia..skype boleh jugak..

    ReplyDelete
  3. wah... peringatan yg mntap! Ahsanti...syukran2

    ReplyDelete
  4. elawf. keyboard dan skrin lebih dekat kpd saya. tggjwb yg menulis lebih besar..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah,,syukran `ala inzar ^__^
    sme2 kte mndalami madrasah tarbiyah yg telah Allah sediakan ganjaraNya,,top-up mne yg kurang,,dan maintainkan dlm bulan2 yg lain,,insyaAllah..=)

    minggu dpn hanis balik! =)

    ReplyDelete
  6. insya Allah..
    yup.cam x caya..dah nak balik..=p

    ReplyDelete